Keropok Tradisional MONY CRACKERS Kudapan Istimewa Seisi Keluarga! Rangupnyer!

Farah Waheda Wahid
2
KEROPOK TRADISIONAL MONY CRACKERS KUDAPAN ISTIMEWA SEISI KELUARGA! RANGUPNYER!  (6)

Musim beraya dan rumah terbuka, rasa-rasanya belum habis lagi ni kan? Tiba-tiba sengajalah Farah nak berkongsi dengan anda sedikit cetusan cadangan untuk hidangan sampingan bersempena dengan musim beraya dan rumah terbuka ni. Iyalah, manalah tahu kot-kot dah tak ketahuan lagi nak menambah menu apa yang patut sebagai juadah untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang bertandang ke rumah anda untuk beraya mahupun datang memenuhi jemputan rumah terbuka anda… Bolehlah anda pertimbangkan untuk menyelitkan cadangan hidangan sampingan yang Farah nak cadangkan ni. Smile. Tak pun, kalau bukan untuk hidangan sampingan kepada tetamu yang datang beraya dan rumah terbuka anda, untuk kudapan anda seisi keluarga sambil-sambil berehat di hujung minggu pun… ok juga! Winking smile… Ianya sebenarnya adalah lebih baik jika nak dibandingkan dengan junk food yang tinggi kandungan bahan pengawet serta serbuk perasa yang telah siap dibungkus di pasaran. Keropok Tradisional MONY CRACKERS Kudapan Istimewa Seisi Keluarga! Rangupnyer! Ha ha ha… Open-mouthed smile Bukannya apa, terbayang-bayang kerangupan keropok tradisional jenama MONY CRACKERS yang Firash dan Farah layan malam semalam! 

Beberapa hari yang lepas Farah ada memuatnaik satu status di laman media sosial Facebook Farah sepertimana yang tertera di paparan gambar di bawah berikut:

KEROPOK TRADISIONAL MONY CRACKERS KUDAPAN ISTIMEWA SEISI KELUARGA! RANGUPNYER!  (15)

Fikir punya fikir punya fikir, lama juga fikir tu… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tiba-tiba teringat yang nenek Firash dulu selalu beli keropok-keropok untuk digoreng sendiri di rumah. Bila teringat tu, teruslah menemuramah ibunda tercinta tentang keropok-keropok yang dia pernah beli dulu. Sebab dah lama tak membeli keropok dan goreng sendiri keropok di rumah kan? Manalah nak ingat, jenama apa, dekat mana segala bagai. Memang ada macam-macam jenis keropok-keropok untuk gorengan sendiri yang dijual di pasar raya tetapi Farah tetap nak tanya juga jenama apa yang nenek Firash selalu beli tu. Sebabnya… keropok-keropok untuk gorengan sendiri jenama yang satu itu adalah lebih sedap dan lebih berkualiti rasanya berbanding keropok-keropok untuk gorengan sendiri yang lain di pasaran.

Mudah sahaja nenek Firash jawab… MONY CRACKERS! Bila dah dapat jawapan tu, apa lagi kan? Keesokan harinya terus bergegas ke Giant untuk mencari dan mendapatkan keropok gorengan sendiri dari jenama MONY CRACKERS. Memang ada jual di Giant keropok gorengan sendiri jenama MONY CRACKERS di Giant. Selain daripada Giant, keropok MONY CRACKERS boleh didapati di kesemua wholesaler, cash & carry , Horeca, kedai-kedai runcit sepertimana yang Farah kongsikan di bawah ni:

KEROPOK TRADISIONAL MONY CRACKERS KUDAPAN ISTIMEWA SEISI KELUARGA! RANGUPNYER!  (16)

Tak susah pun nak mencari keropok gorengan sendiri jenama MONY CRACKERS ni. Banyak tempat ada menjual keropok gorengan sendiri dari MONY CRACKERS. Jadi kalau ada sesiapa yang kata, tak pernah lihat… tak pernah nampak… tak pernah jumpa… Itu semua pentipu jer tu! Smile with tongue out… Ada jer melambak-lambak dan merata-rata di pasaran. Tak susah pun nak cari, di kedai runcit biasa pun boleh jumpa ok? Kalau masih ada yang memberikan alasan-alasan yang Farah nyatakan tadi… Itu semua cumalah alasan semata-mata alasan saja tu…Winking smile

KEROPOK TRADISIONAL MONY CRACKERS KUDAPAN ISTIMEWA SEISI KELUARGA! RANGUPNYER!  (9)

Puas hati oiii! Bila dah dapat apa yang Farah kepingin sangat tu! Bila dah dapat… sampai-sampai jer rumah, tak tunggu esok lagi dah… terus letakkan kuali di atas dapur, panaskan minyak dan goreng keropok yang dinamakan sebagai Flower Garlic Crackers ni ha… Kalau nak tau, Flower Garlic Crackers ni memang all time favourite Farah… Terutamanya kalau kena pada hari tu masak lauk kari kan? Pergh…Memang Farah suka sangatlah makan Flower Garlic Crackers ni dengan nasi dan kuah kari. Terangkat dan terus berselera Farah menjamu selera. Ha ha ha… Open-mouthed smile Manalah tak menembun badan ni kan? Asyik ingat makan yang sedap-sedap jer… Makan dan makan dan makan…

KEROPOK TRADISIONAL MONY CRACKERS KUDAPAN ISTIMEWA SEISI KELUARGA! RANGUPNYER!  (8)

Kebetulan semalam, rotation lauk masakan adalah kari ikan tenggiri… Apa lagi? Tak fikir dua kali, tak fikir tiga kali… Farah terus jer senduk nasi, senduk kuah kari dan ikan, senduk sayur dan letakkan segenggam Flower Garlic Crackers yang telah siap digoreng ke dalam pinggan. Sambil menonton televisyen sambil layan makan nasi berulamkan Flower Garlic Crackers. Winking smile Itu yang tak sedar tu yang Farah dah termakan banyak dah tu malam semalam. Adusss! Ha ha ha… Berkecai diet selepas musim cuti raya Mommy Firash ni oiii!

KEROPOK TRADISIONAL MONY CRACKERS KUDAPAN ISTIMEWA SEISI KELUARGA! RANGUPNYER!  (7)

Yang Firash pun boleh tahan juga tu… Sambil dia di dalam sesi senggang dengan gajet selama 15 minit (memang tiap-tiap malam bagi dia 15 minit jer dengan gajet… gajet pun pinjam gajet nenek dia… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Kan Farah dah mula kurangkan dan hadkan penggunaan gajet pada Firash?)… Sambil-sambil tu, dia pun sama naik makan Flower Garlic Crackers. Boleh tahan banyak juga dia makan… Suka dia rupanya! Itu yang Farah terfikir tu, kalau-kalau ada kebuntuan nak buat hidangan sampingan apa jika ada yang berkunjung ke rumah ada musim-musim raya, musim-musim rumah terbuka ni… Bolehlah anda fikir-fikirkan mengenai keropok tradisional MONY CRACKERS. Kalau Firash suka… Budak-budak lain mesti suka juga kan?

Mungkin ada yang tidak menyedari dan ada yang tak tahu mengenai keropok tradisional jenama MONY CRACKERS ini. Untuk makluman anda, daripada apa yang Farah tahu, keropok tradisional MONY CRACKERS ini adalah satu jenama keropok tradisional gorengan sendiri yang telah berada di pasaran Malaysia sejak dari tahun 2009. Keropok tradisional MONY CRACKERS adalah keropok yang berkualiti tinggi di mana resipi keropok tradisional MONY CRACKERS adalah merupakan traditional home recipe yang dihasilkan melalui teknik moden dengan bersih dan sihat untuk semua pelanggan.

Kenapa dalam banyak-banyak keropok gorengan di pasaran, Farah suka sangat nak memilih keropok tradisional MONY CRACKERS? Macam ni, jika nak dibandingkan dengan keropok gorengan lain yang ada di pasaran, keropok tradisional MONY CRACKERS sangat mudah untuk digoreng di mana bila anda masukkan sahaja kepingan-kepingan keropok ke dalam minyak yang panas di dalam kuali, ianya akan cepat kembang dan tidak menyerap terlalu banyak minyak. Kalau keropok-keropok lain tu, kebiasaannya, akan mengambil masa seketika dan akan sangat-sangat berminyak kan? Tapi tidak dengan keropok tradisional MONY CRACKERS. Serius! Anda cuba dulu selepas itu barulah anda tahu. Lagipun, keropok tradisional MONY CRACKERS adalah disertifikasikan sebagai HALAL. (Ini yang paling penting pun!)

Lagipun, terdapat banyak pilihan keropok tradisional MONY CRACKERS yang ditawarkan di pasaran, di antara keropok tradisional yang bernaung di bawah jenama MONY CRACKERS adalah:

KEROPOK TRADISIONAL MONY CRACKERS KUDAPAN ISTIMEWA SEISI KELUARGA! RANGUPNYER!  (1)
Keropok Sari Udang

KEROPOK TRADISIONAL MONY CRACKERS KUDAPAN ISTIMEWA SEISI KELUARGA! RANGUPNYER!  (2)
Keropok Sari Ikan

KEROPOK TRADISIONAL MONY CRACKERS KUDAPAN ISTIMEWA SEISI KELUARGA! RANGUPNYER!  (3)
Ceriping Pedas

KEROPOK TRADISIONAL MONY CRACKERS KUDAPAN ISTIMEWA SEISI KELUARGA! RANGUPNYER!  (4)
Keropok Bawang Tersanjung

KEROPOK TRADISIONAL MONY CRACKERS KUDAPAN ISTIMEWA SEISI KELUARGA! RANGUPNYER!  (5)
Keropok Bawang Bibir

Yang paling Farah sukakan keropok tradisional dari jenama MONY CRACKERS adalah ianya hanya menggunakan aditif-aditif daripada tumbuh-tumbuhan, sintetik dan juga haiwan asal seperti udang dan ikan. Tiada sebarang bahan pengawet dan juga serbuk perasa yang berlebihan. Farah rasa ini adalah lebih baik daripada junk food yang telah siap dihasilkan dan dipakejkan di pasaran.

Macam mana? Boleh terima pakai tak cadangan Farah ni untuk hidangan sampingan kepada tetamu yang bakal berkunjung ke rumah anda pada musim raya serta rumah terbuka ini dan juga sebagai kudapan seisi keluarga? Jika ya… Tunggu apa lagi? Balik ni nanti… Petang nanti ke? Esok pagi ke? Atau bila-bila anda ada masa terluang untuk singgah di mana-mana tempat yang ada menjual keropok tradisional MONY CRACKERS… Cepat-cepat beli dan buat stok di rumah! 

Jika anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang keropok tradisional MONY CRACKERS, anda boleh cuba-cuba ke Laman Facebook Keropok Mony dan juga Laman Instagram @monycrackers.my.

Pengumuman khas untuk anda, anda dan juga anda… MONY CRACKERS sekarang sedang menganjurkan satu peraduan kreatif di Laman Instagram @monycrackers.my dengan tawaran hadiah yang berjumlah sehingga RM1400.00. Penyertaan dengan gambar ataupun video yang paling kreatif dengan caption yang menarik akan menjadi pemenang! Jadi… jangan ketinggalan peluang ini. Follow and check Instagram MONY CRACKERS hari ini juga ya? Winking smile Tuah ayam nampak di kaki! Tuah manusia, tak siapa yang tahu kan?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. dulu2 ada gak iklan keropok Mony ni di TV. Skrg dah lenyap gitu aje.

    ReplyDelete
  2. Mmg sedap keropok ni..Tp time menggoreng tu agak mencabar kalo ade yg x kembang cantik..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !