Tips MUDAH FAHAM Operasi MATEMATIK Untuk Tahun 1

Farah Waheda Wahid
0
TIPS MUDAH FAHAM OPERASI MATEMATIK UNTUK TAHUN 1

Memandangkan sekarang ni zaman kemahiran berfikir aras tinggi untuk anak-anak, syllabus semua subjek anak-anak yang baru sahaja memasuki Tahun 1 dikatakan semakin sukar, tambah pula dengan serba-sedikit pembacaan luahan perasaan mak-mak yang tengok soalan-soalan anak-anak masing-masing yang belum tentu terus faham, apa yang soalan itu mahukan dan kalau faham pun bukan senang bagi mak-mak nak terangkan pada anak-anak supaya faham… Memanglah nak tak nak, kena membuat persiapan untuk diri sendiri menghadapi fasa itu nanti. He he he… Smile… Kadang-kadang tu, walaupun Firash baru sahaja berusia 3 tahun 8 bulan, terasa nak belek buku teks Tahun 1 yang baru. Sekarang tak macam dulu oooo… Sebab sekarang ni dah semakin ramai anak-anak yang bijak bestari… Tahun 1 sudah kena bina ayat! Zaman kita dulu masih tracing, masih dalam proses pembelajaran menulis nama sendiri. Matematik? Ho ho ho… Standard syllabus Matematik Tahun 1 dahsyat dah sekarang. Itu yang lagi rajin dan gigih mencari tahu tentang syllabus Tahun 1 sekarang ni ha… Salah satunya tips mudah faham operasi matematik untuk tahun satu yang Farah nak kongsikan di dalam entri ini.

Tips ini sebenarnya adalah Farah dapati daripada hasil pembacaan daripada artikel yang dikongsikan di SINI. Terasa ini adalah sesuatu ilmu yang best untuk dikongsikan kepada anda, Farah pun gigihlah menaip entri ini walaupun diserang migraine yang maha dahsyat ni ha. Macam-macam rasa ada ni… Rasa nak muntah, rasa nak pecah kepala…Tapi tak apa… Lupakan tentang migraine yang melanda itu. Hu hu hu… Sick smile… Lagi migraine nanti karang kalau tak cuba memahami operasi matematik Tahun 1 sekarang bila tiba masa Firash masuk Tahun 1 nanti. Ha ha ha… Open-mouthed smile.

Dikatakan ilmu ni adalah merupakan ilmu yang mahal sebab bahagian ini adalah yang paling susah untuk diterangkan kepada murid-murid Tahun 1. Bila ada kotak kosong di tengah atau di depan. Orang dewasa tengok sebelah mata boleh jawab, tetapi kanak-kanak berusia 7 tahun tengok dengan kanta pembesar pun tak faham-faham lagi. Nak bagi anak-anak faham sampai berpeluh ketiak. Habis gaya dan cara dibuat. Jadi tarzan, jadi rimau segala bagailah. Itupun belum tentu benar-benar faham. Open-mouthed smile

TIPS MUDAH FAHAM OPERASI MATEMATIK UNTUK TAHUN 1 (2)

Idea ini adalah daripada perkongsian Anak Saya Bijak. Terima kasih daun keladi! Sangat berguna pada Farah dan juga pada ibu bapa lain. Kalau dulu, Farah ada formula untuk dapatkan jawapan ni. Bukan Farah jer… Farah percaya anda juga ada formula untuk dapatkan jawapan soalan matematik yang berbentuk begini. Tapi tak belajar sewaktu di Tahun 1 lah kan? Smile with tongue out… Tahun 1 sibuk mengira, belajar tambah tolak yang asas. Soalan macam ni rasanya sewaktu di Tahun 3 kot? Baru belajar. Kalau tak silap Farah lah… Tapi ingatkan formula yang Farah tau tu, itulah formula yang paling mudah dan tepat nak dapat jawapan, rupanya ada lagi formula yang canggih ni ha… Ha ha ha… Open-mouthed smile

Jadi, terpulang kepada kita sebagai ibu bapa… Jika ada impian nak anak ke hadapan, kita sebagai ibu bapa tidak boleh mengharapkan guru sekolah semata-mata untuk mendidik dan mengajar anak kita. Sebagai ibu bapa, kita juga perlu bantu anak-anak supaya cepat memahami.

*Parking sini dulu, nanti kot-kot kalau terlupa bolehlah rujuk balik entri yang pernah Farah muat naikkan ini.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !