Tips Beraya Buat Geng ANAK LASAK Dan ANAK RAMAI!

Farah Waheda Wahid
2
TIPS BERAYA BUAT GENG ANAK LASAK DAN ANAK RAMAI!

Mencelah bercerita mengenai pergi beraya! Memandangkan masih lagi di dalam bulan Syawal, makanya masih relevan lagi cerita mengenai raya dipaparkan di Bubblynotes.Com kan? Winking smile. Raya kan sebulan? Sekarang ni pun, sibuk sesi pergi beraya ke rumah sahabat handai dan saudara setelah pulang dari beraya panjang di kampung halaman masing-masing dan juga musim orang buat rumah terbuka? Kalau hujung minggu tu…memang boleh nampak banyak kenderaan atas jalan raya dari kedua-dua arah. Smile. Sibuk beraya lagi semua orang ni. Bila menyentuh tentang pergi beraya, teringat kisah yang viral baru-baru ini mengenai teguran Chef Wan tentang ibu bapa yang tidak menjaga anak sewaktu beraya. Bila teringat tentang kisah teguran Chef Wan kepada ibu bapa yang tidak menjaga anak sewaktu beraya ni, terpanggil untuk berkongsi satu perkongsian seorang bapa mengenai tips beraya buat geng anak lasak dan anak ramai di laman media sosialnya di Facebook. Bapa tersebut adalah En. Salahuddin Sharif

TIPS BERAYA BUAT GENG ANAK LASAK DAN ANAK RAMAI! 2

Sepertimana yang dikongsikan melalui sumber di SINI, salah satu dilemma ibu bapa yang mempunyai anak yang lasak mahupun ramai, lebih-lebih lagi jika bilangan anak-anak majoritinya adalah lelaki, ialah membawa mereka berjalan raya ke rumah orang. Masing-masing ada perangai yang tersendiri, masing-masing punya ragam yang tersendiri. Akan tetapi, kalau dah namanya budak tu, bila dah berkumpul, bertempiklah macam mana sekalipun, tinggikanlah suara macam mana sekali pun, mereka tetap juga dengan keriangan bermain. Ibu bapa juga yang ada kalanya memendam perasaan ya tak?

Jujur Farah akui, Iman Firash memang di dalam fasa lasak! Kalau bahasa kasarnya orang kata membuas! Tapi buas-buas pun tak adalah buas mana sangat pun… Ha ha ha… Open-mouthed smile Sebab tu, sejak ada Iman Firash, Farah jarang nak usung Iman Firash beraya ke sana ke mari ke rumah-rumah saudara-mara, rakan-rakan sepejabat mahupun rakan-rakan di luar pejabat. Bukan apa, sedar diri, yang anak tu aktif. Takut-takut nanti tak terkawal jadinya dan sebenarnya risau juga kalau anak melakukan sesuatu yang tuan rumah tak berkenan. Tuan rumah mungkin tak cakap, tapi ada kalanya non verbal communication ataupun riak wajah serta bahasa tubuh boleh memberitahu kita sebagai tetamu sesuatu. Itu yang nampak depan-depan, tapi kalau jenis yang bercakap belakang? Lagilah sakit kalau sampai ke pengetahuan telinga sendiri kan?

Ukur baju di badan sendiri yang mana tahu bagaimana aktifnya Firash. Itu yang terjadi niat pergi beraya terkadang tu jadi terbantut. Sebelum jadi apa-apa di rumah orang lain, eloklah Farah ni bawa-bawa sedar diri yang ada pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku jika Farah membawa Iman Firash beraya ke rumah orang. Hu hu hu…Nak nak lagi, bila kebanyakan pada masa Farah mengendalikan Iman Firash bersendirian. Lagilah… Risau oiii….

Sebenarnya, menurut En. Salahuddin Sharif, terdapat cara yang praktikal untuk membawa askar-askar kecil yang lasak dan juga ramai ini ke rumah orang lain untuk beraya. Tips mudah katanya. Jomlah kita sama-sama baca mudah tak mudah tips yang dikongsikan oleh bapa anak empat ini. Tak dapat praktikkan tahun ni, mungkin raya tahun depan kita sebagai ibu bapa boleh sama-sama praktikkan. Winking smile.

Tips Pertama

Pilih rumah yang betul-betul bersesuaian. Terus-terang, semenjak anak pertama En. Salahuddin lahir, ada benda yang En. Salahuddin korbankan. Beliau terpaksa hadkan sesi pergi beraya ke rumah kawan-kawan beliau, sebab beliau faham, isteri beliau sememangnya sukar nak menggendalikan anak beliau dan agak bahaya sekiranya beliau tersangkut menyembang dengan kawan-kawan lama. Kalau pergi ke rumah kawan-kawan isteri beliau tiada masalah katanya, cumanya beliau kena bersedia untuk memberi signal kepada isteri bila waktu-waktu kecederaan.

Tips Kedua

Fikir 20 juta kali pun tak apa ya? Fikir sama ada perjumpaan kita itu mempunyai nilai yang lebih tinggi dari RM10.00 ataupun tidak. Andai lebih tinggi, melabur lebih sedikit dengan membelikan permainan yang murah di Giant atau Econsave. Serius, perkara ni nampak simple tetapi dah banyak sangat membantu. Budak-budak bukan peduli pun permainan tu berapa RM, janji baru keluar platik, memang semua akan teruja. Permainan ini bukan untuk anak beliau sahaja. Jika berlaku perang merebut permainan dengan anak tuan rumah, memang masa yang sangat sesuai untuk keluarkan. Kalau beli banyak, jangan terus longgok keluarkan, ambil masa 30 minit baru keluarkan permainan kedua.

Tips Ketiga

Sila pastikan kedudukan tisu atau kain lap. Kalau boleh ambil siap-siap letak dalam poket atau topi atau beg tangan. Jangan dah jadi bencana seperti air tumpah dan mengalir, baru nak kelam kabut minta kain.

Tips Keempat

Perhatikan menu makanan, elakkan berkuah. Jangan kita fikir sangat nak bagi anak makan kenyang-kenyang. Mereka kalau dah teruja, mana pandang makanan? Kebanyakan masa, anak-anak makan sesuap dua jer, selepas itu sambung main kembali. Dalam kereta baru mengadu lapar.

Tips Kelima

Andai kata anak-anak bergaduh, waktu ni boleh pakai strategi permainan RM10.00 ataupun kalau nak jimat lagi gula-gula lollipop. Kita suruh anak kita yang berikan gula-gula tu pada kanak-kanak lain, anda akan terkejut melihatkan betapa cepatnya kanak-kanak berbaik sesama sendiri. Yang penting bertindak… Jangan main biar jer bila anak kita dibuli atau membuli orang lain.

Tips Keenam

Tengok dahulu susunan perabut, buat simulasi cara bermain anak di rumah tersebut. Fikir keupayaan mereka untuk mencapai, nak berlari, nak melompat, nak panjat tangga segala bagai. Kalau dalam rumah dah macam pameran muzium, baik duduk di luar sahaja dengan anak makan kuih raya.

Tips Ketujuh

Cubit! Ha ha ha… Ini memang Farah selalu kena sewaktu kecil ni. Kalau ada buat salah memang itu sahaja tindakan paling minimum tapi pedih. Kadang-kadang En. Salahuddin tahu yang perbuatan ini tidak mendatangkan apa-apa untuk anak-anak beliau kerana dah imune dengan cubitan. Tetapi disebabkan nak puaskan hati orang lain, kena beraksi juga. Nanti cakap belakang di Facebook pula katanya. He he he… Pernah sekali tu, beliau cubit anak beliau, tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni datang mengenggam tangan beliau kuat-kuat dengan muka yang nampak sedih sangat-sangat. Dia cakap, “Biarlah bang, budak-budak tu bang, kesian bang”. Entah kenapa kata En. Salahuddin, dia tengok muka hamba Allah tu jadi sayu dan tersentuh pula.

Tips Kelapan

Zaman sekarang ni, kebanyakan televisyen dah ada video player pakai USB. Bawa siap-siap thumbdrive yang ada semua video kegemaran anak-anak. Kadang-kadang memang muka tak malu jer minta tuan rumah pasangkan, tapi selalunya mereka enjoy je. Mungkin berbeza dengan Farah… Farah suakan tablet atau telefon pintar untuk Firash tonton video kegemaran dia. Tak nak lah usik barangan orang lain kalau boleh. Hu hu hu…

Tips Kesembilan

Gunakan tablet atau ipad, ini di antara benda yang selalu En. Salahuddin praktikkan sebelum ini sehinggalah anak beliau yang kedua disahkan mempunyai masalah simptom speech delay. Setelah hampir 2 tahun beliau bawa ulang alik ke hospital untuk terapi, memang mereka dah kurangkan gajet-gajet skrin besar untuk anak-anak. Tapi kalau dah terpaksa memang kena keluarkan juga. Hu hu hu…

Sebenarnya banyak lagi tips yang lain, lain anak kan lain minatnya. Yang penting orang kena faham. Geng-geng anak lasak dan anak ramai ni kalau datang menziarah niatnya memang satu jer lah. Untuk silaturahim. Tengoklah berapa banyak persediaan yang ibu bapa kena lakukan sebelum datang beraya. He he he… Open-mouthed smile Semua kena siap! Fizikal, mental.

Bukannya datang rumah sebab makanan, sebab nak collect duit raya, sebab nak tengok hiasan dalaman dan lain-lain lagi.  Itu belum kena lagi dengan anak yang ada masalah autisme atau ADHD. Kalau anda biasa pergi sesi terapi kanak-kanak, memang akan jumpa. Macam-macam lagi masalah pada budak-budak istimewa begini. Mereka dan ibu bapa perlukan sokongan dari kita, kalau kita asyik nak berkira dengan kesusahan yang hanya datang setahun sekali, bayangkan diorang yang menanggung segalanya 24 jam.

Kadang-kadang tetamu yang rasa sangat susah untuk datang tetapi sanggup hadir semata-mata untuk berjumpa dan kita melayan mereka dengan sempurna akan lebih mendatangkan rahmat untuk kita. Janganlah kita cepat sangat mengata buruk aib tetamu sehingga dihebahkan seperti satu sesi meluah perasaan beramai-ramai. Semuanya atas punca anak-anak yang belum pun baligh tu...Kan?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. betul tuh kak. thanks share tips. nanti uyul boleh praktikkan. heheh
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  2. hiihih, #genganaklasak ;-))

    tak tau nk komen apa, cuma apa yang kite buat, kalau beraya rmh sedara mara-tak pernh duduk menyembang lama2...jumpa, mkn sikit..dah bolehlah balik...budak2 ni tk boleh lama2..mcm2 diusiknya..hahha.. nk g beraya rmh kawan pun tgk juga...rumah dia mcm mn, ada ank ke tidak..kalau jenis rmh yang banyak hiasan kaca2..mmng seriau la nk pergi hiihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !