Home » , , , , , , , » Resipi KEK MILO KUKUS Sheila Rusly

Resipi KEK MILO KUKUS Sheila Rusly

RESIPI KEK MILO KUKUS SHEILA RUSLY

Slurppp…. Yummeh! Pagi-pagi macam ni, bila ternampak gambar Kek MILO Kukus, tiba-tiba jadi terliur weiii! Ha ha ha… Open-mouthed smile Terbayang dalam mulut ni bagaimana rasa coklat yang padat dan cair di dalam mulut yang mak aihhhh sedapnya lahaiii…. Farah memang pantang sikit dengan kek-kek yang ada rasa coklat ni. Suka! Pukul 3.41 pagi, keinginan nak makan Kek MILO KUKUS ni secara tiba-tiba datang membuak-buak pula… Adehhh… Dah tu? Kalau rasa nak makan apa lagi? Dah craving sangat kan? Kenalah buat sendiri kot? Kalau tak buat sendiri ada ke sesiapa di luar sana yang sudi nak taja Kek MILO Kukus untuk santapan Farah? Nerd smile… Melampau kan? Kek pun nak suruh orang taja! Ekekekeke… Gurau-gurau jer… Bukan sekadar nak makan, tapi keinginan nak baking Kek MILO Kukus sendiri pun membuak-buak juga ni.. Cumanya tak tahu bilalah masanya kan? In Shaa Allah… Ada masa terluang, Farah akan cuba curi masa tu untuk baking. Kali terakhir baking adalah sehari sebelum raya. Ini dah penghujung Syawal dah ni ha… Makanya, sebelum mulakan projek baking Kek MILO Kukus, Farah berhajatlah nak parking resipi Kek MILO Kukus Sheila Rusly di Bubblynotes.Com. Nanti bila dah tiba masa nak baking nanti… senang terus buka jer blog sendiri dan rujuk resipi. Smile with tongue out

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan milo
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas

Kesemua bahan-bahan yang disenaraikan di atas untuk dimasak sehingga larut.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat

Kesemua bahan-bahan yang disenaraikan di atas untuk diayak bersama.

  • 3 biji telur yang dipukul sehingga kembang.

Cara Penyediaan:

1. Masukkan telur dalam campuran milo dan kacaukan sehingga rata.
2. Masukkan tepung dan sebatikan.
3. Kukus selama 1 jam.

Mudah sangat ni oiii! Memang tak susah nak sediakan… Mesti ada yang dah mencuba Kek MILO Kukus Sheila Rusly ni kan? Oklah nanti Farah pula nak mencuba! Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Resipi KEK MILO KUKUS Sheila Rusly, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, July 23, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. Firash apa khabar...wah PC pun nak simpan resipi ni..nak buat juga..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia