Bila Jumpa Benda Asing Dalam Beg Sekolah Anak!

Farah Waheda Wahid
0
BILA JUMPA BENDA ASING DALAM BEG SEKOLAH ANAK!

Selongkar beg sekolah anak dan buat spot check pada beg sekolah anak memang satu rutin WAJIB bagi Farah. Setiap hari without miss! Memang Farah akan selongkar beg sekolah si kecil molek tu. Sibuk macam mana pun, rushing macam mana pun, memang Farah akan selongkar sampai habis isi beg sekolah Firash. Sampaikan bekas makanan yang dibawa ke sekolah pun Farah buka dan tengok. Makan ke? Tak makan ke? Budak kecil molek tu. Untuk apa? Hari-hari kerja kau nak selongkar beg sekolah anak? Dah tak ada kerja lain ke apa? Surprised smile Hah? Don’t tell me that you are not aware of this? Memang terdapat beberapa perkara yang ibu bapa perlu lakukan setelah anak pulang dari sekolah. Tak kiralah tadika ke? sekolah rendah ke? sekolah menengah ke? Memang kena lakukan… Salah satu sebabnya adalah untuk memeriksa sekiranya terdapat barangan yang bukan milik anak-anak kita di dalam beg sekolah mereka. Itu yang Farah nak kongsikan ni… bila jumpa benda asing dalam beg sekolah anak!

Tadi… Selepas mengambil Iman Firash dari tadika, seperti biasa Farah akan selongkar beg sekolah dia. Selongkar punya selongkar… Farah terjumpa botol buih sabun Ipin sepertimana yang dapat anda lihat di dalam gambar yang Farah paparkan di atas. Surprised smile… Siapa punya ni? Seingat Farah, Farah tak pernah belikan dia botol buih sabun Ipin ni. Singgah ke Iman’s Best Mart (nama kedai pada tanda harga botol buih sabun tu) pun tidak. Tak sempat nak menyinggah ke situ. Aduhaiii… Ni nak kira macam mana ni? Sama ada dia main tukar-tukar barang dengan kawan-kawan ataupun teacher bagi pada dia ataupun worst come to worst sebenarnya… Ini memang milik kawan dia dan dia main rembat atau main sebat jer masuk dalam beg sekolah dia! Bukan nak fikir negatif tentang anak sendiri… Tapi eloklah fikir macam ni dari tak berfikir langsung.

Tanya dia banyak kali… Siapa bagi Firash bubble ni? Dia buat tak kisah dan sibuk dalam dunia dia jer… Tak jawab langsung! Sampaikan dah berbuih dah mulut ni ha bertanya pada dia. Siapa punya bubble ni? Dia jawab… Firash punya! Tapi tetap mak kau ni rasa tak puas hati! Tetap naluri keibuan ni tak nak percaya. Mungkin saja ada yang kata… Hishhh! Apalah dok fikir negatif kat anak… Jangan fikir negatif pada anak, jika fikir negatif, negatiflah jadinya… So? Ada kakak kisah ke? Ha ha ha… Open-mouthed smile Eloklah fikir yang negatif dulu…Beringat dari awal ya tak? Memanglah sikapnya ibu bapa itu melindungi anak-anak, menjaga anak-anak tetapi tidak semestinya terus mengiyakan dan bersikap tidak apa atas segala yang dilakukan oleh anak. Jika ada kesalahan, memang wajiblah kena tegur. Bukan mudah tugas membesarkan serta mendidik anak ni kan?

Tak puas hati! Memang sangat-sangat tak puas hati. Sehinggakan akhirnya ambil keputusan untuk What’s App terus pada pihak tadika.

BILA JUMPA BENDA ASING DALAM BEG SEKOLAH ANAK! (2)

BILA JUMPA BENDA ASING DALAM BEG SEKOLAH ANAK! (3)

Tunggu punya tunggu, tak boleh nak tunggu juga… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Terus angkat telefon dan dail no telefon tadika Firash. Dapat juga bercakap dengan Pengetua dia… Menurut Pengetua Firash, Teacher Firash kata, botol buih sabun tu mungkin kepunyaan rakan sekelas Firash. Amboiiii… Ini kira tukar suka sama suka ke? Kawan bagi ke? Atau Firash main ambil jer ni? Yang tu jawapan tak dapat lagi punnn…. Apa pun… Farah dah beritahu pada Pengetua Firash yang Farah akan letakkan di dalam beg sekolah Firash pada hari Isnin nanti dan minta Teacher Firash pulangkan kembali botol buih sabun itu kepada tuan empunya badan. Tak kiralah apa pun sebab dan alasannya sama ada tukar suka sama suka, kawan bagi ke ataupun Firash ambil ke… Tetap kena pulangkan. Nanti dia! Petang Mommy balik, Mommy tarbiyah dia. Amboiiii….

Dr. Tengku Asmadi Bin T. Mohamad melalui perkongsian beliau di SINI berkata:

Seorang ibu yang tahu sistem nilai, apabila anaknya pulang dari tadika dan membawa bersamanya pensil warna yang bukan miliknya maka akan menyuruh anak itu memulangkan semula pensil warna itu. Ibu yang tidak tahu sistem nilai akan berkata , “Oh, ini mungkin pensil warna yang orang dah tak nak! Legaaa… Tak perlu beli baru!”. Kalau ada barang pasti ada tuan. Kalau bukan kita tuannya pulangkan walaupun sebatang pensil.

Anak Balik Dari Sekolah, Ini Apa Yang Ibu Bapa Patut Buat

Beberapa perkara yang perlu ibu bapa lakukan apabila anak-anak pulang dari sekolah sambil melayan celoteh mereka yang tidak putus-putus itu:

Periksa Beg Sekolah Anak Untuk Sebarang Pemberitahuan Atau Surat Daripada Pihak Sekolah

Sebarang info dan maklumat rasmi dari pihak sekolah kebiasaannya akan dimaklumkan kepada para ibu bapa melalui surat yang diedarkan kepada anak-anak untuk dibawa balik. Sebagai contoh tarikh-tarikh penting seperti penyerahan buku teks dan aktiviti, pemeriksaan kesihatan dan juga sebaran atau makluman mengenai program yang bakal dilangsungkan di sekolah.

Banyak berlaku sebaran surat sebegini akhirnya terperap dalam beg sekolah anak kerana mereka terlupa untuk menyerahkannya kepada ibu bapa. Sering juga berlaku ibu bapa mengadu tidak mendapat makluman daripada pihak sekolah mengenai perkara-perkara di atas. Dengan memeriksa beg sekolah anak-anak maka kita akan dapat mengelak daripada tercicir maklumat atau informasi berkaitan dengan sekolah.

Periksa Kelengkapan Sekolah Anak Terutama Yang Mudah Hilang Seperti Pensil Warna, Pensil Atau Pemadam

Awal-awal persekolahan ini memang ibu bapa perlu sangat-sangat kerap memeriksa kelengkapan anak-anak. Ini kerana mereka masih dalam proses belajar mengurus diri. Masih lagi perlu belajar menyimpan dan mengemas alatan mereka selepas digunakan. Perlu banyak bersabar kerana memang banyak alatan akan hilang atau tertukar.

Keraplah juga berpesan kepada mereka atau tunjukkan contoh bagaimana menyimpan semula alatan ke dalam bekas pensil atau beg sekolah. Minta mereka pulangkan semula alatan yang bukan milik mereka sekiranya terjumpa. Lama-kelamaan mereka akan mula belajar menjaga dan menghargai alatan mereka.

Bersembang Seketika Dengan Anak Mengenai Pengalaman Mereka Di Sekolah. Tanyakan Juga Beberapa Perkara Seperti Berikut:


1. Cikgu ada pesan suruh bawa apa-apa tak esok?
2. Ada sesiapa yang kacau atau ambil barang kamu tak?
3. Ada tak kawan-kawan yang minta duit dari kamu?

Soalan-soalan di atas penting untuk memastikan mereka terus bersemangat dan bermotivasi untuk terus ke sekolah. Ia juga sebenarnya menunjukkan keseriusan dan sikap ambil berat kita sebagai ibu bapa terhadap anak-anak. Ambil tindakan segera dengan berbincang dengan guru sekiranya mendapat reaksi yang tidak baik bagi soalan kedua dan ketiga. Kerap juga terjadi anak-anak berlapar di sekolah kerana duit belanjanya habis dipinjam rakan-rakan.

Berbalik kepada insiden botol buih sabun Ipin yang bukan kepunyaan Firash tersebut… Mak kau tak sempat tunggu balik nokssss! Terus telefon nenek dia dan maklumkan kepada nenek dia. Sebelum Mommy dia balik dan tarbiyah dia… Mommy minta nenek dia tarbiyah dia dulu… Siap dia… Terima jerlah Mommy bebel dengan dia, tak kira faham ke tak! Isnin nanti, Mommy sendiri yang akan suruh dia pulangkan kembali pada rakan sekelas dia dan say sorry. Mommy yang akan masuk kelas dan ajar dia untuk pulangkan kembali barang kawan dia. Tak pernah-pernah dia buat cenggitu… Ini pertama kali… Hu hu hu… Firashhh…Kalau nak bagi tahu Mommy! Mommy boleh beli untuk Firash…. Jangan ambil kawan punya! Sick smile… Setakat RM 2.50 tu… Jom kita beli bila Mommy balik nanti nak? Bukan lagak nak kata mampu untuk membeli sebab harganya RM 2.50… Tapi mampulah lagi nak beli kalau harganya RM 2.50…. Kalau nak beritahu Mommy… Mommy usaha dapatkan untuk Firash…Jangan ambil kawan punya ok?


*Nak minta nombor telefon ibu rakan sekelas Firash dan nak minta maaf pada dia. Selagi tak minta maaf dan selagi tak pulangkan botol buih sabun tu rasa tak sedap hati mak kau ni Firash oiiii! 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !