Misi BEBAS LAMPIN PAKAI BUANG - 90% Berjaya!

Misi BEBAS LAMPIN PAKAI BUANG - 90% Berjaya!

Sudah mampu tersenyum indah sedikit bila mengingatkan yang era diapers hunting bakal berakhir tidak lama lagi nampaknya. Smile. Nak declare 100% sudah bebas lampin memang masih belum lagi. Sikit lagi,  sikit jer lagi...  Sabar sikit jer lagi...  In Shaa Allah, bukannya lama sangat lagi ni!  Misi BEBAS LAMPIN PAKAI BUANG - 90 % Berjaya!  Clap clap... Sekalung ucapan tahniah buat diri sendiri dan juga sebagai pembakar semangat buat ibu-ibu di luar sana yang sedang dan akan melalui fasa ini. Jangan kecewa jika anak-anak anda mengambil masa yang sedikit lama berbanding anak-anak orang lain yang dalam tempoh masa singkat sahaja sudah berjaya bebas lampin sepenuhnya.

Sabar...  Jangan rasa kecewa atau rasa diri sudah gagal apabila melihatkan anak-anak orang lain mampu bebas lampin di dalam masa yang singkat. Bukan sebab anda tidak berpengetahuan mahupun cara anda tidak efektif.  Akan tetapi,  tahap kesediaan penerimaan anak tentang idea apa itu tandas yang sebenarnya menjadi kayu pengukur atas berjaya atau tidak berjaya.  Jika kita maklum yang tahap perkembangan kanak-kanak secara individu adalah berbeza. Ini adalah salah satu darinya. Toksah sibuk nak banding-bandingkan diri sendiri dan anak dengan orang lain aihhh!  Winking smile. Chill sudah!

Jika anda berjaya melatih anak-anak untuk bebas lampin di dalam masa yang singkat, itu adalah bonus untuk anda. Jika tidak?  Yakinlah yang the time will come sooner or later.  Ok?  Tak usah ribut-ribut, tak usah tertekan,  tak usah kalut.  Macam kesnya Iman Firash. Apa yang boleh Farah katakan adalah misi bebas lampin pakai buang sehingga kini sudah 90% berjaya! It's getting there yawww!  Nerd smile

Jika di rumah, kini Iman Firash sudah bebas lampin pakai buang sepenuhnya. Jujur Farah akui sebenarnya memang bukan sesuatu yang sukar untuk Farah lalui sepanjang tempoh melatih tandas Iman Firash. Sewaktu permulaan Farah sudah mula melatih tandas siang dan juga malam. Farah tidak mengasingkan proses ini. Siangnya pada permulaan Farah melatih tandas Firash dengan membawa dia ke tandas, setiap 30 minit sekali. Bila Farah sudah mula memahami bladder pattern dia, Farah anjakkan kepada kekerapan 1 jam sekali sehingga seterusnya 1 setengah jam sekali,  2 jam sekali dan sampailah dia sendiri yang meminta untuk ke tandas. 

Untuk malamnya pula,  sememangnya sedari mula melatih tandas secara serius, Farah akan membawa dan juga melatih dia untuk ke tandas setiap kali sebelum tidur. Sewaktu permulaan, hari pertama dan hari kedua sememangnya diakui ada berlaku sedikit kes kebocoran. Ha ha ha... Open-mouthed smile Adatlah tu kan?  Namun tidak sukar bagi Farah. Sebabnya walaupun berlaku kebocoran, Farah tidak perlu bersusah-payah untuk mengangkat tilam dan menjemur tilam. Ini disebabkan Farah menggunakan alas atau cadar kalis air.  Cuma perlu salinkan pakaian Firash dan salinkan alas atau cadar sahaja. Kemudian basuh cadar kalis air tersebut supaya bersih dan harum kembali. Smile

Bermula hari ketiga sehingga kini,  memang tidak langsung-langsung berlaku kes Firash terbocor di atas tilam sewaktu tidur.  Alhamdulillah, seems he got to understand about toilet and bladder di dalam tempoh masa 3 hari sahaja. Well done son! Hari-hari seterusnya berlangsung tanpa lampin pakai buang walaupun sesekali dia meminta dipakaikan lampin pakai buang. Malas nak ke tandas lettew!  Ha ha ha... Open-mouthed smile Memang Mommy dia tak layan. Jawapan Mommy dia kepada dia,  "Firash dah jadi big boy. Big boys did not wear diapers but undergarments."

Setiap kali dia menyuarakan hasrat nak pakai lampin pakai buang setiap kali tulah tanpa jemu mak dia ni berikan jawapan yang sama. Ha ha ha...Open-mouthed smile Biar sebati dalam kotak pemikiran dia yang dia dah besar dan tak boleh pakai lampin pakai buang lagi. 

Kemudian,  bila kejayaan bebas dari lampin pakai buang di rumah diperakui oleh Mommy dia 100%, masuk kami kepada fasa kedua di mana,  sudah mula tidak berlampin pakai buang jika keluar dekat-dekat kawasan perumahan kami. Yang ini pun tidak sukar bagi Farah. Cuma yang perlu dilakukan adalah,  membawa dia ke tandas setelah dia banyak minum.  Alhamdulillah juga,  tidak ada sebarang kes dia kebocoran dan membasahkan kereta. Kalau tidak memang jenuhlah kan? 

Dan satu lagi berita yang menggembirakan adalah dia sudah bebas lampin pakai buang ketika outing jauh dari kawasan perumahan. Alhamdulillah tiada juga sebarang kes kebocoran yang berlaku. Cuma Mommy dia yang masih di dalam tempoh antara percaya tak percaya tetap membawa pakaian persalinan tambahan untuk dia. Kalau-kalaulah terbocor kan?  Well... It could be possible kan?  Sebab masih di fasa awal. 

90% telah berjaya. Cumanya yang lagi 10% tu adalah di mana dia masih lagi berat mulut nak beritahu teacher di school yang dia nak ke tandas. Percubaan mendapati sebanyak 2 kali pakaian seragam Firash ditukarkan kerana terbocor di school. Ihiksss...  Tak apa,  perlahan-lahan we work it out ya?  Makanya, status pada masa kini,  dia masih lagi memakai lampin pakai buang tetapi hanya untuk ke school sahaja. Mommy dengan teacher sedang berganding bahu untuk memastikan misi mencapai 100% lah ni. In Shaa Allah. 

Diapers hunting?  Farah dah berhenti dah. Dah bersara nampaknya dari aktiviti keibuan yang satu ini. He he he...  Belanja beli stok lampin pakai buang kini disalurkan kepada yuran kelas taekwondo lah pula nampaknya.

Kalau nak kata duit dah jimat bila tak perlu membeli lampin pakai buang, sebenarnya bagi Farah tiada bezanya. Ini disebabkan duit untuk membeli lampin pakai buang tu kini beralih kepada yuran kelas taekwondo. More or less sama jer sebenarnya. Cuma mungkin kurang sedikitlah perbelanjaannya berbanding membeli stok lampin pakai buang.

Rasa macam tak percaya pun ada. Ha ha ha...  Tapi kalau teringin nak diapers hunting semula, itu kena fikir-fikirkan option menambah ahli keluarga lah pula. Ha ha ha... Open-mouthed smile Tapi rasanya Jawapannya kemungkinan besar tidak...  Apa yang ada ni pun syukur pada Allah dan lebih dari memadai sudah.

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Misi BEBAS LAMPIN PAKAI BUANG - 90% Berjaya!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, July 24, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia