Tak Salah Pun… Biarkan Anak Menangis Nakkan Sesuatu!

Farah Waheda Wahid
2
TAK SALAH PUN... BIARKAN ANAK MENANGIS NAKKAN SESUATU!

Haaa… nangislah…nangis puas-puas! Ada Mommy kisah? Bunyi macam kejam kan? Tapi biarkan dia! Bila permintaan nak membeli si Oliver yang merupakan metal die cast collectible railway bagi siri animasi Thomas and Friends tidak dilayan oleh Mommy sedari semalam sehinggalah ke hari ini. Bukan apa, benda dah ada di rumah, takkan nak beli benda yang sama lagi? Farah tak nak ajar dia asalkan masuk jer 7-Eleven, mesti nak beli benda tu. Manja-manja juga, tapi marah tetap kena marah sebab nak didik. Lantakkan orang nak pandang serong ke? Nak pandang macam mana ke? Nak kata apa ke? Anak kita kan? Tindakan kita tu mestilah bersebab. Bukan suka-suka kita nak buat sesuatu tindakan tu. Ingatkan rajuk tu habis semalam, tapi membawa sampai ke pagi ni sewaktu nak ke tadika. Hati tu berbuku lagi tu sebab tak dapat si Oliver tu semalam. Ingat dah lupa, tapi rupa-rupanya membekas dalam hati sampai ke hari ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile Betul-betul anak Mommy ni! Sebiji ikut perangai Mommy! Lama nak heal bila hati tersakiti… Ecewahhh… Smile with tongue out… Tak salah pun… biar anak menangis nakkan sesuatu!

Tak rasa bersalah ke? Nak jawapan jujur ke? Atau nak jawapan selamat supaya tak kena kecam? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Farah lebih memilih kepada jawapan jujur. Jawapan jujurnya adalah… Sikit pun tak ada rasa bersalah langsung-langsung. Tak ada rasa tak menyampai hati ke? Sikit pun tak ada rasa tak menyampai hati langsung-langsung… Ahaksss… Open-mouthed smile Kejam tak bunyinya? Tapi kejam ni, adalah kejam bersebab ok? Kalau nak berkenalan dengan si Oliver tu… Meh sini Farah tunjukkan macam mana rupa Oliver yang bernombor 11 tu ha.

TAK SALAH PUN... BIARKAN ANAK MENANGIS NAKKAN SESUATU! (2)

Mahal wehhh benda alah ni! Harga dia RM 10.00 setiap satu. Selalunya dia tag nenek dan atuk. Mommy tu sesekali jer… Sebab kebanyakan pada masa Mommy tak layan dan kalau Mommy layan pun lebih kepada reward kepada dia. RM 10.00 tu dari membazir membeli benda yang dah ada, elok sangat Mommy dia ni buat tambah nilai kad Touch ‘N’ Go, takpun buat beli sayur ke? ikan ke? apa ke kan? Biarkan dia menangis seabb inilah salah satu teknik membentuk diri anak-anak menjadi manusia yang cekal dan tidak berputus asa di dalam hidupnya. Betul… Sila fahamkan betul-betul perkongsian seorang Occupational Therapist, iaitu Puan Maryam Jamadi mengenai perkara ini.

Menurut Puan Maryam, anak-anak kecil sememangnya akan menangis bila tidak mendapat apa yang mereka mahukan kerana ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi. Tetapi masalah akan datang bila, kita secara tidak langsung mengajar anak untuk dapat semua apa yang dia mahu demi tidak mahu anak menangis. Biarkan dia menangis, selagi tidak memudaratkan. Sebab semakin dia membesar, semakin susah untuk dibentuk.

Contohnya membeli permainan… Apabila kita sudah biasa memberi apa yang dia mahukan, semakin mereka membesar semakin susah untuk kita halang. Walaupun nampak dalam skop kecil, “alah, murah ajer permainan tu”… “alah, tak apalah kecil lagi”. Tapi, semakin dia membesar, semakin dia belajar “apa yang aku nak, aku mesti dapat”. Bila no means NO, ini kena dilatih seawal mungkin sebab masa inilah masa penting untuk membentuk dan membina kepercayaan.

Frustration tolerance sangat-sangat penting untuk perkembangan emosi anak untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar. Kena ajar anak perasaan frust, tidak dapat apa yang dia mahu main, tidak dapat apa yang dia mahu makan, tidak dapat apa yang dia mahu pakai, tidak dapat pergi ke tempat yang dia nak dan sebagainya. Sebab di dalam dunia sebenar, bukan semua apa yang kita mahukan kita akan dapat. Melainkan melalui usaha, tetapi ada masanya usaha pun tidak akan dapat menjamin apa yang kita mahukan. Kan?

Contoh-contoh paling mudah yang boleh digunapakai adalah seperti:

Anak Jatuh Sikit Sebab Terlanggar Meja

Peringkat permulaan kita lihat respon dan keadaan, kalau ok kita kena biarkan mereka dahulu dan terangkan kenapa jatuh dan macam mana nak elakkan jatuh daripada kita terus berlari dengan reaksi muka dan suara terkejut.

Anak Menangis Nak Coklat Kinderjoy – Farah Panggil Telur Yang Tak Menetas Open-mouthed smile

Sebelum ke kedai yang ada jual coklat ini, kalau memang niat kita nak belikan bolehlah minta anak untuk siapkan kerja atau buat sesuatu dulu baru boleh dapat. Kalau anak mengamuk, tantrum biarkan jer. Bila dah ok dan tenang, baru terangkan kenapa tak boleh. Ini dinamakan sebagai social story.

Anak Menangis Bila Kalah Main Game

Biarkan anak tu. Beri dia rasa frust dan belajar sendiri bagaimana cara nak mengawal.

Anak Mengamuk Nak Ikut Kita Keluar

Biarkan dia selesai “luahkan” perasaan. Selepas itu baru distract dengan benda lain.

Anak Mengamuk Tak Nak Makan Sebab Nak Makan Junk Food

Ok, tak payah makan! Nanti kemudian masa makan, dia akan belajar bila skip makan nanti lapar.

Bukan masalah tentang developmental delay, tetapi semakin kita overprotective, semakin kita sebagai ibu bapa akan membesarkan adult baby. Tak perlu kisah apa pendapat orang lain, tak perlu takut anak menangis. Biarkan dia menangis, biarkan dia belajar untuk “pujuk” diri sendiri. Sebab menangis adalah salah satu cara untuk kita luahkan perasaan. Anak lelaki atau perempuan, biarkan mereka menangis. Biarkan mereka bukan tanda kita ni tak sayang anak, tapi sebab kita nak latih mereka untuk cope dengan frustration.

Kita selalu dimomokkan dengan kata-kata “lelaki tidak boleh menangis”, ini salah. Menangis adalah proses semulajadi yang Allah kurniakan kepada semua manusia untuk meluahkan perasaan bukan untuk perempuan sahaja. Sebab itu kebanyakan penghuni institusi mental adalah lelaki, sebab mereka lupa cara untuk meluahkan perasaan. Sebab apa? Sebab “lelaki tidak boleh menangis”.

Mental kita macam getah, kalau terlampau tegang ia akan putus. Tugas kita, kena kuatkan ketahanan “getah” itu. Untuk persiapkan anak-anak untuk menghadapi dunia yang mencabar. Smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !