Home » , , , , , , , , , , » Singkirkan KUTU KEPALA Anak Dengan 4 CARA MUDAH Melalui AROMA BAWANG!

Singkirkan KUTU KEPALA Anak Dengan 4 CARA MUDAH Melalui AROMA BAWANG!

SINGKIRKAN KUTU KEPALA ANAK DENGAN 4 CARA MUDAH MELALUI AROMA BAWANG!

“Dulu… tak berkutu pun kepala anak saya! Sekarang, sejak hantar ke tadika kepala anak saya sudah mula berkutu disebabkan berjangkit dari kawan sekelasnya!” – Ada pernah dengar ayat sebegini diluahkan kepada anda? Ataupun anda pernah merungut sebegini? Bangkitkan cerita kutu kepala ni bukan sebab kepala Iman Firash berkutu… Hu hu hu… Setakat ni, Alhamdulillah… Tak ada sebarang kutu kepala yang menginap di kepala anak bujang tu… Cumanya teringat tentang kisah kutu kepala anak-anak kecil. Fakta tentang kutu boleh bertelur 10 biji sehari* menjadikan jumlahnya yang cukup banyak. Makanya, cuba anda bayangkan berapa banyak pula jika kutu ini bersarang di dalam kepala dalam masa seminggu. Oh tidak! Surprised smile… Semestinya kita semua tidak sanggup untuk membiarkan anak-anak untuk menanggung rasa gatal dan tidak selesa akibat kutu yang kecil itu. Beli syampu kutu sudah, cari dan buang kutu di kepala pun sudah, tapi…masalahnya tetap tidak hilang. Macam mana nak buat? Anda boleh cuba untuk singkirkan kutu kepala anak dengan 4 cara mudah melalui aroma bawang! Nak tahu caranya? Ikuti entri ini sepenuhnya.

Kutu kepala… Memang sangat-sangat mudah berjangkit di kalangan kanak-kanak sekolah. Jika anak sudah terkena, berkemungkinan seisi rumah pula akan menerima akibat serangan kutu ini. Oleh yang demikian, segeralah singkirkan kutu dengan rawatan menggunakan bawang sebagai ikhtiar seterusnya jika syampu kutu tidak memberikan kesan. Mengikut sumber yang Farah rujuk, ianya ternyata cukup berkesan dan paling penting selamat!

Kaedah 1: Bawang Merah

Gunakan 10 biji bawang merah yang dikisar. Caranya adalah:
1. Sapukan dengan rata kisaran bawang merah pada keseluruhan kulit kepala.
2. Biarkan selama 30 minit. Sebaiknya keseluruhan kepala dibalut dengan tuala.
3. Kemudian dicuci bersih. Gunakan syampu untuk hilangkan bau bawang tersebut.

Kaedah 2: Bawang Merah Dan Minyak Kelapa

Gunakan 10 biji bawang merah yang telah dikisar dan 3 sudu makan minyak kelapa. Caranya adalah:
1. Rambut dibasahkan dan dicuci dengan bersih terlebih dahulu.
2. Kemudian campurkan kisaran bawang merah dengan minyak. Gaul sehingga sebati.
3. Kemudian, lumurkan pada keseluruhan kulit kepala dan rambut hingga rata. Jadikan seperti masker rambut.
4. Biarkan selama 30 minit atau 1 jam.
5. Kemudian, sisirkan rambut dengan menggunakan sikat kutu agar kutu tadi boleh dikeluarkan.
6. Lakukan beberapa kali sehingga berpuas hati dan barulah rambut dicuci bersih.

Kaedah 3: Bawang Merah Dan Lidah Buaya

Gunakan 10 biji bawang merah yang telah dikisar dan sebatang daun lidah buaya yang diambil lendirnya. Caranya adalah:
1. Pertama sekali cuci bersih rambut.
2. Kemudian lumurkan campuran bawang merah yang dikisar dengan lendir lidah buaya.
3. Pastikan ianya disapu rata pada keseluruhan kulit kepala dan rambut.
4. Biarkan selama sejam dan kemudian sikat menggunakan sikat kutu untuk menyisir rambut.
5. Setelah melakukannya beberapa kali, cuci bersih rambut seperti biasa.

Kaedah 4: Bawang Putih Dan Jus Limau Nipis

Gunakan 8 ulas bawang putih yang telah dikisar dan juga 3 sudu makan jus limau nipis. Caranya adalah:
1. Satukan bawang putih yang telah dikisar dengan jus limau nipis. Gaul sehingga sebati.
2. Oleskan campuran ini secara merata pada bahagian kepala dan rambut.
3. Biarkan selama 30 minit.
4. Bilas dengan air bersih seperti biasa.

Tips Tambahan:

1. Adalah sangat digalakkan ketika mencuci rambat agar menggunakan syampu dan pelembut rambut untuk memastikan rambut terasa lebih terurus dan lembut selepas melakukan rawatan ini.

2. Pastikan sebelum rambut disisir dengan sikat kutu, sikat biasa digunakan terlebih dahulu untuk meleraikan rambut yang kusut. Jika tidak anak-anak akan terasa sakit dan akan menjadi sukar untuk kita menyisir rambut anak-anak.

3. Lakukan perawatan ini secara berkala untuk memastikan kutu dan telur kutu betul-betul telah tiada.


Kutu adalah merupakan parasit penghisap darah dalam kumpulan serangga. Kutu kepala atau pediculus humanus capitis bergantung sepenuhnya kepada manusia untuk hidup. Ketua Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. ‘Azlin Muhammad @ Mohd. Yasin berkata, kutu tidak mengenal mangsa. Namun, jangkitan tertinggi di Malaysia membabitkan kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun kerana pada usia itu, mereka mempelajari cara bersosial dan saling bergaul rapat. 1 daripada 10 kanak-kanak di Malaysia dijangkiti kutu.

Ramai orang berfikir yang kutu boleh terbang atau melompat untuk menjangkiti orang lain, sebaliknya, ia hanya merayap dengan perlahan mencari perumah kerana ia tidak bersayap. Saiz kutu adalah sekecil saiz bijan dan berwarna coklat atau kelabu. Namun, identifikasi kehadiran kutu pada seorang manusia juga boleh dilihat pada kemerahan di kawasan belakang telinga dan tengkuk. Logiknya, kutu gemar mendiami rambut berhampiran tengkuk dan telinga berikutan ia adalah kawasan yang lebih terlindung. Jika ternampak ruam di kawasan itu, ia mungkin kerana gigitan kutu. Selain itu, jika terdapat tompok-tompok hitam atau daki di kawasan itu, ia menunjukkan adanya sisa-sisa najis kutu.

Golongan yang berisiko adalah mereka yang kerap bersentuhan secara langsung, beraktiviti bersama dan berkongsi barangan seperti tuala dan sikat rambut. Anak-anak yang berambut panjang dan kerinting lebih berisiko untuk dijangkiti kutu. Bagaimanapun, kutu boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berambut dan ia memerlukan rambut untuk berpegang pada perumah semasa ia menghisap darah di kepala. Anak kutu yang baru menetas atau nimfa juga boleh terus menghisap darah.

Kenapa perlu ambil berat tentang masalah kutu? Kutu ni sebenarnya tidak membawa kepada masalah kesihatan yang serius, tetapi lebih kepada masalah psikologi dan sosial apabila anak-anak menjadi malu kerana dipinggirkan serta membuatkan mereka akan hilang keyakinan diri. Masalah kesihatan yang serius hanya boleh berlaku jika anak-anak menggaru kepala yang gatal sehingga terluka lalu dimasuki bakteria. Melalui pembacaan Farah, tolonglah betulkan stigma anda sebagai masyarakat yang menganggap mereka yang berkutu sebagai pemalas, pengotor atau tidak menjaga kebersihan ya? Sebabnya, kutu tidak mengenal pangkat atau darjat. Rambut yang kotor atau bersih. Bahkan ada kajian di Barat yang menunjukkan kutu lebih suka hidup di rambut dan kepala yang bersih.

Mungkin bau bawang itu tidak menyenangkan, tetapi demi mengatasi masalah kutu kepala anak once and for a all? Why not? Tak ada salah jika kita berikhtiar kan? Smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Singkirkan KUTU KEPALA Anak Dengan 4 CARA MUDAH Melalui AROMA BAWANG!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, July 17, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. Thanks for sharing...Wajib cuba utk che mek sy... =(

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia