ALTHEA Turns 2 | The Unboxing Part!

Farah Waheda Wahid
3
ALTHEA TURNS 2 (1)

Dengan hati yang gembira lagi riang… disebabkan oleh ALTHEA Turns 2 Limited Edition Birthday Box yang sangat awesome… Tanpa disuruh-suruh dan tanpa dipaksa-paksa oleh sesiapa ataupun mana-mana pihak… Farah dengan rela hati sendiri yang rajin nak menaip untuk berkongsi apa yang ada di dalam ALTHEA Turns 2 Limited Edition Birthday Box yang Farah dapat minggu yang lalu. Kesinambungan dari entri terdahulu ALTHEA Turns 2! – Syurga Kecantikan KOREA Berkualiti, kini tibalah masa untuk ALTHEA Turns 2 – The Unboxing Part! Winking smile wink wink… Apa ada dalam ALTHEA Turns 2 Limited Edition Birthday Box yang Farah terima? Sampaikan teruja sangat-sangat ni?

ALTHEA TURNS 2 (2)

Bungkusan dari ALTHEA ni sampai ke tangan Farah 6 hari yang lalu. Sewaktu menerima bungkusan dari ALTHEA ni, Farah tiba-tiba jadi tak sabar pula nak buka. Tak sempat tunggu di rumah, di pejabat lagi Farah dah buat upacara pecah tanah. Open-mouthed smile Ha ha ha…. Tengoklah bagaimana terujanya Mommy Firash ni kan? Hu hu hu… Tak menyempat-nyempat… Nak juga buka di pejabat. Waktu buka tu, adalah orang lalu lepas tu tegur apa tu? Walhal dah sorok-sorok dah tu, senyap-senyap di workstation sendiri. Farah jawab ringkas jer… Barang kawan I hantar… Smile with tongue out Itu jawapan malas nak further conversation dan malas nak menjawab lebih lanjut. Sebabnya? Sebabnya yang bertanya tu jenis Mak Kiah. Hu hu hu… Haippp… Bulan baik, hari baik, bulan Syawal ni tak baik mengata orang… Hu hu hu… Biarkanlah dia… Kita abaikan sahaja…Bukannya nak cerita tentang dia, sekarang ni kita nak cerita tentang apa yang ada dalam kotak ALTHEA Farah yang super duper awesome ni ha.

Sekali…buka-buka jer… mak aihhh…banyaknya yang ALTHEA hantarkan pada Farah. Tiba-tiba jadi macam terharu sangat. Hati ni macam kembang nak meletops! Ha ha ha… Takper… Bagi teaser sedikit, apa yang ada di dalam kotak tu secara rawak…

ALTHEA TURNS 2 (3)

ALTHEA TURNS 2 (4)

Tu dia, selambak kan? Macam-macam ada oiii…. Terus bertambah-tambah lagi teruja… Sambil menaip entri ni pun sambil tersenyum-senyum sendiri mengenangkan lambakan segala bagai barangan kecantikan yang dikirimkan secara terus dari KOREA kepada Farah ni ha. Nerd smile Over sangat tau! Yang pentingnya… ini adalah di antara pesanan Farah kepada ALTHEA tempoh hari:

Chica-Y-Chico Matt Cushion (15g) #21

ALTHEA TURNS 2 (5)

Chica-Y-Chico Matt Cushion (15g) #21 ni sememangnya all time favourite Farah. Hasil pemakaian Chica-Y-Chico Matt Cushion (15g) #21 sememangnya membuatkan Farah sangat berpuas hati dan terasa sangat memudahkan. Walaupun harganya adalah jauh lebih murah daripada produk berjenama terkemuka lain di dunia serta pasaran, hasilnya tetap setanding, malah jauh lebih baik dari rangkaian produk-produk yang ada. Farah pernah memakai beberapa produk berjenama terkemuka di dunia serta pasaran sebelum ini, dan disebabkan itu Farah dapat membezakan hasil pemakaiannya. Iyalah, tidak semestinya produk berjenama itu serasi dengan kita kan? Terkadang, produk yang jauh lebih murah juga adalah baik. Bergantung kepada kesesuaian individu yang sebenarnya. Bukan ikut-ikutan apa yang orang lain pakai. Winking smile.

Jika mahukan maklumat lebih lanjut mengenai Chica-Y-Chico Matt Cushion (15g) #21 ini, anda boleh rujuk kepada perkongsian Farah di SINI. Segala maklumat tentang apa yang Farah suka? Kenapa Farah suka? Sebab apa Farah suka? Semuanya ada di pautan yang Farah maklumkan.

Witch’s Pouch Selfie Perfect Concealer (2.5g)

ALTHEA TURNS 2 (6)

Penutup cela yang sangat awesome. Ringan, tidak berminyak dan memberikan kesan penutupan cela yang menyeluruh. Hanya calitkan sedikit, ia sudah mampu untuk menutup cela dengan baik dan tiada siapa akan menyangka yang anda sebenarnya sedang memakai penutup cela. Farah sukakan rekabentuknya yang datang dalam bentuk pensil berus. Memudahkan untuk Farah meratakan penutup cela ke bahagian-bahagian kritikal wajah yang perlu ditutup. Terutamanya! Bahagian bawah mata yang sememangnya terdapat lingkaran gelap. Lingkaran gelap ni kalau tak berjaya ditutup dengan sebaiknya boleh merosakkan penampilan solekan pada pandangan peribadi Farah. He he he… Open-mouthed smile… Orang kata… potong mood oiii… Jika anda ingin mengetahui fungsi serta apakah yang terbaik sangat mengenai Witch’s Pouch Selfie Perfect Concealer (2.5g) ini, anda boleh rujuk pada pautan yang sama yang Farah sediakan di dalam perkongsian Farah mengenai Chica-Y-Chico Matt Cushion (15g) #21 di atas tadi.

Witch’s Pouch Selfie Awesome Gel Liner (0.5g)

ALTHEA TURNS 2 (7)

Farah suka dengan Witch’s Pouch Selfie Awesome Gel Liner (0.5g) dari dulu sampailah sekarang! Sesuai dipakai untuk sebarang acara walaupun hasil pemakaian Witch’s Pouch Selfie Awesome Gel Liner (0.5g) ini ada menampakkan glitter! Smile. Cantik! Senang dipakai, tidak comot dan hasilnya nampak mewah. Sangat-sangat senang untuk dilukiskan di garisan atas kelopak mata. Terkadang Farah gayakan juga sebagai garisan di bawah kelopak mata. Didatangkan dengan berus dan juga pengasah yang unik di bahagian belakangnya. Maklumat lanjut mengenai Witch’s Pouch Selfie Awesome Gel Liner ini juga boleh didapati di pautan yang sama sepertimana perkongsian Chica-Y-Chico Matt Cushion (15g) #21.

It’s My Magic Sponge

ALTHEA TURNS 2 (8)

Senang untuk blend bedak asas di wajah. Dengan menggunakan It’s My Magic Sponge ini, bedak asas lebih mudah dioleskan ke wajah supaya betul-betul rata. Just nice. Bedak asas tidak akan kelihatan terlalu tebal dan terlalu nipis. Tiada kesan bercapuk di wajah. Smile. Sebab tu, Farah suka sangat! Nampak hasil solekan kita yang amatur ni seolah professional. Winking smile. Sejak menggunakan It’s My Magic Sponge ni sedari setahun yang lalu, walaupun kini terdapat alat yang dihasilkan dengan menggunakan silikon dengan fungsi yang sama. Farah tetap menjadi pengguna setia kepada It’s My Magic Sponge. Kalau ada yang berbunyi mengatakan… Alaaa…yang ni dekat pasar malam pun boleh beli! Anda silap ya? Tak sama hasilnya. Farahkan cosmetic freak? Hampir kesemuanya Farah telah cuba, jadi Farah boleh tahu perbezaannya antara satu dan yang lain. Antara kualiti dan juga tidak. He he he… Smile with tongue out.

Witch’s Pouch Love Me Blusher (11g) Sweet Coral

ALTHEA TURNS 2 (9)

Jika sebelum ini Farah menggunakan IOPE Air Cushion Blusher Color Peach Sherbet sebagai pemerah pipi untuk solekan harian Farah. Kini Farah beralih kepada sesuatu yang baru. Kali ini, Farah putuskan untuk mencuba Witch’s Pouch Love Me Blusher (11g) Sweet Coral. Terbaik! Hasilnya sangat memuaskan. Dengan harga yang sangat-sangat murah, Farah sangkakan yang ianya cuma bersaiz kecil! Tetapi rupa-rupanya sangkaan Farah silap! Saiznya adalah besar dan cukup untuk tempoh pemakaian yang cukup lama. It’s worth the money!

Witch’s Pouch Selfie LIke Shot Dual Lipstick (0.8g) in 03 Selfie Coral and Red

ALTHEA TURNS 2 (10)

Percubaan pertama bagi Farah juga. Saja nak mencuba sesuatu yang baru. Smile. Komen? Suka! Sebab senang untuk diaplikasi dan kombinasi dua warna ini menghasilkan warna yang sangat cantik! Red heart. Tak sia-sia mencuba! Kalau tanya Farah, memang dah jadi jatuh cinta dengan gincu yang satu ini.

Hasil pemakaian barangan kosmetik dari ALTHEA yang ada dengan Farah ini, menghasilkan satu bentuk solekan yang sangat ringkas tetapi tetap kelihatan sudah cukup baik bagi si pemakai. Bukan nak bohong atau omong kosong, tetapi anda akan mengakui bila anda sendiri yang mencuba. Hasilnya adalah sepertimana gambar yang dapat anda lihat di bawah ini:

ALTHEA TURNS 2 (11)

Solekan itu kelihatan lebih neutral dan tak over! Itu yang Farah suka! Red heart. Yang lain-lainnya adalah masks dan juga produk percubaan yang diberikan oleh pihak ALTHEA sebagai hadiah bersempenan dengan sambutan ulangtahun kedua mereka. Dalam banyak-banyak masks dan juga produk percubaan yang diberikan, ada lebih kurang 3 sehingga 4 telah Farah gunakan. Sangat suka! Terima kasih ALTHEA!

Berminat untuk mendapatkan koleksi kosmetik seperti Farah? Suka dengan koleksi kosmetik dari ALTHEA yang Farah kongsikan di dalam entri kali ini? Sila dapatkan dari laman web jualan atas talian ALTHEA hari ini juga! Ada banyak tawaran hebat dan juga peraduan-peraduan menarik yang sedang dianjurkan sepanjang bulan Julai 2017 ini bersempena dengan sambutan ulangtahun kedua ALTHEA. Sambil-sambil membeli-belah anda juga berpeluang untuk memenangi peraduan yang dianjurkan. Manalah tau kan? Kot-kot ada yang dapat tuah atau rezeki untuk terbang melancong ke KOREA ke? Atau dapat shopping spree secara PERCUMA bernilai RM1,000.00. Siapa nak bagi kan? Di ALTHEA, bila anda dapat membeli-belah secara PERCUMA sebanyak RM1,000.00… it means a lot tau! Belanja tak habis baq ang… Kalau anda betul-betul pandai di dalam memilih produk yang ingin dibeli. Percayalah. Untuk maklumat mengenai tawaran serta peraduan ALTHEA yang berlangsung sepanjang Julai 2017 ini, anda boleh merujuk entri Farah pada sebelum ini iaitu ALTHEA Turns 2! – Syurga Kecantikan KOREA Berkualiti.


Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sama la... kita pun tak sabar membuka. Kat opis dah buka. Tapi tak buat review lagi - tengah pikir cara nak wish happy Birthday nie.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !