TIPS Pemilihan Pakaian ANAK LELAKI

Farah Waheda Wahid
1
TIPS PEMILIHAN PAKAIAN ANAK LELAKI

Berbeza dengan kanak-kanak perempuan, variasi untuk pakaian kanak-kanak lelaki sering dianggap sebagai stereotype. Surprised smile Hah? Stereotype? Stereotype dari segi apa? Bagaimana? Stereotype lah! In love. Dari segi rekaan pakaian, dari segi pilihan warna pakaian. Pakaian kanak-kanak lelaki, kebiasaannya kan sinonim dengan warna-warna seperti biru, kelabu, hitam, coklat macam tu? Pada pandangan Farah, itu mungkin kena jika kita berbicara tentang sepuluh dua puluh tahun yang lalu. Kini, seiring dengan perkembangan fesyen semasa, variasi pakaian kanak-kanak lelaki di pasaran semasa telah banyak berubah. Kini, terdapat sangat-sangat-sangat banyak pilihan bagi pakaian kanak-kanak lelaki di pasaran. Pilih jer nak yang macam mana kan? Terpulang kepada selera fesyen ibu bapa dan anak-anak masing-masing. Cumanya, yang masih stereotype di kalangan ibu-ibu adalah ayat-ayat seperti “Anak perempuan senang sikit nak cari pakaian mereka, anak lelaki susah sikit sebab pilihan yang ada terhad…” Surprised smile Susah sangat ke nak memilih pakaian untuk kanak-kanak lelaki? Bagaimana pula pandangan Farah sebagai ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 3 tahun 7 bulan ini? Smile with tongue out… Nak kata pakar di dalam pemilihan pakaian anak tu tidaklah juga, nak kata pandai tu…pun tak juga… Masih mendalami dan menggali banyak ilmu-ilmu serta skil-skil yang diperlukan di dalam dunia keibubapaan, tetapi apa yang boleh Farah kongsikan sedikit TIPS Pemilihan Pakaian Anak Lelaki berkitarkan diri Farah, cara Farah dan juga selera Farah adalah seperti yang Farah senaraikan di dalam entri kali ini. Jika sudi…mehlah baca sampai habis ke bawah entri ni ya? He he he… Jika rasa-rasa nak sedikit ilham…manalah tau kan? Bolehlah luangkan masa membaca entri ini sehingga lengkap. Winking smile.

Sepertimana yang Farah katakan, tips yang dikongsikan pada kali ini adalah berdasarkan pandangan, pilihan, selera serta pendapat Farah. Tidak semestinya kita mempunyai pandangan yang sama. Sekadar perkongsian kerana setiap ibu bapa, kita sebagai individu mempunyai pandangan serta pendapat masing-masing yang mungkin berbeza dan selera fesyen kita juga mungkin tidak sama. Bagi diri Farah, sebagai seorang ibu, ini merupakan perkongsian tips melalui perjalanan dan juga pengalaman sedari Firash lahir sehinggalah pada masa kini. Smile.

#1: Sentiasa Mengikuti Perkembangan Fesyen Kanak-Kanak Lelaki Semasa

Mungkin ada yang berpendapat, alaaa…sekadar kanak-kanak jer pun… Apalah sangat fesyen kalau nak dikaitkan dengan kanak-kanak. Bagi jer pakai apa pun…Bukan diaorang tau pun! Apa kita bagi itulah yang mereka pakai. Flirt male. Ya ke? Don’t underestimate ok? Kanak-kanak Gen Y, Gen Z tidak boleh disamakan dengan kanak-kanak sewaktu zaman-zaman kita membesar dulu. Sense of fashion dan taste of fashion kanak-kanak zaman sekarang ni lagi hebat dan dahsyat dari kita dulu-dulu ok? Seawal usia setahun mereka sudah mempunyai selera fesyen mereka yang tersendiri. Mereka ada gaya kesukaan mereka sendiri. Tak perlu nak tengok contoh jauh-jauh dah… Sesiapa yang ada anak saudara ataupun anak sendiri, jika anda boleh luangkan sedikit masa untuk memantau mengenai pemakaian mereka, percayalah anda akan sedar akan perkara ini.

Kenapa perlu untuk ibu bapa mengikuti perkembangan fesyen kanak-kanak lelaki semasa? Perlulah oiii… We have to keep up to date with the current trending dan kita juga perlu memahami serta menghormati apa yang anak-anak suka atau gemar. Jangan lupa… walaupun mereka adalah kanak-kanak tetapi kita tetap perlu menghormati pilihan mereka dan hak mereka untuk memilih sepertimana kita yang dewasa ni. Farah percaya yang sebagai ibu bapa, sememangnya kita berhak memilih apa yang nampak elok pada anak-anak kita, tetapi tidak semua yang elok pada pandangan mata kita disukai oleh anak-anak kita. Apabila kita sentiasa mengikuti perkembangan fesyen kanak-kanak lelaki semasa, secara logiknya adalah lebih mudah untuk kita sebagai ibu bapa untuk blend selera fesyen kita dengan selera fesyen anak-anak agar penampilan mereka nampak kemas serta terurus dan mereka juga gembira dengan penampilan mereka.

#2: Jenis Fabrik

Ini adalah salah satu unsur yang penting bagi Farah di dalam pemilihan pakaian Firash. Secara jujurnya, Farah tidak cenderung ke arah memilih fesyen pakaian yang cantik di mata semata tanpa memikirkan kesesuaian dan keselesaannya kepada Firash. Sebagai ibu bapa, kita perlu mengambil kira kesesuaian fabrik pakaian tersebut dengan cuaca Malaysia. Yang terbaik, fabrik yang paling sesuai dipakai oleh kanak-kanak seiring dengan cuaca panas di Malaysia ni adalah kain kapas. Kain polyester yang panas adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak ya. Janganlah seksa anak. Sebab nak nampak cantik, nampak bergaya kita terlupa untuk ambil peduli keselesaan anak-anak di dalam pakaian mereka. Kesian anak-anak berpeluh-peluh sampai ruam-ruam atau sampai merah-merah pipi oiii… Tak kesian ke?

#3: Saiz Yang Sedikit Besar

Selera manusia berbeza… mungkin ada yang suka saiz pakaian yang dipakai oleh anak-anak anda sedang-sedang elok terletak di tubuh badan mereka. Farah berbeza, Farah lebih suka memilih pakaian yang bersaiz sedikit besar dari saiz tubuh badan Firash. Biar loose sedikit pada pandangan mata Farah, bukan sebab kedekut nak jimat duit dan boleh pakai lama. Sebab bagi pendapat Farah, pakaian yang bersaiz sedikit besar memberikan keselesaan dan rasa nyaman pada kanak-kanak. Ada pengaliran pengudaraan gittew.

#4: Warna

Farah pernah terbaca yang pilihan warna pastel yang lembut adalah lebih baik untuk kanak-kanak kerana warna yang terlalu garang adalah tidak sesuai dengan perkembangan jiwa kanak-kanak dan juga cuaca di Malaysia. Farah cuba lari dari sinonimnya kanak-kanak lelaki dengan warna-warna biru, hitam, kelabu, coklat dan sebagainya. Taklah kata Firash tak ada langsung warna-warna yang sinonim tu, cumanya, Farah lebih suka memvariasikan warna pakaian Firash dengan warna-warna yang bukan sinonim dengan maskulin. Mungkin ada yang berpendapat, selain dari warna-warna maskulin, warna-warna lembut bakal mempengaruhi karakter anak… Hurmmm… Myths ke mitos ni? Lembut tak lembut anak tu, adalah dari pembentukan jati diri dan didikan yang bersesuaian dengan jantina mereka kan? Bukannya sebab pakaian kan? Errrr… Ke Farah sorang jer yang percaya begitu? Hu hu hu… Entahlah, tapi itu pandangan Farah… Bukan sebab pakaian anak tu akan jadi lembut atau sebaliknya. Didikan dan cara ibu bapa membesarkan anak-anak yang menentukan lembut tak lembut kan?

#5: Pakaian Seusia Anak Itu Sendiri

Farah lebih suka memilih pakaian yang tidak nampak terlalu matang atau over fesyennya. Al-maklumlah… fesyen kanak-kanak sekarang ni ada yang sama tarafnya dengan fesyen orang dewasa. Apa yang orang dewasa pakai akan ada juga untuk kanak-kanak. Boleh… Tapi Farah lebih suka membiasakan Firash dengan pakaian seusia dia. Melainkan jika ada acara-acara tertentu yang memerlukan anak untuk bergaya seperti orang dewasa. Open-mouthed smile Ha ha ha… depends lah depends.  

Yang pasti, Farah sukakan sesuatu yang kelihatan selesa, yang Farah nampak Firash selesa dan sesuatu yang kemas serta elegan. Silap memilih kain untuk pakaian anak-anak terutamanya anak lelaki yang aktif boleh menyebabkan masalah seperti anak merasa kurang selesa, gatal, panas dan berat. Bila dah rasa semua ni, mulalah mereka akan menangis apabila dipaksa memakai pakaian tertentu. Baju yang sesuai untuk kanak-kanak ialah yang kelihatan comel apabila dipakai, berwarna cerah dan ringkas yang mana akan memberikan kesan mereka kelihatan lebih sihat, bersih dan ceria serta tidak terseksa. Pakaian yang bersesuaian akan memudahkan pergerakan kanak-kanak lelaki yang sentiasa aktif. Serius… tak perlu yang corak terlalu padat, aksesori yang berlebihan ataupun tambahan itu ini. Cukup sekadar ringkas. Winking smile.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !