Aplikasi Keselamatan Khas Buat Wanita Yang Sentiasa Keluar Bersendirian!

Farah Waheda Wahid
1
APLIKASI KESELAMATAN KHAS BUAT WANITA YANG SENTIASA KELUAR BERSENDIRIAN!

Insiden-insiden seperti wanita dirompak di kawasan tempat meletak kereta, cubaan meraba, dirogol dan segala bagai, menjadikan Farah sedikit prihatin ke atas isu keselamatan wanita pada masa kini. Terutamanya buat wanita yang sentiasa keluar bersendirian. Iyalah… Takkan 24-7 kita melekap dengan pasangan, rakan-rakan mahupun adik-beradik serta ibu bapa kita sewaktu keluar ya tak? Ada masa dan ketikanya, kita perlu, tiada pilihan dan terpaksa untuk keluar bersendirian. Pergi sekolah, balik sekolah, pergi kuliah, balik kuliah, pergi pejabat, balik pejabat… Beli barang dapur ke? Tak kisahlah walau apa pun alasannya… bukan 24-7 kita akan ditemani oleh seseorang. Ada kalanya kita perlu bergantung kepada diri kita sendiri dan juga bagi ibu-ibu anak-anak hanya perlu bergantung kepada kita ketika ketidakhadiran pasangan kita di sisi. Betul tak? Farah salah seorang lah tu! Tergolong di dalam kategori wanita yang sentiasa keluar bersendirian. Sebab tu, keprihatinan tu melampau-lampau sikit… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Mahu atau tidak, tetap perlu membiasakan diri untuk sentiasa keluar bersendirian tanpa pasangan di sisi. Tiada pilihan… Di atas ketiadaan pilihan itu, salah satu alternatif yang Farah ada, adalah dengan menggunakan Aplikasi Keselamatan Khas Buat Wanita Yang Sentiasa Keluar Bersendirian! Farah ingin berkongsi dengan semua wanita di luar sana supaya anda juga menggunakan aplikasi ini demi keselamatan anda dan juga anak-anak barangkali?

Aplikasi yang Farah maksudkan di sini adalah Shake 2 Safety, di mana aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Playstore melalui pautan di SINI. Bagi pengguna-pengguna iOS, Farah tidak dapat menemui aplikasi ini dan Farah percaya ianya adalah khusus untuk pengguna Android. Walaubagaimanapun, anda boleh menggunakan aplikasi keselamatan yang serupa di iOS seperti BSafe. Cubalah cari, pasti jumpa…

SHAKE 2 SAFETY

Aplikasi Shake 2 Safety ini memerlukan anda untuk menetapkan maklumat perhubungan kecemasan pada aplikasi ini. Apabila anda telah memuatturun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda, anda perlu memilih dan menetapkan siapakah yang akan menjadi orang untuk dihubungi ketika waktu-waktu kecemasan. Bagi anak-anak gadis, mungkin boleh memilih ibu ataupun bapa sebagai orang yang patut dihubungi ketika waktu-waktu kecemasan. Bagi para ibu pula, anda boleh menetapkan pasangan anda sebagai orang yang patut dihubungi semasa berlakunya kecemasan.

SHAKE 2 SAFETY 2

SHAKE 2 SAFETY 3
Sewaktu di dalam proses menetapkan orang yang sepatutnya dihubungi ketika berlakunya kecemasan, anda juga perlu menetapkan sama ada sewaktu berlaku kecemasan anda hanya akan menghantar mesej pesanan ringkas? hanya menghubungi? ataupun kedua-duanya sekali.
SHAKE 2 SAFETY 7

SHAKE 2 SAFETY 8

Melalui pilhan tetapan anda boleh memilih untuk menetapkan tindakan telefon pintar anda sewaktu kecemasan. Ciri goncangan telah diaktifkan secara automatik kepada telefon pintar anda. Cuma anda perlu memilih tetapan tahap sensitivi goncangan telefon pintar anda sewaktu berlakunya kecemasan.

SHAKE 2 SAFETY 9

Fungsi penetapan goncangan ni? Jika berlaku kecemasan, anda hanya perlu menggoncangkan telefon pintar anda untuk membuat panggilan secara automatik kepada orang yang anda telah tetapkan sebagai perhubungan kecemasan anda ataupun untuk menghantar mesej secara automatik kepada mereka untuk memohon bantuan.

SHAKE 2 SAFETY 11

Maklumat yang akan dihantar adalah lokasi anda sewaktu kecemasan berlaku lengkap dengan koordinatnya sekali!
SHAKE 2 SAFETY 13

Mesej akan dihantar secara automatik dan sekiranya anda melanggan aplikasi Shake 2 Safety ini di dalam pro version, anda juga boleh menghantar maklumat kecemasan melalui Facebook, What’s App, Gmail dan sebagainya.

SHAKE 2 SAFETY 10
SHAKE 2 SAFETY 18

Anda juga boleh menghantar gambar. Selain dari menggoncang telefon pintar anda, anda juga boleh menetapkan tetapan dengan tindakan menekan butang kuasa (power button) sebanyak 4 kali.

Bagus kan aplikasi ini? Farah secara seriusnya merekomendasi aplikasi ini untuk semua gadis-gadis dan wanita-wanita di luar sana demi keselamatan kita bersama. Ini adalah sebagai langkah-langkah berjaga-jaga dan persediaan untuk kita sebagai gadis dan juga wanita. Kalau anda mementingkan keselamatan diri anda dan juga anak-anak anda, Farah sarankan agar anda tidak menunggu lama dan terus memuat turun aplikasi ini untuk kebaikan bersama. Apa tunggu lagi? Muat turunlah sekarang!

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !