Lakukan Sesuatu Jika Anak Sudah Mula Kurang Tidur Siang!

Farah Waheda Wahid
0


Waktu tidur yang ideal buat kanak-kanak yang berusia 4 tahun seperti Firash adalah selama 11 sehingga 13 jam sehari.  Tetapi,  sejak akhir-akhir ini nampaknya dia sudah mula kurang mahu tidur siang.  Biasalah tu kan?  Bila semakin membesar semakin sibuk dengan aktiviti bermain sehinggakan boleh jadi terabai waktu tidur siang. Rasanya bukan Firash seorang sahaja kot?  Ada juga kanak-kanak dalam lingkungan usia seperti Firash yang serupa keadaannya seperti Firash. Ada juga yang akan mengamuk bila disuruh tidur pada waktu siang. Lakukan sesuatu bila anak sudah mula kurang tidur siang!  Perlu ke kisah tentang waktu tidur siang anak?  Jawapannya PERLU!  Atas alasan apa?  Ikuti celoteh maya Farah yang seterusnya...  

Semua kanak-kanak memerlukan tidur pada waktu siang yang mencukupi bagi membolehkan mereka membesar dengan sihat dan cerdas. Beberapa pakar mengatakan yang tidur pada waktu siang kepada anak kecil sewaktu mereka di dalam proses tumbesaran adalah sangat penting kerana: 

Tidur Pada Waktu Siang Adalah Penting Untuk Pertumbuhan Fizikal Anak-Anak 


Ketika anak-anak tidur pada waktu siang , tubuh kecil mereka akan selesaikan hormon pertumbuhan yang memungkinkan anak-anak berpeluang untuk menambah ketinggiannya, berpengaruh pada pertumbuhan otot, tulang dan kulit. Jadi pertumbuhan ketinggian anak yang kurang tidur siang tidak akan mencapai tahap yang optimal.

Anak-Anak Jarang Sakit


Sel-sel otot anak-anak akan mengalami pemulihan semula sehingga dapat menyembuhkan diri dari kerosakan setiap hari, cepat menyembuhkan luka, berperanan penting meningkatkan imuniti badan iaitu pengeluaran protein tertentu dalam hal tindak balas jangkitan dan melawan penyakit. Oleh itu anak-anak yang konsisten tidur pada waktu siang akan jarang sakit.

Memulihkan Tahap Kesihatan Anak-Anak


Sama seperti tidur malam, tidur pada waktu siang adalah penting untuk memulihkan keadaan kesihatan anak-anak dalam semua aspek seperti fizikal, emosi dan kognitif (perkembangan kecerdasan anak).


Anak-Anak Akan Menjadi Lebih Cergas


Ketika tidur, otak anak-anak akan mengolah maklumat. Ini sangat penting kepada perkembangan dan pertumbuhan otak mereka. Dengan kata lain, ketika anak-anak tidur, otak menjadi tempat menyimpan segala maklumat yang telah diolah, apabila anak-anak bangun dari tidur maka fikirannya menjadi lebih segar, lebih kreatif mengeluarkan idea baru, lebih cergas dan mudah memberikan tumpuan.

Anak-Anak Mudah Belajar


Tidur pada waktu siang yang berkualiti mampu membuatkan anak lebih pantas menerima pembelajaran dan ia adalah ciri penting membuatkan anak-anak lebih pintar. Pada usia 4 tahun,  cukuplah kalau mereka dapat tidur siang lebih kurang 1-3 jam sahaja. Jika kualiti tidurnya betul-betul lena, 30 minit pun sudah cukup.

Tetapi bagi anak yang sudah berumur lebih dari 5 tahun, keperluan untuk tidur siang adalah tidak terlalu penting, asalkan anak-anak mendapat cukup tidur pada waktu malam.

Kalau anak-anak tidak cukup tidur pada waktu malam, dia akan kekurangan jumlah sel darah putih sehingga menyebabkan turunnya daya tahan tubuh, cepat letih, mudah sakit, pertumbuhan terganggu, tidak boleh memberi tumpuan dan tidak cergas ketika melakukan sesuatu aktiviti.

Sumber Rujukan: http://www.karangkraf.com/mobile/famili/5-sebab-pentingnya-si-manja-tidur-siang-jangan-abaikan-ya-papa-mama-1.616795

Apabila pola tidur siang Firash sudah mula sedikit terganggu sejak kebelakangan ini, kami iaitu nenek dan Mommy,  akan memastikan yang macam mana sekalipun,  sekurang-kurangnya 30 minit sehari,  Firash mesti tidur pada waktu siang dan pada malam harinya kami akan pastikan Firash tidur lebih awal supaya dia dapat jam tidur yang cukup yang bersesuaian dengan peringkat umurnya sekarang.  

Sebagai panduan bersama,  sebagaimana yang dimaklumkan oleh sumber dari National Sleep Foundation, setiap kanak-kanak mempunyai waktu tidur yang diperuntukkan bagi setiap peringkat umur yang berbeza. Bagi bayi 0 hingga 2 bulan, waktu tidur yang diperlukan adalah selama 12 hingga 18 jam sehari. Bayi 0 hingga 2 bulan ini tidur pada waktu malam dan juga waktu siang hari.

Bagi bayi yang berumur 3 hingga 11 bulan pula, mereka memerlukan tidur selama 14 hingga 15 jam sehari. Mereka menggunakan 9 hingga 12 jam untuk tidur pada waktu malam dan 30 minit hingga 2 jam untuk tidur pada waktu siang.

Bagi kanak-kanak 1 hingga 3 tahun pula, mereka memerlukan tidur sebanyak 12 hingga 14 jam. Namun, tidur pada waktu siang semakin berkurangan pada kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun.

Kanak-kanak 3 hingga 5 tahun pula memerlukan 11 hingga 13 jam waktu tidur pada waktu malam.10 hingga 11 jam diperlukan bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 10 tahun.

Kurang tidur siang itu adalah sesuatu perkara yang normal tetapi memastikan waktu tidur yang berkualiti untuk anak-anak itu adalah penting. Cumanya mungkin mudah bagi ibu sepenuhnya masa memantau waktu tidur anak-anak. Manakala,  ibu bekerja mungkin boleh mengatasi masalah kurang tidur anak-anak dengan memastikan anak-anak tidur dengan lebih awal supaya dapat melengkapkan jam tidur anak-anak yang sepatutnya.

Jangan pandang remeh dan jangan abaikan waktu tidur anak-anak ok? Is adalah merupakan satu proses yang penting dalam proses perkembangan dan juga pembesaran mereka.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !