Hah? “OCD Detected”?

Hah_ODC Detected

Hah? OCD Detected? Surprised smileHa ha ha… Ini semua semata-mata kerana komen seorang sahabat alam maya ke atas satu paparan muatnaik Farah di laman media sosial Facebook tempoh hari. Semenjak dari itu, rasa ingin tahu mengenai OCD menjadi seolah-olah semakin hari semakin menebal. Akhirnya sempat juga Farah meluangkan sedikit masa untuk mencari tahu apakah yang dimaksudkan dengan OCD di kalangan anak-anak. Smile. Terima kasih Siti Sharini sebab celikkan mata Farah tentang OCD. Secara jujurnya, sebelum ini Farah belum pernah lagi menjadi biasa dengan terma OCD. Alhamdulillah kan? Bukan bermakna kita telah beberapa tahun berpengalaman menjadi seorang ibu kita lebih pakar dan lebih tahu dari orang lain… Terkadang orang lain juga dapat didik kita sesuatu yang baru di dalam dunia keibubapaan. Sebab tu, sebagai seorang manusia kita jangan bongkak dengan ilmu dan pengalaman yang kita ada dan sebab itu, sebagai seorang manusia, jangan terlalu membanding-bandingkan ya tak? Smile.

Apa kaitan terma OCD dengan apa yang telah Farah muatnaik di laman media sosial Facebook?

Hah_ODC Detected (2)

Macam tulah lebih kurang perkongsian Farah tempoh hari di laman media sosial Facebook di mana Farah menyatakan bahawasanya Iman Firash ni adalah Mr. Perfect! Selagi baju-baju dia tak bergosok, selagi tak nampak side…memang dia akan reluctant untuk pakai. Pujuklah macam mana sekali pun! Dia memang tak kan nak pakai baju tu. Biarlah sampai berbuih mulut tu bercakap, memang dia akan buat tak tau jer. Serius. Itu bab baju, bab bermain pun sama oiii… Jika dia susun permainan dia, dia nak pastikan yang susunan dia tu betul-betul lurus. Jika ada terlari sedikit posisi pun, dia akan hamuk dan dia akan menangis kerana tak puas hati dengan hasil susunan dia. Kadang-kadang pening kepala oiii…. Sendiri buat, sendiri marah. Dia nak segalanya perfect! Baju kotor sedikit pun dan kita rasa baju tu masih boleh dipakai, dia tak mahu… Dia nak disalinkan dengan baju yang bersih. Selagi tak ikut kehendak dia, selagi tu dia akan minta sampai gegendang telinga kita ni rasa tak larat nak terima permintaan dia tu… Open-mouthed smile Ha ha ha… Bab makan pula, dia nak makanan yang freshly cook… Kalau kita dah masak awal-awal, memang dia akan kata NO dan kalau katalah kita masak tengah hari dan malam kita berikan dia makanan yang sama, dia akan menolak. Haihhh….

Serius tak pernah terfikir yang perilaku serta kelakuan Iman Firash ni berkemungkinan besar berkait rapat dengan OCD. Memang tak pernah terfikir sehinggalah…

Hah_ODC Detected (3)

Seorang rakan alam maya tampil memberikan komen beliau berkenaan dengan OCD. Sesuatu yang baru… Ilmu kan? Makan gigihlah Mommy Firash ni mencari tahu dan akhirnya terjumpa denga satu perkongsian oleh Dr. Yen Teck Hoe, yang Farah rasakan Farah perlu educate diri Farah tentang OCD ataupun dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder.

Zaim memberus giginya 8 hingga 14 kali sehari kerana dia yakin bahawa mulutnya penuh dengan kuma. Dia sentiasa mengambil masa 20 minit sehingga setengah jam untuk memberus gigi dan tidak berhenti walaupun ada kesan darah.

Karina memadam semua tulisan yang dia telah tulis sebanyak 9 kali (kadang-kadang lebih) kerana dia percaya bahawa tulisan tangannya adalah herot. Dia sentiasa cuba untuk meluruskannya berulang-ulang kali.

Kedua-dua Zaim dan Karina menghidap penyakit kecelaruan obsesif kompulsif (OCD).

OCD adalah sejenis gangguan kebimbangan yang kadang-kadang sehingga boleh mengganggu akademik, sosial dan persekitaran kerja seseorang. Seseorang yang menhidap OCD akan mempunyai obsesi, pemikiran mengenai perkara yang tidak diingini, satu perasaan desakan dan tindakan berlebihan yang berulang-ulang yang menyebabkan mereka menjadi lebih tertekan, mengambil terlalu banyak masa dan mengganggu kehidupan seharian mereka.

Penghidap OCD tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan tingkah laku kompulsif mereka dan akan menetapkan “peraturan-peraturan” tentang bagaimana ia perlu dilakukan. Mereka akan mengulanginya berulang kali sehingga mereka merasakan ia telah betul. Walaubagaimanapun, tidak seperti desakan obsesi untuk minum atau membeli-belah, desakan daripada OCD tidak memberikan kepuasan kepada pesakit tetapi hanya satu kelegaan.

Walaupun gangguan ini dianggap sebagai jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, OCD kini dipercayai dihidapi sekitar 2-3% daripada kanak-kanak. Gangguan ini sering tidak diketahui kerana penghidap OCD malah ibu bapa mereka juga tidak menyedari bahawa OCD adalah sejenis penyakit yang sebenarnya boleh dirawat. Bagi mereka yang sudah pun mengetahui bahawa OCD adalah penyakit, mereka mungkin terlalu malu untuk mendapatkan bantuan atau tidak dapat menerima hakikat bahawa OCD adalah sejenis penyakit otak yang mereka hadapi.

Memahami Sebab-Sebab Berlakunya OCD

Punca sebenar OCD tidak diketahui, tetapi pakar percaya bahawa ia ada kaitan dengan ketidakseimbangan bahan kimi serotonin di dalam otak. Apabila aliran serotonin dihalang, “sistem penggera” otak memberikan tindak balas yang berlebihan dan tersilap apabila mencetuskan mesej bahaya. Selain daripada menyekat pengeluaran mesej bahaya, fikiran seseorang penghidap OCD akan memberikan pemikiran tidak kekal yang menyebabkan mereka mengalami keraguan dan kebimbangan yang tertentu.

Genetik juga dipercayai memainkan peranan yang penting. Mereka yang mempunyai sejarah OCD di kalangan ahli keluarga mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit tersebut. Tambahan pula , jika penghidap OCD adalah seseorang yang mementingkan kesempurnaan, maka asuhan yang diberikan kepada mereka juga boleh meningkatkan risiko untuk OCD. Namun, hanya kerana kanak-kanak mempunyai kecenderungan genetik untuk OCD, tidak bermakna bahawa dia akan mendapat OCD. Ini hanya bermakna bahawa mereka memiliki peluang yang besar untuk mendapatnya.

Kadang-kadang penyakit atau beberapa peristiwa penyebab tekanan yang lain boleh mencetuskan gejala OCD pada seseorang yang secara genetik lebih cenderung untuk menghadapinya.

Adalah penting untuk memahami bahawa tingkah laku OCD bukan sesuatu yang kanak-kanak boleh hentikan dengan hanya “berusaha keras” atau kerana anda atau anak anda mahu ia berhenti. OCD adalah gangguan seperti yang lain (contihnya kencing manis atau asma); ia bukanlah sesuatu yang anak anda boleh kawal atau sebabkan.

Peristiwa trauma tertentu (seperti kematian orang yang disayangi atau kemalangan) juga boleh memburukkan atau mencetuskan OCD pada kanak-kanak yang cenderung menghidapinya.

Merawat OCD

Terdapat beberapa jenis rawatan bagi kanak-kanak yang menghidap OCD iaitu terapi tingkah laku dan ubat-ubatan. Terapi tingkah laku yang juga dikenali sebagai psikoterapi kognitif tingkah laku (CBT), membantu anak-anak untuk belajar mengubah cara pemikiran dan perasaannya melalui perubahan tingkah laku terlebih dahulu.

Ubat-ubatan berkesan di dalam melegakan kedua-dua obsesi dan desakan. Rawatannya adalah bersifat jangka masa panjang kerana pesakit cenderung untuk kembali kepada keadaan asal apabila ubat dihentikan, selalunya dalam beberapa minggu. Psikosurgeri akan menjadi pilihan terakhir untuk merawat pesakit yang memiliki ketahanan terhadap rawatan yang diberikan.

Bila dah baca semuanya mengenai OCD… Apa yang boleh Farah katakan… Farah akui Frah sendiri mementingkan kesempurnaan… Hu hu hu… Jadi tidak mustahil faktor genetik itu boleh menjadi penyebab. Namun, Farah bukanlah doktor untuk menentukan atau mengdiagnosis sama ada Iman Firash benar-benar OCD. Sehingga ke setakat ini contoh seperti memberus gigi seperti berdarah dan juga memadam tulisan berulang-kali tu tidaklah berlaku kepada Iman Firash. Cuma beberapa perkara yang tertentu sahaja. Yang lainnya, dia kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa.

Bila dah tau ni, In Shaa Allah, Farah akan pantau keadaan Iman Firash dari semasa ke semasa supaya Farah dapat bantu Firash dari benar-benar menjadi seorang pesakit OCD. Setakat ini, Alhamdulillah… Hanya perkara yang Farah kongsikan di dalam perenggan di atas sahaja yang menjadi concern Iman Firash. Terima kasih sekali lagi kepada Siti Sharini kerana membuka mata Farah untuk perkara ini. Sekurang-kurangnya Farah alert dengan perkara ini dan perkembangan Iman Firash yang berkaitan dengan perkara ini. Alhamdulillah, ada insan yang sudi berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama ya tak? Smile

Cumanya, jangan malu dan janganlah pula kita sebagai ibu bapa tidak boleh menerima hakikat jika anak kita benar-benar OCD ya tak? Ianya bukanlah sejenis penyakit mental sampai kena masukkan anak ke rumah sakit jiwa ke apa? mahupun kecacatan. Sebagai ibu bapa, kita berhak tahu perkara-perkara seumpama ini dan jika kita mendapati mana-mana tingkah laku yang luar biasa pada anak-anak kita, sangat disarankan agar kita rujuk kepada doktor pakar kanak-kanak dengan segera kerana sememangnya terdapat rawatan untuk penyakit OCD.

Kuasa Allah SWT…siapa tahu, kita sendiri sebagai ibu bapa mampu menghilangkan penyakit OCD dari anak-anak kita kan? In Shaa Allah, mudah-mudahan… Amin-amin ya rabbal alamin.

Sumber Rujukan: http://mypositiveparenting.org/ms/2014/08/02/kenali-ocd/

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hah? “OCD Detected”?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, July 13, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. Alamak.. maafkan saya kalau dah buat kak Farah risau. Bukan maksud saya macam tu tau. But it's good that we know kan.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia