Home » , , , , , , , , » MAPS Ipoh–Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak

MAPS Ipoh–Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak

Ehemmm… nak tumpang tanya boleh? Smile. Ada sesiapa yang telah berkesempatan singgah ke Malaysia Animation Park Studios (MAPS), Ipoh sewaktu cuti panjang bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini? Ada ke? Jika ada, seronok tak? Menarik tak? Iyalah… manalah tau kan? Dalam-dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halaman ataupun dalam-dalam perjalanan nak pergi beraya tempoh hari, kebetulan lalu di kawasan MAPS Ipoh. Kot-kotlah singgah kan? Sebab MAPS Ipoh baru sahaja dibuka kepada orang awam pada hari raya kedua iaitu pada 26 Jun 2017 yang lalu. Itu yang tanya tu… Penampakan gayanya MAPS Ipoh – Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak ni! Nak tau cerita selanjutnya… meh lah sini meh… Sudi-sudikan membaca entri ini sehingga ke penghujungnya.

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 2 

MAPS Ipoh – Taman Tema Animasi Pertama Asia yang dibina serta dibangunkan dengan kos sebanyak RM520 juta! Terletak di Ipoh, Perak dan MAPS dikatakan sebagai destinasi percutian dan riadah impian bagi semua orang! Amboiii… RM520 juta kosnya ya? Surprised smile Farah ni membayangkan betapa besarnya kawasan MAPS Ipoh ni ha. Sedari hari pembukaan atau hari pelancaran lagi sibuk membayangkan suasana serta keadaan di MAPS Ipoh. He he he… Smile with tongue out Tak adalah… Benda baru kan? Tentulah nak tahu juga… Manalah tahu kot-kot ada rezeki nak bawa Iman Firash berjalan ke MAPS Ipoh pula selepas ni kan?

Dikatakan, terdapat lebih dari 40 tarikan di 6 zon bertema di MAPS Ipoh. Banyak ni!

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 3

Gigih mencari tahu apa yang terdapat di MAPS Ipoh sehinggakan fokus betul membaca setiap satu butiran tentang MAPS Ipoh. Smile. Sebenarnya kalau nak cerita memang banyak sangat-sangat informasi mengenai MAPS Ipoh ni, akan tetapi Farah rasa lebih kemas sekiranya Farah bercerita mengenai MAPS Ipoh mengikut pecahan 6 zon bertema yang terdapat di sana.

Animation Square

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 4

Animation Square adalah merupakan zon bertema yang pertama yang anda tidak akan terlepas ketika anda menjejakkan kaki ke MAPS Ipoh. Sebabnya, Animation Square adalah bangunan pertama yang dapat dilihat sebaik sahaja anda memasuki kawasan MAPS Ipoh. Apa yang menarik di Animation Square? The Home of BoboiBoy, Boboiboy 4D Theatre Adventure, Dressup Fancy Space, Monyet Toy Business dan banyak lagi!

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 5

Blast Off Zone

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 6

Jika anda bukanlah seorang yang gemarkan tunggangan yang mencabar, Blast Off Zone adalah zon bertema yang paling afdal untuk anda! Winking smile… Macam Farah lah tu. Bukannya suka sangat nak naik tunggangan taman tema yang mencabar serta membuatkan degupan jantung berdegup kencang. Ha ha ha… Boleh bukan tak boleh, tapi tulah, nanti lain pula yang jadi kan?

Di Blast Off Zone terdapat persembahan animasi secara LIVE dan juga interaktif di The Smurfs Theatre dan juga The Wormhole Technologies. Anda juga boleh mengisi perut yang berbunyi di Starship Restaurant dan Starport Food Court yang terdapat di Blast Off Zone.

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 7

Dream Zone

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak8

Dream Zone adalah satu zon bertema di MAPS Ipoh yang mana anda akan dapat melalui pengalaman  seolah-olah anda benar-benar berada di dalam dunia filem dan siri animasi kegemaran anda, sama ada yang lama atau terkini. Sertai pengembaraan lucu di dalam tarikan one of a kind dan anda dikatakan tidak akan sesekali melupakan pengalaman ini seumur hidup anda.

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 9

Fantasy Forest Zone

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 10

Di Fantasy Forest Zone, kanak-kanak yang berusia sedari 3 tahun sehingga 12 tahun adalah dialu-alukan untuk memulakan perjalanan mistik tamadun purba di Cave of Wonders di mana di Cave of Wonders tersebut terdapat kesan khas graviti yang menentang graviti. Tentunya ia adalah sesuatu yang akan mengagumkan kanak-kanak kan? Anak-anak juga boleh merasai pengalaman memanjat ke The Adventurers HQ Treehouse untuk menambahkan lagi pengetahuan mereka mengenai alam semesta ataupun merasai pengalaman menyelam jauh ke Taman Permainan Indoor Coral Kingdom yang bertemakan laut ajaib.

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 11

Lakeside Zone

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 12

Melangkah ke dunia animasi melalui Lakeside Zone! Rasai pengalaman berpusing di Hyperspin ataupun pengalaman terapung di udara di Asteroid Attack. Jika anda inginkan cabaran yang lebih mencabar serta ekstrem, anda juga boleh mencuba tahap keberanian anda di Space X-plorers yang benar-benar mendebarkan.

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 13

Live Action Zone

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 14

Thirsty for adrenaline rush? Gittew kan? Winking smile. Sila tuju ke Live Action Zone di mana anda akan dapat mendengar deruman enjin yang kuat sewaktu anda memegang erat tempat duduk anda sambil menenangkan hati anda yang berdebar. Aksi stunt yang sangat mendebarkan secara langsung di arena khusus yang dibina di MAPS Ipoh.

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 15

Itu secara ringkas jer. Tapi cukup untuk membayangkan betapa banyaknya tarikan yang terdapat di MAPS Ipoh kan? Cumanya kalau anda nak tahu lebih lanjut dan lihat dengan mata anda sendiri, anda kenalah berkunjung ke MAPS Ipoh. Betul tak? Oh ya… Bagaimana pula dengan tiket masuk ke MAPS Ipoh?

Untuk makluman anda, berikut adalah harga tiket masuk ke MAPS Ipoh:

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 16

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 17

MAPS Ipoh - Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak 18
Pembelian tiket MAPS Ipoh boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan di SINI.

Untuk Maklumat Lanjut:







Rasanya, memang anak-anak akan suka jika dibawa bercuti ke MAPS Ipoh ni. Bertambah lagi destinasi percutian sewaktu musim cuti sekolah ya tak? Sekurang-kurangnya ibu bapa pun adalah hala tuju destinasi baru yang boleh dipertimbangkan untuk percutian keluarga sewaktu musim cuti sekolah. Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel MAPS Ipoh–Tarikan Percutian Terbaru Anak-Anak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, July 3, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. baru nak survey tempat ni,tapi kira mahal jugakkan.,.kena kumpul duit lagi ni,nak bawak anak-anak

    ReplyDelete
  2. dengar review orang, lagi best dari tempat2 lain.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia