Penting Sangat Ke KELAS PERCUBAAN TADIKA?

Farah Waheda Wahid
0
PENTING SANGAT KE KELAS PERCUBAAN TADIKA

Kain-kain rentang yang mempromosikan pembukaan pendaftaran tadika bagi sesi 2018, nampaknya sudah mula kelihatan di beberapa sudut jalan utama semenjak 2 minggu yang lalu! Wahhh… nampaknya musim promosi tadika kembali lagi! Smile… Iyalah… Tadika sekarang kan sudah menjadi satu bentuk perniagaan yang komersial? Bukan seperti waktu-waktu zaman-zaman Farah dan juga sesetengah dari anda membesar dahulu. Tadika dulu dengan tadika sekarang tak sama! Betul kan? Winking smile. Bila lihat kain-kain rentang sebegini, teringat pula kepada moment di mana pada ketika dan waktu sebegini pada tahun 2016, Farah sibuk telefon sana, telefon sini, survey sana, survey sini, research sana, research sini untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai tadika-tadika yang ada di dalam senarai Farah sebelum mengambil keputusan untuk menempatkan Iman Firash. Gigih satu persatu Farah gali segala macam jenis maklumat, testimoni, modul pembelajaran, waktu persekolahan segala bagai. Berdasarkan pengalaman kali pertama tersebut, Farah sajalah nak beri pesanan khidmat masyarakat khas buat semua ibu bapa pertama kali yang bakal mendaftarkan anak-anak ke tadika untuk sesi 2018 nanti… Smile Bukan apa, cuma nak pesan, kalau boleh cubalah masukkan anak-anak ke kelas percubaan tadika sebelum mengambil sebarang keputusan untuk penempatan anak-anak anda. Jangan terus-terus ambil keputusan nak daftar jer. Penting sangat ke kelas percubaan tadika? Sampaikan Farah nak beri pesanan khidmat masyarakat sebegini?

Senang cerita, kita berterus-terang sahajalah ya? Sepertimana Farah katakan, tadika pada masa kini sudah menjadi satu bentuk perniagaan yang komersial. Kita boleh lihat anjakan paradigma tadika dari bukan sesuatu yang komersial kepada sesuatu yang komersial bila mana, tadika-tadika yang ada pada masa kini kebanyakannya sudah mula menggunakan medium pengiklanan semasa untuk mempromosikan tadika mereka agar ramai ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak masing-masing di tadika-tadika yang tertentu. Kain rentang toksah cakap… kadang-kadang kau rasa macam pilihanraya pun ya… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Itu satu bentuk pengiklanan. Ada juga yang melakukan pengiklanan secara langsung melalui media sosial, media elektronik dan juga media cetak. Ibu bapa pula kadang-kadang sampaikan jadi rambang mata disebabkan dek terlalu banyak pilihan tadika yang menawarkan pakej pembelajaran dan juga asuhan yang menarik serta dirasakan menepati keperluan ibu bapa pada masa kini yang gaya hidupnya sibuk. Cuma tinggal nak pilih jer yang mana satu yang menjadi pilihan hati ibu bapa.

Sewaktu Farah di dalam proses memilih tadika untuk Iman Firash dahulu, Farah sibuklah haiii survey testimoni dari rakan-rakan yang sudah berpengalaman menghantar anak-anak mereka ke satu-satu tadika – nak dapatkan maklumbalas serta pandangan ketiga, sibuklah juga menelaah modul pembelajaran yang ditawarkan, pendekatan yang digunakan ke atas anak-anak dan juga reputasi tadika-tadika yang ada dalam senarai Farah. Farah sibuk mempertimbangkan semua perkara ini, termasuk juga faktor lokasi dan juga kesesuaian masa di mana Farah boleh menghantar dan mengambil Iman Firash tanpa mengganggu kerja-kerja pejabat Farah. Akan tetapi, satu kesilapan Farah adalah Farah lupa atau cuai kerana tidak mempertimbangkan untuk menempatkan Iman Firash di kelas percubaan tadika. Sebab tu, Farah taip entri ni… Sebab Farah nak pesan pada ibu bapa pertama kali menghantar anak-anak ke tadika pada masa yang akan datang untuk mempertimbangkan saranan Farah ni ha. Sebab dah lalu perkara tu kan? Jadinya, bolehlah Farah kongsi serba sedikit. Setakat apa yang Farah mampulah ya? Winking smile.

Sebab-musabab Farah merekomendasi anda untuk menghantar anak-anak ke kelas percubaan tadika sebelum anda mengambil keputusan untuk menempatkan mereka di satu-satu tadika adalah seperti yang dapat Farah pecahkan kepada beberapa bahagian di bawah berikut:

Kebolehan Anak Menerima Suasana Persekitaran Di Tadika Tersebut

Farah akui Farah silap. Farah cuma memikirkan faktor lokasi dan kesesuaian masa Farah untuk menghantar dan mengambil Iman Firash tanpa memikirkan tentang kemampuan diri Firash untuk menerima suasana persekitaran di tadika tersebut. Sepatutnya, apa yang Farah lakukan adalah mencuba menempatkan Firash di dalam kelas percubaan untuk beberapa ketika untuk menganalisis sama ada Firash boleh adapt pada suasana tadika tersebut ataupun tidak. Ada jenis-jenis kanak-kanak yang tak kisah kalau diletakkan di mana-mana tadika pun. Ada jenis-jenis kanak-kanak yang sedikit istimewa kondisinya. Macam Iman Firash ni. Tidak semua keadaan dia sesuai. Tidak semua keadaan dia boleh terima. Nak-nak lagi selama kini dia tidak pernah ke mana-mana pusat jagaan ataupun asuhan.

Mungkin ada yang berpendapat, sepatutnya kuasa memilih berada di tangan ibu bapa. Bukannya menuruti sahaja kehendak anak. Mungkin pendapat serta pandangan kita berbeza. Farah memandang kemampuan diri anak untuk menerima suasana persekitaran di tadika adalah sesuatu yang sangat penting dari sudut psikologi anak. Tidak ada gunanya kita memaksa anak-anak untuk terus berada di satu-satu tadika hanya semata-mata kerana kita mahu mereka berada di tadika tersebut sedangkan mereka tidak dapat menerima persekitaran seumpama itu. Impaknya, anak mungkin akan menjadi tidak gembira dan ceria jika kita terus-menerus memaksa mereka untuk menerima pilihan serta keputusan kita untuk menempatkan mereka di tadika tersebut. Bila ini berlaku, sedikit sebanyak ia akan mengganggu perkembangan positif semasa anak-anak kita. Adakah kita mahu anak-anak kita terganggu perkembangannya? Sudah tentu tidak.

Kelas percubaan adalah satu pilihan yang terbaik untuk penilaian ke atas perkara ini. Kerana apabila anak-anak kita gembira dan ceria, mereka akan lebih mudah untuk menerima dan menyerap pembelajaran di tadika. Sudah tentu kita mahukan anak-anak kita belajar dengan gembira, ceria dan hati terbuka daripada belajar dalam keadaan tidak bersesuaian dengan mereka. Kita mahu memberikan impression yang tadika itu adalah satu perkara yang menyeronokkan dan kita mahu mereka seronok untuk ke tadika. Got my point? At least bila kita hantar ke kelas percubaan untuk beberapa tempoh ketika, kita boleh menilai perkara sebegini dari reaksi dan maklum balas anak-anak.

Gaya Pembelajaran Yang Diterapkan Kepada Pelajar Sama Seperti Apa Yang Diiklankan

Strategi ataupun gaya pemasaran untuk memajukan perniagaan ada bermacam jenis. Di dalam perspektif tadika yang sudah menjadi komersial pada masa kini, antara perkara-perkara yang menarik perhatian ibu bapa adalah gaya pembelajaran yang diterapkan dan bagaimana pihak tadika tersebut mengendalikan pembelajaran seharian anak-anak anda nanti. Ada pelbagai macam tawaran, ada pelbagai macam kata-kata manis, ada pelbagai macam kefahaman, ada pelbagai macam janji. Jangan fikir yang perkara sebegini tidak berlaku. Dalam zaman kini, tidak ada apa yang mustahil. Sudah tentu sebagai ibu bapa kita mempunyai harapan yang besar ke atas tadika serta guru-guru yang bakal mendidik anak-anak kita. Sudah tentu kita berasa lega apabila mendapati sokongan yang kita perlukan daripada pihak tadika di dalam perjalanan kita mendidik anak-anak itu dapat diberikan oleh pihak tadika.

Cuma di sini, apa yang anda perlu sentiasa ingatkan kepada diri anda sebagai ibu bapa, adakah kita sebagai ibu bapa perlu percaya bulat-bulat kepada segala macam jenis tawaran, kata-kata manis serta janji ini? Adakah anda sebagai ibu bapa perlu yakin 100% bahawasanya sebagaimana yang diiklankan itulah dia yang akan pihak tadika deliver? Sedangkan di dalam sesetengah keadaan, kita maklum akan kondisi semasa anak-anak kita bagaimana? Terfikir tak? Boleh ke tidak cikgu ni handle anak aku? Boleh ke tidak cikgu ni bantu untuk bentuk anak aku? Pernah? Rasanya sebagai ibu bapa tak salah kalau kita ada doubt sebegini kot? Kerana ibu bapa mempunyai hak itu, yang mana tidak boleh dinafikan oleh pihak tadika.

Kelas percubaan adalah satu pilihan terbaik untuk penilaian tentang delivery sesebuah tadika sepertimana yang telah mereka tawarkan di dalam pengiklanan ataupun strategi pemasaran mereka sewaktu ibu bapa datang bertanya mengenai hal pendaftaran tadika. Smile. Terkadang situasinya, apa yang diperkatakan semasa ibu bapa berminat untuk mendaftarkan anak-anak ke tadika tidak sepertimana realiti rutin harian anak-anak di tadika. Terkadang situasi, tadika memang benar-benar deliver apa yang mereka pasarkan yang telah menarik perhatian ibu bapa. Faham tak maksud Farah?

Kos Pelaburan Tadika

Bukan nak kata nak berkira tentang kos menghantar anak ke tadika. Cumanya, sepertimana yang kita maklum, kos pendaftaran tadika anak-anak sekarang sudah hampir menyamai kos yuran pendaftaran satu semesti di institusi pengajian tinggi awam. Bukan setakat main ratus-ratus lagi dah nilainya… Tapi ribu-riban kau… Sekali daftar seribu lebih, sekali daftar dua ribu lebih, sekali daftar tiga ribu lebih. Faham kan? Anda maklumkan tentang kos menghantar anak-anak ke tadika zaman kini? Tapi tak semualah, masih ada juga kos pendaftaran yang berada di dalam lingkungan bawah seribu. Betul tak? Ini buat ibu bapa yang mempunyai pilihan untuk menghantar anak-anak ke tadika dengan kos pendaftaran sebanyak ini.

Zaman sekarang ni, cash is king … Betul tak? Semuanya serba-serbi mahal. Nak meneruskan kelangsungan hidup tu memang betul-betul mencabar! Keluarkan dari mesin ATM RM100.00 pada waktu pagi, belum sempat malam dah tinggal dua tiga puluh jer dalam poket. Itupun kalau nasib baik…Kalau nasib tak berapa nak menyebelahi kau hari tu? Licin terus RM100.00 tu kan? Hailahhh…kecilnya nilai mata wang sekarang. Sekelip mata jer habis. RM100.00 tu dah tak macam dulu.

Pentingnya menghantar anak-anak ke kelas percubaan kerana kita sebagai ibu bapa bakal mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak. Kos pendaftarannya dah sekian, yuran bulanannya juga dah sekian… Bila main hentam jer hantar anak mengikut kesesuaian diri kita, kemudahan kita sebagai ibu bapa atas faktor lokasi, masa dan sebagainya… tiba-tiba anak jadi tak suka nak ke tadika, anak jadi tak ceria nak ke tadika – setiap kali nak ke tadika ada sahaja masalahnya walaupun sudah berlalu beberapa bulan di tadika. Terkadang bukan masalah guru mahupun tadika, tapi anak kita yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan tadika yang kita pilih tu… Tak pun, ini dah 6 bulan dah ni, anak kau ke tadika, tapi janji-janji manis yang anak kau akan dilatih itu, dilatih ini tetap tidak kelihatan progress-nya… Sudahnya kau juga sendiri yang latih anak kau ke atas apa yang kau harapkan tadika yang tertentu sokong kau dalam perjalanan mendidik anak. Iyalah, ibu bapa dan pihak tadika kan kena berganding bahu… hand in hand di dalam mengembangkan potensi anak-anak… Bila janji manis yang ditabur tidak kelihatan dan sudahnya kau juga yang berinisiatif… Tak ke kau rasa macam air jer duit kau berlalu pergi macam tu untuk kos tadika anak kau? Apa yang kau didik itu yang anak kau tahu dan belajar. Tapi kau sampai sekarang tak faham apa yang anak kau buat sebenarnya di tadika sebab kau tak nampak pun perkembangan anak kau yang dibawa balik dari tadika… Kos tu kos… Nak mencari duit bukannya senang ya tak? Sebagai ibu bapa kau tak ada terbit perasaan terkilan atau kecewa ke walaupun sedikit sebab kau dah laburkan sekian-sekian ringgit tapi ianya tidak sepertimana yang kau harapkan.

Kelas percubaan tu bukan bermaksud kelas percubaan selama sehari atau dua tiga hari ya maksud Farah. Kelas percubaan tu adalah kelas percubaan untuk satu tempoh masa seperti dua tiga minggu ke? Sebulan ke? Cuba keluarkan sedikit kos untuk bayar yuran bulanan selama sebulan dan cuba lihat perkembangan semasa anak-anak selama tempoh tersebut. Jika sungguh bagai dikata, tak banyak sedikit pasti akan nampak perkembangan anak-anak anda secara positif. Tak payah banyak…Sikit jer pun cukuplah…Contohlah ya? Selama kini anak anda bermain habis bersepah satu rumah macam kapal karam… Ha ha ha… Open-mouthed smile Tak sampai pun cukup dua minggu anak anda ke kelas percubaan, dia sudah mula ada inisiatif untuk memasukkan kembali barang-barang permainannya ke dalam kotak permainan sendiri tanpa perlu disuruh. Kenapa? Sebab telah dilatih di tadika. Selepas bermain kena kemaskan balik. Bukan anda sebagai ibu bapa tidak melatih. Kadang-kadang ada di antara anak-anak ni, bila ibu bapa latih tak mahunya dia… Bila depan ibu bapa memang payah sedikit nak mengikut sesetengah perkara. Sebab apa? Sebab manja? Sebab tau yang bila ibu bapa tak tahan, ibu bapa sendiri akan kemas. Tapi bila ke tadika, guru akan melatih.

Itu satu contoh, bukan tu jer contoh perkembangan yang boleh dilihat. Lagi satu contoh lah ya? Anak-anak ni bila dengan ibu bapa, memang lain sikit feelnya… Bila ibu bapa mengajar macam-macam ragam… Macam-macam kerenah. Memang menduga kesabaran. Nak suruh pegang pensil pun payah oiii…. Bukan tak boleh pegang… Tapi saja dilembik-lembikkan tangan… Bila ibu bapa mengajar…nak suruh ikut membaca terkadang anak-anak kecil ni leka jer dengan dunia sendiri dan macam-macam kerenah lah yang mereka tunjuk. Terkadang tu rasa macam nak pergi Perang Badar atau Perang Uhud rasanya. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sudahnya objektif tidak tercapai. Tapi bila anak-anak dimasukkan ke kelas percubaan, anda boleh lihat perubahan ini sedikit demi sedikit, sedikit sebanyak. Faham tak apa yang Farah cuba maksudkan?

Farah tak taulah, anda nak kategorikan Farah ni jenis ibu yang cerewet atau fussy ke apa… Pada Farah, kita menghantar anak kita ke tadika bukan dengan objektif hantar anak saja-saja. Kita mahu juga melihat hasilnya… Bukannya kita mengharapkan secara selempap sekaligus berdebuk anak kita bagus itu bagus ini tetapi sekurang-kurangnya kita nampak ada perubahannya. Tak banyak sedikit pun jadilah… Betul tak? Sebab duit yang kita peruntukkan itu sememangnya ikhlas untuk pendidikan anak-anak kita, cumanya duit tu tak jatuh dari langit macam tu jer… Kita membanting tulang empat kerat dengan menggunakan tenaga dan juga kotak fikiran kita, juggling and struggling untuk memastikan periuk nasi kita tetap kukuh supaya kita boleh terus menerus support kelangsungan hidup serta keperluan anak-anak kita… Jika kita tidak dapat melihat walau sedikit pun perubahan anak-anak kita, adalah juga akan terbit rasa macam “Aku ni bayar duit macam tak ada apa makna…”… Faham tak? Apa yang Farah cuba sampaikan?

I’ve learnt… Kelas percubaan tu sebenarnya membawa kita sebagai ibu bapa kepada pelbagai konklusi dan sebenarnya sangat-sangat membantu di dalam membuat keputusan untuk menempatkan anak-anak di satu-satu tadika. I’ve made the mistake sebab terabaikan secara tidak sengaja di atas kecuaian sendiri ke atas kepentingan kelas percubaan tadika untuk Firash… So hope that, pada ibu bapa di luar sana, sebelum ambil sebarang keputusan boleh berbincang dengan pihak tadika tertentu untuk menempatkan anak-anak kecil anda di kelas percubaan. Ada juga sesetengah tadika yang sememangnya menawarkan kelas percubaan. Which is I feel it is something that is very good! Sepatutnya semua tadika dikuatkuasakan untuk memberikan kelas percubaan kepada anak-anak kecil yang bakal memulakan alam persekolahan tadika buat pertama kali. Secara tak langsung, kelas percubaan ni  dapat membantu ibu bapa untuk membuat keputusan yang fair and wise di dalam pemilihan penempatan tadika untuk anak-anak. Winking smile.

Pendapat kita mungkin berbeza-beza kerana perjalanan kehidupan kita mungkin berbeza. Tapi jika ianya adalah untuk satu kebaikan tidak ada salahnya jika Farah berkongsi kan?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !