Home » , , , , , , , , , , , » FullAMark.com.my Portal Pendidikan Secara Interaktif Buat Anak-Anak

FullAMark.com.my Portal Pendidikan Secara Interaktif Buat Anak-Anak

FullAMark.com.my PORTAL PENDIDIKAN SECARA INTERAKTIF BUAT ANAK-ANAK (2)

Pernah terlihat beberapa kali iklan FullAMark.com.my ditayangkan di kaca televisyen. Sedari hari tu sebenarnya dah teringat nak menaip entri mengenai FullAMark.com.my ni ha. Entah kenapa tiba-tiba boleh jadi terlupa seketika. Kemudian, bila dah lama-lama baru sekarang teringat nak menaip entri berkenaan dengan FullAMark.com.my. Pernah dengar? Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang bersekolah di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, pastinya dah biasa sangat dengan FullAMark.com.my ni kan? Yang sekadar tengok di angin-angin lalu jer macam Farah ni ha… Open-mouthed smile He he he… Mungkin belum kenal sepenuhnya dengan FullAMark.com.my ni. Al-maklumlah, masih belum relevan untuk anak kecil Farah yang berusia 3 tahun 7 bulan tu… Akan datang mungkin FullAMark.com.my menjadi salah satu platform atas talian yang penting untuk Iman Firash. FullAMark.com.my portal pendidikan secara interaktif untuk anak-anak.

FullAMark.com.my PORTAL PENDIDIKAN SECARA INTERAKTIF BUAT ANAK-ANAK (1)

FullAMark.com.my adalah merupakan portal pendidikan dan aplikasi telefon pintar yang diterbitkan selari dengan peredaran teknologi pada masa kini iaitu pembelajaran secara atas talian. Untunglahhh anak-anak zaman sekarang kan? Zaman-zaman Mommy Firash dan sebelum ini dulu sibuk mencari surat khabar jer untuk dapatkan sisipan pendidikan keluaran Berita Harian seperti Didik, Minda dan Skor. Sekarang ni? Segalanya di hujung jari! Dah mudah sangat-sangat dah! Dari televisyen sampai ke atas talian dah ada rancangan khas dan juga aplikasi khas untuk anak-anak pada masa kini menimba ilmu.

Kalaulah ada pada zaman-zaman Mommy Firash membesar kan? Wahhh… agaknya mesti tak kisah nak menghadap satu-satu mata pelajaran mengulangkaji dalam satu tempoh masa yang sama memandangkan Mommy Firash ni lebih mudah tertarik kepada gajet. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Ok, ok…mulalah tu nak mengarut kan? Berbalik kepada FullAMark.com.my, nak dijadikan cerita dan untuk pemahaman yang lebih jelas, ianya adalah merupakan program pembelajaran secara atas talian yang telah dibangunkan bagi memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar untuk mengulangkaji pelajaran selain daripada membuat latihan intensif dan praktikal dengan menggunakan set soalan yang berbeza pada setiap minggu.

Untuk makluman semua, daripada apa yang Farah perolehi daripada sumber yang Farah rujuk, kandungan FullAMark.com.my merangkumi mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI), Sains dan Matematik bagi calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) manakala Sijil Pelajaran Malaysa (SPM) membabitkan mata pelajaran BM, BI, Matematik dan Sejarah.

Ada juga, Farah jenguk-jenguk ke portal FullAMark.com.my malam semalam sebelum melelapkan mata. Daripada jengukan Farah tu, Farah dapati tarikan portal tersebut adalah di mana para pelajar dideahkan denagn pelbagai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), soalan ramalan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM, serta pendedahan mengenai format baru UPSR. Pengisian FullAMark.com.my adalah pengisian paling komprehensif terkini. Yang paling memudahkan, portal ini boleh didapati melalui telefon pintar, table, komputer riba dan komputer peribadi. Makanya, tak ada alasanlah kan? Tak boleh nak ulangkaji pelajaran, tak boleh fokus nak ulangkaji pelajaran, tak cukup masa untuk ulangkaji pelajaran… Tak mampu nak ulangkaji pelajaran dengan habiskan masa berjam-jam buat latih tubi serta membaca buku pada jam-jam tertentu. Bosan or what so not?

Look people! There are initiative being taken in order to ensure that the way of learning will suit and compatible with the current trend of lifestyle! Betul tak? Zaman-zaman kami yang dah berlalu ni, tak ada kemudahan ni semua. Kannn? If I were you guys, I will make the full use of it… Sayanglah… Tersedianya kemudahan sebegini tetapi tidak digunakan dengan sebaik-baiknya kan?

Aplikasi FullAMark.com.my boleh dimuatturun secara PERCUMA melalui telefon pintar atau tablet selepas langganan dilakukan bagi membolehkan anak-anak mengulangkaji subjek yang dipilih pada bila-bila masa dan di mana sahaja. FullAMark.com.my menawarkan pakej sepertimana yang tertera di dalam gambar yang dipaparkan di bawah berikut:

FullAMark.com.my PORTAL PENDIDIKAN SECARA INTERAKTIF BUAT ANAK-ANAK (5)

Yang mana struktur yuran langganannya adalah sepertimana yang dipaparkan di bawah berikut pula:

FullAMark.com.my PORTAL PENDIDIKAN SECARA INTERAKTIF BUAT ANAK-ANAK (3)
FullAMark.com.my PORTAL PENDIDIKAN SECARA INTERAKTIF BUAT ANAK-ANAK (4)

Keistimewaan yang ditawarkan oleh FullAMark.com.my kepada anak-anak adalah di mana:
  • Soalan latihan dan ulangkaji adalah berdasarkan kepada format peperiksaan yang terkini.
  • Soalan-soalan berfokuskan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
  • Kandungan pendidikan secara interaktif.
  • Taraf dan kualiti yang sama dengan soalan peperiksaan sebenar sepertimana yang terdapat pada sisipan popular Berita Harian iaitu DIDIK, MINDA dan SKOR.
  • Interaksi / komunikasi secara live bersama tutor yang berpengalaman.
  • Pertukaran idea dan pendapatan di kalangan rakan sebaya. 

Kalau dilihat pada struktur yuran langganan yang ditawarkan oleh FullAMark.com.my, ibu bapa mungkin boleh mencuba untuk melanggan selama tiga bulan terlebih dahulu dan kemudian putuskan sama ada ingin meneruskan lagi langganan ataupun tidak. Tidak salah mencuba dulu. Mana tahu? Ini adalah sesuatu yang dapat membantu di dalam pembelajaran seharian anak anda di dalam meningkatkan lagi prestasi pendidikan mereka? Iyalah, kita ni ibu bapa selagi boleh sokong, beri dokongan, beri motivasi dan bantu, kita buat apa yang termampu ya tak? Ini pun boleh jadi salah satu dari usaha kita sebagai ibu bapa di dalam bab pendidikan anak-anak selain daripada menghantar mereka ke pusat tuisyen atau kelas tambahan di sekolah dan juga berleter memaksa anak mengulangkaji pelajaran di rumah dengan cara membuka buku serta melakukan latihan latih tubi.

Untuk Maklumat Lanjut:
Talian Bebas Tol: 1-800-88-0035

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel FullAMark.com.my Portal Pendidikan Secara Interaktif Buat Anak-Anak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, July 13, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia