Home » , , , , , , » TIPS Mudah Memadankan Warna Tudung Dan Pakaian

TIPS Mudah Memadankan Warna Tudung Dan Pakaian

TIPS MUDAH MEMADANKAN WARNA TUDUNG DAN PAKAIAN (6)

Anda jenis yang bagaimana? Beli baju dulu kemudian baru pilih tudung atau shawl? Ataupun beli tudung atau shawl dulu, kemudiannya baru beli baju? Sama juga di dalam pemakaian sehari-hari, anda jenis yang pilih baju dalam almari dulu kemudian baru pilih tudung atau shawl? Ataupun pilih tudung atau shawl dulu kemudian baru pilih pakaian dari dalam almari? Smile Berbelit-belit tak soalan Farah ni ha? Ha ha ha… Open-mouthed smile. Farah ni jenis yang pilih pakaian dulu, kemudian baru pilih padanan tudung atau shawl. Memang dari dulu macam tu… Tak tau kenapa. Iyalah, mungkin cara masing-masing kan? Dah nak dekat-dekat musim raya ni, baju raya dah dapat ka? Bab baju raya tu mungkin dah selesai ya tak? Cumanya sekarang ni dok peninglah pula nak memilih-milih tudung atau shawl yang berpadanan untuk digayakan dengan baju raya masing-masing… He he he… Smile Biasalah orang perempuan ya tak? Memang macam tu punya, takkan lari jauh mana pun… Tapi ni sajalah…nak tolong kurangkan benda-benda yang nak kena fikir dalam otak orang-orang perempuan ni ha… Nak kongsi sikit tips mudah memadankan warna tudung dan pakaian.

Memandangkan raya pun dah semakin hampir… mana-mana yang masih terfikir-fikir warna apa yang bersesuaian untuk dipadankan dengan warna tema baju raya anda pada tahun ini… Mehlah sini melekat di paparan skrin komputer anda untuk melihat sedikit perkongsian yang mana tau mungkin dapat menjimatkan masa anda berfikir dan juga membantu anda supaya tak pening memikir untuk menyuaipadan warna tudung dan pakaian raya anda pada tahun ini. Memang memudahkan dan memang brilliant apa yang dikongsikan oleh Puan Mary yang Farah dapat dari satu perkongsian di Facebook baru-baru ini.

Yang pertama, jika pakaian anda berwarna BIRU, anda boleh cuba untuk memadankan tudung dengan rona-rona warna yang dipaparkan di bawah:

TIPS MUDAH MEMADANKAN WARNA TUDUNG DAN PAKAIAN (5)

Jika pakaian anda berwarna JINGGA, anda boleh mencuba untuk menyuaipadankan tudung-tudung yang berwarna:

TIPS MUDAH MEMADANKAN WARNA TUDUNG DAN PAKAIAN (4)

Jika pakaian anda berwarna KUNING, anda boleh suaipadankan tudung-tudung berasaskan warna di bawah ini:

TIPS MUDAH MEMADANKAN WARNA TUDUNG DAN PAKAIAN (3)

Kalaulah pakaian anda berwarna UNGU, pilihan warna tudung yang berikut mungkin bersesuaian dengan anda:

TIPS MUDAH MEMADANKAN WARNA TUDUNG DAN PAKAIAN (2)

Kalau pakaian anda berwarna MERAH? Ini adalah cadangan pilihan warna tudung untuk anda:

TIPS MUDAH MEMADANKAN WARNA TUDUNG DAN PAKAIAN (1)

Pakaian anda berwarna MERAH JAMBU? Sila dapatkan padanan tudung dengan salah satu warna di bawah:

TIPS MUDAH MEMADANKAN WARNA TUDUNG DAN PAKAIAN (8)

Mak ko hijo! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Jika warna pakaian anda adalah HIJAU, meh lah cuba padankan dengan warna-warna tudung berdasarkan pilihan yang di bawah ini pula:

TIPS MUDAH MEMADANKAN WARNA TUDUNG DAN PAKAIAN (7)

Ha… Flirt male Amacam… Dah dapat idea nak suaipadankan baju raya tahun ni dengan warna tudung apa tak? Farah dah bantu mudahkan kerja anda tak? Ekekeke…. Open-mouthed smile… Untuk yang buntu dan masih terpilih-pilih warna tudung yang nak disuaipadankan dengan tema baju raya pada tahun ini… Moga-moga perkongsian pada kali ini dapat memberikan pencerahan dan ilham kepada anda di luar sana… Winking smile Selamat menyuaipadankan warna tudung dan pakaian serta selamat bermain dengan warna-warna yang bakal menceriakan penampilan anda di Aidilfitri nanti!

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel TIPS Mudah Memadankan Warna Tudung Dan Pakaian, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, June 13, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. CCL pun macam sis fara , akan beli baju dulu ..lepas tie baru fikir baju tu nak digayakan bsama tudung ataupun shawl

    ReplyDelete
  2. rabia beli baju raya dah..nak padankan dengan tudung warna hijau

    ReplyDelete
  3. tahun ni kaler mint..! inshaAllah boleh dipertimbangkan pakai kaler pepel.. hehe.. =) tq sis!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia