TIPS Dan PANDUAN Tukar Tadika

TIPS DAN PANDUAN TUKAR TADIKA

Terus-terang cakaplah ya? Farah ni sememangnya tidak berpengalaman sebagai ibu sebelum ini dan Iman Firash adalah pengalaman yang pertama buat Farah. Pendek kata, semua yang berkaitan dengan Iman Firash adalah serba-serbi pengalaman pertama buat Farah dan ia sebenarnya banyak mengajar Farah di dalam menjadi seorang ibu. Jadi melalui pengalaman inilah Farah dapat berkongsi dengan semua orang. Sama ada pengalaman yang manis atau pahit, itu bukan ukurannya. Yang penting bagi Farah, sekurang-kurangnya Farah dapat memberikan sesuatu kepada anda yang bakal bergelar ibu bapa ataupun mungkin sudah bergelar ibu bapa tetapi masih belum melalui lagi fasa pengalaman yang Farah lalui. Makanya, untuk anda, entri pada kali ini adalah perkongsian mengenai TIPS Dan PANDUAN Tukar Tadika.

Sebelum meneruskan perkongsian mengenai topik entri pada kali ini, secebis perkongsian peribadi daripada Farah yang mana memadai on the surface Farah maklumkan yang Iman Firash telahpun bertukar ke tadika baru pada 4 Julai 2017. Tadika mana? Smile If you keen to find out, you could refer to my previous entry HERE. Bagi yang malas nak rujuk kembali dan main klik-klik, pembayangnya, tadika baru Firash masih lagi tadika yang berkonsepkan English Islamic Approach.

Mungkin jarang-jarang berlaku di mana di pertengahan tahun ibu bapa menukarkan tadika anak-anak. Kebiasaannya, ibu bapa akan menukarkan tadika anak-anak masing-masing pada tahun yang berikutnya. Namun begitu, sebenarnya terdapat ibu bapa yang menukarkan tadika anak-anak di pertengahan tahun atau pada bila-bila masa yang ibu bapa putuskan di dalam kes-kes yang tertentu. Ada bukan tak ada. Salah seorangnya adalah Farah. Smile. Menyentuh tentang tukar tadika, ada beberapa perkara yang ingin Farah kongsikan di dalam entri pada kali ini.

Tukar tadika berlaku atas pelbagai sebab dan juga alasan. Boleh jadi atas sebab atau alasan peribadi dan juga boleh jadi atas sebab dan alasan tadika itu sendiri. Smile. Bukan tak ada Farah terbaca blogger-blogger yang berkongsi pengalaman mereka menukarkan tadika anak-anak masing-masing. Macam-macam cerita yang pernah Farah baca. Kali ini? Ceritanya adalah cerita Farah. Di antara kemungkinan alasan dan juga sebab ibu bapa mengambil keputusan untuk menukarkan tadika anak-anak masing-masing yang dapat Farah kumpulkan serta rumuskan adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

Peribadi

Peribadi ni skopnya meluas. Pelbagai kemungkinan yang boleh diletakkan atas alasan atau sebab peribadi ini.

Lokasi

Boleh jadi setelah beberapa ketika menghantar anak-anak ke satu-satu tadika, ibu bapa merasakan adalah lebih praktikal sekiranya anak-anak ditempatkan di sebuah tadika yang berhampiran dengan tempat tinggal ataupun pejabat masing-masing. Boleh jadi juga, ibu bapa berpindah ke kawasan baru dan tadika pada masa dan ketika itu terletak jauh dari tempat tinggal mereka yang baru. Macam-macam kan?

Kewangan

Faktor peribadi yang dinamakan sebagai kewangan. Setiap keluarga mempunyai masalahnya yang tersendiri. Mungkin sahaja, ibu bapa merasakan yuran bulanan tadika sedia ada di luar kemampuan kewangan mereka pada masa dan ketika itu dan merasakan mereka perlu restructure kembali kewangan mereka. Salah satu caranya adalah dengan menukarkan tadika anak-anak ke tadika yang lebih murah yuran bulanannya. Tidak mahu mengabaikan pendidikan anak-anak dan mengambil jalan untuk menukarkan tadika anak-anak agar anak-anak dapat terus belajar.

Masalah Rumah Tangga

Mungkin saja, ibu dan bapa sudah tidak lagi sehaluan. Bila sudah tidak sehaluan, berkemungkinan ibu atau bapa berpindah ke kawasan baru dan anak mengikuti sama ada ibu atau bapa. Makanya terpaksalah bertukar tadika. Siapa tahu kan?

Itu sebab dan alasan yang bercorak peribadi yang dapat Farah kongsikan. Sebab dan alasan ke atas tadika pula, boleh jadi seperti yang tertera di bawah berikut:

Perkembangan Anak-Anak

Ibu bapa ni sebenarnya ada pelbagai ragam dan macam. Open-mouthed smile. Ada yang jenis loud dan ada yang jenis memerhati serta menganalisis dalam senyap. Farah jatuh pada kategori yang mana? Pengakuan ikhlas, Farah jenis yang suka memerhati serta menganalisis dalam senyap, kemudian bila Farah rasakan Farah perlu bersuara, barulah Farah bersuara. Jika sudah bersuara tetapi masih tetap tidak ada sebarang perubahan, Farah akan ambil tindakan yang Farah rasakan wajar. Perkembangan anak-anak sememangnya perlu diperhatikan. Bukanlah kita ni jenis nak meletakkan beban atau tekanan pada anak-anak yang anak-anak mesti itu, mesti ini. Sekurang-kurangnya sebagai ibu bapa kita nampak perubahan positif pada perkembangan anak kita kan? Takkan hantar pergi tadika dari awal tahun sampai setengah tahun kita tak nampak perubahan pada anak kita? You got what I mean?

Ibu bapa pun bukanlah suka nak mencari salah pihak tadika. Cumanya ibu bapa nak lihat perkembangan anak-anak. Betul…jangan sesekali ada sikap untuk membandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. Perkembangan kanak-kanak secara individu adalah berbeza mengikut kemampuan diri mereka. Kita semua maklum akan perkara ini, tetapi secara logiknya walaupun perkembangan anak-anak kita mungkin sedikit lambat dari kanak-kanak lain, takkanlah kita tak nampak sedikit pun perkembangan pada anak-anak kita. Faham kan? Maksud yang Farah cuba sampaikan?

Lagi satu… pernah Farah dengar satu cerita dari seorang sahabat bagaimana anaknya yang dihantar ke sebuah tadika, bila ditanya setiap hari bila pulang dari tadika apa yang dipelajari, jawapannya menyanyi. Setiap hari jawapan yang sama. Huruf tak kenal, nombor tak kenal tetapi asyik menyanyi sahaja. Sebelum tunding jari pada tadika, jangan salah faham, ibu bapa akan menyiasat terlebih dahulu. Macam Farah katakan ibu bapa bukannya simply nak tunding jari tanpa mengambil tahu punca terlebih dahulu. Harus-haruslah maknya ke tadika dan tanya untuk cari tahu punca dan kemudian bila dah dapat sebab, maknya tukarkan tadika. Salah ibu bapa ke ni?

Nak pesan sikit… bukan nak ajar ibu bapa untuk menyibuk urusan tadika anak-anak sewaktu mereka di dalam kompaun tadika, tapi… Farah sebagai seorang ibu sangat sarankan ibu bapa untuk senantiasa berkomunikasi dengan guru-guru anak-anak masing-masing dan juga memerhatikan perkembangan anak-anak masing-masing melalui medium media sosial. Bukan apa… sekarang ni banyak tadika sudah mempunyai laman media sosial mereka yang tersendiri. Di situ, mereka akan mengemaskini aktiviti tadika, mereka akan mengemaskini apa sahaja mengenai tadika. Perhatikan setiap kemaskini mereka yang berkaitan dengan kelas di mana anak-anak kita ditempatkan. Perhatikan gambar-gambar serta video yang mereka muatnaik di laman media sosial. Untuk apa? Trust me, you will never know what will you find out from there. Terkadang tu, kalau Allah nak tunjuk, Allah akan tunjukkan pada kita melalu pelbagai cara dan medium. Ada perkara-perkara yang kita boleh nilai sendiri dan kita boleh lihat sendiri dengan mata kita saat kita tidak berada di tadika anak-anak yang tidak akan diberitahu oleh pihak tadika. Trust me. Banyak jawapan yang kita boleh dapat dari kemaskini laman media sosial pihak tadika dan bakal ada persoalan yang kita perlu tanya pada pihak tadika tentang anak kita.

Guru @ Teacher

Guru adalah merupakan elemen yang paling utama di dalam perkembangan anak-anak di tadika. Ada ibu bapa yang mampu untuk mengenalpasti latar belakang guru yang mengajar di tadika seawal sebelum mendaftarkan anak-anak masing dan ada ibu bapa yang akan mengambil sedikit masa untuk mengenalpasti latar belakang guru yang mengajar di tadika tersebut. Adakah mereka mempunyai latar belakang pendidikan awal kanak-kanak ataupun mempunyai kelayakan kemahiran yang setaraf? Guru yang baik akan memberikan kesan yang positif kepada anak-anak kita. Ini semua dapat dilihat daripada reaksi anak-anak kita seperti mereka suka untuk pergi ke sekolah dan nama guru sering menjadi sanjungan anak-anak sehinggakan apa yang guru perkatakan akan dituruti oleh anak kita.

Kebiasaannya karakter seorang guru tadika,

Guru @ Teacher

Guru adalah elemen yang paling utama di dalam perkembangan anak-anak di tadika. Pastikan latar belakang guru yang mengajar di tadika tersebut. Adakah mereka mempunyai latar belakang pendidikan awal kanak-kanak ataupun mempunyai kelayakan kemahiran yang setaraf? Guru yang baik akan memberikan kesan yang positif kepada anak-anak kita, seperti mereka suka pergi ke sekolah dan nama guru sering menjadi sanjungan anak-anak sehinggakan apa yang guru perkatakan akan dituruti oleh anak kita. Selalunya karakter seorang guru tadika adalah penyayang dan sukakan kanak-kanak. Ibu bapa boleh tahu karakter guru tersebut apabila menghantar anak-anak ke tadika untuk beberapa ketika. Perhatikan riak guru yang menyambut kedatangan anak ke sekolah. Bagaimana cara mereka berkomunikasi dengan anak-anak.

Anak ni… mereka masih kecil… kanak-kanak memang tak akan pernah menipu walaupun mereka bercakap ikut sesedap rasa dan sesedap mulut mereka. Tapi please be alert dengan apa yang keluar dari mulut anak-anak kecil. Terkadang tu sambil lalu jer mereka mengeluarkan perkataan. Betul tak? Dari situ pun ibu bapa boleh tahu bagaimana hubungan anak dan guru-guru mereka. Taklah suruh bulat-bulat percaya macam tu jer. Apa yang mereka katakan selepas tu cubalah siasat atau bertanya.

Farah tak nafikan, Firash sering menyebut tentang Teacher Zeera dia. Sayang sangat dia dengan Teacher Zeera dia. Red heart. Yang terpahat dalam ingatan dia Teacher Zeera. Itu bermaksud? Teacher Zeera is someone who gives him a positive impact dan membuatkan hati dia terkesan. Sebab tu dia ingat. Farah tau, bila dia senantiasa menyebut bermaksud dia sukakan orang itu. Winking smile. Itu merupakan satu contoh guru yang dekat dengan anak murid.

Tempoh Perkhidmatan Guru

Mungkin ada yang tidak pernah menyangka yang tempoh perkhidmatan guru juga menjadi titik tolak ke atas faktor ibu bapa menukarkan tadika anak-anak. Sewaktu mula-mula menghantar anak-anak ke tadika, kita mungkin tidak mengetahui berapa lamakah tempoh guru yang mengajar anak kita itu telah mengajar ataupun latar belakang perkhidmatannya di tadika tersebut. Namun selepas beberapa ketika, sebagai ibu bapa kita patut cuba untuk mengambil peduli tempoh perkhidmatan guru tersebut. Sama ada sepenuh masa? Separuh masa? Sebaiknya pilihlah guru yang berkhidmat secara sepenuh masa di tadika tersebut. Ini kerana pertukaran guru akan menjejaskan mood pembelajaran anak-anak. Anak-anak akan hilang mood apabila guru yang pada awalnya mengajar mereka bertukar ganti dengan guru yang baru hendak dikenali oleh mereka. Anak-anak akan mengambil masa untuk mengenali serta membiasakan diri dengan guru yang baru.

Emosi Kanak-Kanak Terhadap Tadika Dan Guru

Ini Farah lah ya? Orang lain Farah tak pasti. Farah bersikap terbuka jika guru menegur Iman Firash dan juga guru marah Iman Firash kerana hendak mendidik. Tapi! Biar kena dengan cara dan gayanya. Pendekatan terhadap seseorang kanak-kanak adalah berbeza di antara satu sama lain. Ada yang jenisnya tidak kisah dan boleh menerima pembentukan serta pendidikan dari guru dengan cara yang sangat tegas, dengan cara yang sangat lembut, dengan cara yang kasar, dengan cara jerit-menjerit, dengan cara cubit, dengan cara pukul or what so not. Tapi tak semua kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang jenisnya, lagi kita berkasar, lagi mereka berdegil. Ada kan? Bukan tak ada. Guru-guru sepatutnya tahu dan mengenali karakter setiap satu anak murid di kelas mereka di tadika.

Emosi terhadap guru berkait rapat dengan karakter guru di tadika. Manakala, emosi terhadap tadika pula bergantung kepada keceriaan bilik pembelajaran dan persekitaran tadika.

Jangan Hanya Melihat Nama-Nama Gah

Sesetengah tadika ataupun dekorasi luaran tadika sahaja yang cantik serta menarik mata memandang. Pelan atau rancangan pembelajaran di tadika harus diberikan keutamaan juga. Sebagai ibu bapa, haruslah peka dengan isu pembelajaran di negara kita. Ambil tahu mengenai pelan dan rancangan pembelajaran di peringkat prasekolah. Apakah pendekatan yang perlu diterapkan oleh anak-anak di awal proses pembelajarannya? Sekiranya tadika menggunakan rancangan pembelajaran yang sejajar dengan tahap anak-anak yang sepatutnya, itu pemilihan yang tepat. Penerimaan pembelajaran wajib mengikut kebolehan kanak-kanak berdasarkan peringkat umur mereka. Selain menekankan sikap, personaliti serta jati diri anak-anak, penguasaan 4M harus diperolehi sebelum anak-anak melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar. Sekurang-kurangnya anak kita tidak tergolong dalam pembelajaran LINUS apabila melangkah ke darjah 1. 

Keselamatan Dan Kebersihan

Keselamatan dan kebersihan juga perlu diberi keutamaan ini kerana tadika adalah seolah-olah menjadi rumah kedua bagi anak-anak kita.

Berdaftar Dengan Kementerian Pendidikan Malaysia

Yang ini, memang-memang lah… Dari awal sebelum daftarkan anak kita kena selidik. Tapi… terkadang kita mungkin boleh terlepas pandang. Senantiasa ambil tahu dan semak yang tadika anak kita sedang menimba ilmu tu adalah mendapat kelulusan dari 3 agensi berwajib iaitu Jabatan Bomba, PBT dan kesihatan. Ini paling penting kerana selain daripada geran bantuan yuran persekolahan yang layak dimohon kepada ibu bapa yang layak, tadika yang berdaftar memberikan jaminan kepada anak-anak kita sekiranya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Kementerian atau Jabatan yang terlibat boleh membantu atau boleh dirujuk bagi sesuatu perkara yang berkaitan.

Kesesuaian Anak Dengan Tadika Tersebut

Kesesuaian ni adalah sesuatu yang agak subjektif sebenarnya. Serasi orang kata serasi. Bukan faktor dari tadika tu jer… Faktor dari diri anak kita sendiri pun iya sebenarnya. Kesesuaian, keserasian adalah di mana, anak-anak kita boleh berkembang seiring dengan perkembangan tadika. Seiring dengan rakan-rakan lain. Berkembang dengan positif dan kita sendiri dapat menilai perubahan positif mahupun negatif anak-anak kita. Anda perhati-perhatikanlah anak-anak anda… Sama ada, terdapat perkembangan ataupun tidak. Farah rasa anda faham kan apa maksud Farah? Perkembangan ni bukan dari segi pembelajaran sahaja tetapi juga dari segi tingkah-laku dan juga sikap anak-anak. Terkadang, tidak dinafikan tadika tersebut adalah tadika yang bagus ataupun berjenama, tetapi mungkin tidak serasi dengan karakter serta perwatakan anak kita.

Kalau bab pembelajaran tu, anda perhatikanlah… sama ada anak-anak berkembang seiring dengan kebolehan dan juga kemampuan rakan-rakan sebaya di dalam kelas yang sama. Memanglah, macam Farah nyatakan sebelum ini, bukan nak suruh bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Tapiii… Jika anak orang lain sudah mampu mengira, menulis, membaca dan menghafaz dengan baik dan anak-anak masih zero ataupun ditakuk setakat apa yang anda ajar di rumah, cari tahu puncanya. Minta bantuan guru-guru terlebih dahulu. Jika setelah beberapa kali attempt masih juga tiada perubahan yang positif, silalah fikir-fikirkan dan siasat dengan lebih terperinci tentang anak kita di tadika. Selepas itu, buatlah keputusan sama ada untuk teruskan ataupun tukarkan tadika anak-anak.

Cuma… diharapkan bila kita mengambil keputusan untuk menukarkan tadika anak-anak kecil kita, pastikan kita lebih berhati-hati dan juga lebih teliti di dalam pemilihan tadika anak-anak. Bukan nak suruh jadi cerewet tetapi terkadang cerewet itu perlu untuk kebaikan anak-anak sendiri. Kita bukan pergi pejabat, buka komputer dan cetak duit macam tu. Betul tak? Siapa yang tidak mahu anak-anak berkembang dengan positif? Siapa yang tidak mahu anak-anak jadi pandai? Betul? Ke ada yang tak kisah sebenarnya? Yang penting bukan jenama tadika, dari dulu lagi Farah dah nyatakan. Dari entri-entri sebelum Firash didaftarkan tadika, tetapi kualiti servis dan hasilnya.

Entri ni bukan nak kata nak tunding jari pada tadika-tadika ataupun pada mana-mana tadika yang khusus ya? Ataupun nak tunding jari pada mana-mana guru atau guru yang khusus ya? Jangan salah faham. Terkadang, ada sebab peribadi yang tersendiri bila ibu bapa mengambil keputusan untuk menukarkan tadika anak-anak dan sebab tu terkadang sukar hendak diolah atau diterangkan pada orang lain. Ya, dalam sesetengah perkara kebanyakan kes ibu bapa menukarkan tadika anak-anak adalah disebabkan atas kelemahan pengurusan serta pentadbiran tadika itu tersendiri. Cumanya, kita perlu ingat, tidak semua. Banyak faktor lain juga yang boleh menyebabkan sebab-sebab tadika anak-anak ditukar. Faktor lokasi, faktor anak kita sendiri pun boleh jadi ya tak?

Apa pun… setiap tindakan pasti bersebab dan ada di antara sebab-sebab itu, tidak boleh diceritakan terlalu terbuka. Betul? Winking smile… Moga-moga apa yang Farah kongsikan kali ini, dapat membantu ibu bapa yang berfikir-fikir nak tukarkan tadika anak-anak pada waktu dan ketika ini ataupun pada tahun hadapan. Ada ibu bapa yang akan menunggu sehingga akhir tahun untuk menukarkan tadika anak-anak ke tadika lain, ada ibu bapa yang tidak akan menunggu lama atau terpaksa tukarkan tadika anak dengan kadar segera. Semuanya bergantung kepada keadaan. Pilihan di tangan ibu bapa.

Untuk Iman Firash, semoga baik-baik sahaja di tadika baru dan semoga dapat sesuaikan diri di tadika baru dengan baik. Untuk hari pertama, Alhamdulillah, nampaknya dia sesuai dan serasi. Pergi dengan ceria dan balik juga ceria. Alhamdulillah…lega hati Mommy nak oiii… Sekurang-kurangnya masih dapat meneruskan pembelajaran di tempat yang baik dan situasi yang baik. In Shaa Allah… Mommy akan cuba apa yang terbaik untuk Firash sebaiknya dan sehabis daya.

Terkadang pilihan kita untuk anak-anak tidak semestinya tepat, tidak semestinya bulls eyes. Terkadang bukan rezeki anak-anak kita untuk berada di sesuatu tempat dan sememangnya tempat itu bukanlah tempat yang sesuai untuk anak-anak kita. Itu semua pengalaman, itu semua membantu kita untuk memberikan yang lebih baik untuk anak-anak seterusnya pada masa akan datang. Kita mencuba, dan kegagalan di dalam mencuba itu adalah satu perkara biasa. Selama mana kita masih ada masa, kita masih boleh memperbetulkan keadaan. Betul tak? Jika anda bakal berhadapan dengan situasi di mana anda terfikir untuk menukarkan tadika anak-anak pada masa akan datang… diharapkan anda dapat ingat apa yang Farah kongsikan ini dan menukarkan tadika anak bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa yang tidak boleh diterima akal. Setiap individu punya pilihan, punya sebab dan punya alasan yang tersendiri. Yang pasti, tidak ada pernah tindakan ibu bapa itu untuk meletakkan anak-anak di dalam keadaan yang tidak baik. Kan? Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel TIPS Dan PANDUAN Tukar Tadika, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, July 5, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. ibubapa tentulah mementingkan keutamaan anak2 mereka. tak kisahlah kalau terpaksa tukar tadika pun kan

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Farah ... Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  3. Betul...Bukan sengaja kita as parent tukar2kan tadika anak2..Saya pernah kena...Kami htr che mek ke tadika dkt Setiawangsa..Lepas 3 minggu nmpk che mek masih x ceria..Hari2 blk mengadu kena ketuk tangan...Kena tarik rambut dgn cikgu. Sebulan je dekat sana...Terus kami amik keputusan utk tukar tadika..Burn mcm tu je yuran yg dibyr dlm 1k++..Tapi takpe la..janji che mek tak stress..

    Jadi, kita as parent bukan setakat kena tgk tadika tu mcmane...Penerimaan anak2 dengan system tadika tu pun kite kena perhatikan jgk..

    Pjng pulak komen...huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia