Semua ibu punnn... Setiap hari pasti tidak akan lupa untuk mencium anak-anak. Kalau tak cium tu tak lengkap rasanya kan? Itu rutin wajib! Sampai bila? Ha ha ha... Kalau boleh sampai bila-bila lah pun sama ada kita mencium anak atau anak yang mencium kita. Lagipun bukannya satu kesalahan pun jika ibu dan anak bercium antara satu sama lain. Dah nama pun duduk di dalam rahim kita dan kita yang susah payah kendong dalam perut berbulan-bulan, lepas tu kita yang tanggung kesakitan untuk melahirkan. Betul tak? Pedulilah orang nak fikir apa pun ya tak? Untuk ibu dan juga untuk bapa, jangan lupa 4 ciuman untuk anak setiap hari!
Ini bukan Farah pandai-pandai nak nasihatkan atau beri saranan kepada ibu bapa di luar sana. Tapi ini adalah sepertimana yang disarankan oleh doktor psikologi terhadap ibu bapa. Tolong ambil tahu yang sebenarnya terdapat 4 ciuman dan juga beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak setiap hari, sejak dari lahir tanpa had waktu dan umur. Selama mana, selagi mana dia adalah anak kita!
Ikutlah saranan yang dikongsikan oleh Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Pensyarah Jabatan Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Mursyif di Pondok Sungai Durian, tentang tempat kawasan tubuh anak yang perlu ibu bapa cium setiap hari. Dalam masa yang sama berikan sentuhan dan gosokan pada 5 lagi tempat pada anggota tubuh anak.
4 Ciuman
Ubun-Ubun Kepala
Simbolik bagi menunjukkan kebanggaan kita terhadap anak (sambil mendoakan anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah). In Shaa Allah... Amin amin ya rabbal alamin.
Dahi
Keredhaan kita terhadap anak-anak sebagai anak-anak kita. Rasulullah SAW pernah mencium Saidatina Fatimah di dahi beliau.
Kedua-dua Pipi
Tanda syauq (perasaan sayang dan rindu kita terhadap anak).
Tangan
Tanda mawaddah wa hub (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah SAW mencium tangan anakandanya Saidatina Fatimah.
5 Sentuhan
Belakang Kepala Anak
Tanda belas kasihan dan anak akan rasa dikasihani serta terlindung.
Menggosok Atas Kepala Atau Ubun-Ubun
Menunjukkan kebanggaan kita terhadap anak.
Menggosok Atas Dahi Anak
Tanda syauq (perasaan kasih sayang dan rindu kita terhadap anak).
Kedua Pipi
Tanda mawaddah wa hub (kasih sayang).Memegang Kedua Tangannya
Untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.
Tambahan: Gosok di dada ketika perlu. Bila nampak kecenderungan yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dada anak untuk menenangkannya.
Ciuman tanda kasih dan sayang sera sentiasa dilindungi dan menjadi penyelamat.
ReplyDeleteSaya selalu cium anak di dahi, pipi dan gosong di belakang semasa peluk.