Home » , , , , , , , » SUSU IBU - Benarkah Kanan Air, Kiri Nasi?

SUSU IBU - Benarkah Kanan Air, Kiri Nasi?


Ada juga dengar orang berkata yang susu ibu ni belah lamanya adalah air dan belah kiranya adalah nasi.  SUSU IBU - Benarkah Kanan Air, Kiri Nasi?  Terus-terang,  Farah jawab... Entah!  Ha ha ha...  Serius Farah tak pernah nak ambil serius akan perkara ini. Jawapannya anda mungkin tahu apakah sebabnya?  Bagi yang tidak tahu,  Farah tidak menyusukan Firash melalui penyusuan ibu secara eksklusif. Hanya sepanjang tempoh berpantang sahaja atas alasan peribadi yang tertentu yang tak perlu sesiapa pun nak mempertikaikan. 

Cumanya sedikit perkongsian fakta yang Farah sempat baca dari seorang Konsultan Susu Ibu, Puan Suraya Ali yang menjelaskan 7 fakta tentang info susu badan kiri atau kanan yang sebenarnya dinamakan Foremilk Hindmilk.

Fakta #1

Hormon untuk mengeluarkan susu ibu iaitu oksitosin terletak di hasilkan di hipotalamus dan disimpan di dalam posterior pituary gland.

Sekiranya ada rangsangan dari hisapan bayi, oksitosin akan dirembeskan. Ianya membantu susu dipancutkan dari tempat simpanannya iaitu alveoli seterusnya melalui saluran (ducts) dan keluar ke puting (niple).

Fakta #2

Ideanya adalah begini. Ianya adalah susu ibu yang sama. Bukan dua jenis susu yang berbeza. Cuma ketika penyusuan bermula, susunya banyak cecair dan rendah lemak dipanggil foremilk.

Semakin lama bayi menyusu, lemak yang berada di alveoli akan dilepaskan ke dalam susu. Lemak ini hanya akan dilepaskan apabila payudara hampir kosong. Jadi ibu mesti lama menyusu satu payudara sehingga bayi mendapat hindmilk.

Fakta #3

Sekiranya bayi tidak mendapat cukup foremilk dan hindmilk kerana ibunya asyik menukar payudara ketika menyusu, bayi akan tidak lena tidur dan kerap meminta susu selang setengah jam atau satu jam.

Bagi ibu yang baru melahirkan, ini membuatkan ibu rasa penat dan risau. Sedangkan apa yang perlu ibu buat hanyalah menyusukan bayi dengan satu payudara terlebih dahulu.

Fakta #4

Foremilk adalah susu yang kurang lemak namun tinggi lactose, karbohidrat, protein dan vitamin. Warnanya boleh jadi sedikit kebiruan.

Hindmilk pula tinggi dengan lemak dan dan kalori. Ianya berwarna lebih pekat dengan kuantiti yang sedikit.

Hindmilk penting untuk tumbesaran bayi.


Fakta #5

Sekiranya bayi tidak mendapat cukup hindmilk dan hanya minum foremilk, bayi boleh mengalami lactose imbalance (ketakseimbangan laktos) dan mungkin perutnya merasa tidak selesa (gas in baby).

Dan kesan sampingannya boleh jadi menyebabkan bayi juga tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya. Ini akan merisaukan ibu dan mungkin mempertimbangkan untuk menukar susu tepung walaupun isunya adalah cara penyusuan.

Fakta #6

Kesan penyusuan yang tidak seimbang foremilk hindmilknya ialah ibu tidak mengeluarkan susunya sehingga habis dan boleh menyebabkan susu tersumbat (plugged duct) atau lebih bahaya jika mastitis.

Fakta #7

Sekiranya berlarutan dimana bayi hanya minum foremilk, ia boleh membahayakan usus bayi. Terdapat juga kes yang najisnya berdarah kerana jumlah lactose dalam jumlah yang banyak dan sukar untuk dihadamkan.

Tanda Bayi Tak Cukup Hindmilk

Perhatikan tanda-tanda ini yang mungkin adalah simptom yang menunjukkan bayi tidak mendapat cukup hindmilk:

* Najisnya kehijauan dan sedikit keras.

*  Bayi kerap menangis kerana kembung perut.

*Terdapat darah pada najis bayi.

*Pertambahan berat bayi yang tidak elok.

*Bayi kerap muntah.

*Ruam lampin (kerana najis yang berasid).

*Bayi kerap menangis seolah-olah tidak cukup susu.

Diharapkan bermanfaat. Bukanlah kerana kanan air, mahupun kiri adalah nasi.

Sumber Rujukan: http://www.karangkraf.com/mobile/famili/nak-susukan-bayi-bagi-dua-dua-sekali-kanan-air-kiri-nasi-benarkah-ini-jawapan-pakar-laktasi-1.696715

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel SUSU IBU - Benarkah Kanan Air, Kiri Nasi? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, July 10, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia