Tak Pernah Ketinggalan Episod HERO SEORANG CINDERELLA!

Farah Waheda Wahid
0
HERO SEORANG CINDERELLA
Kredit: Sumber dari Google

Asalnya si kecil molek berusia 3 tahun 7 bulan tu yang merupakan die hard fans Fattah Amin. Flirt male. Pantang nampak muka Fattah Amin di kaca televisyen, mulalah dia sibuk panggil seisi rumah dengan menyebut…. Uncle Fattah… Uncle Fattah… Reaksi dia tu… Haihhh, teruja sangat-sangat. Tak ada sesiapa yang mengajar pun dan tak ada sesiapa yang mendorong pun untuk dia sukakan Fattah Amin. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tak taulah kenapa kan? Mungkin dia rasa yang Fattah Amin tu jenis sukakan budak-budak pun. Bab kecoh satu rumah tu satu hal… Bab statik depan televisyen tengok Fattah Amin tu pun satu hal. Setiap kali ada jer muka Fattah Amin di kaca televisyen, dia akan statik depan televisyen, bila hilang jer Fattah Amin, dia pun sambung bermain. Dah terang lagi bersuluh, Firash ni #teamfattah ni. Open-mouthed smile. Sebab anak #teamfattah dan peminat tegar Fattah Amin….Mommy pun jadinya tak pernah ketinggalan episod HERO SEORANG CINDERELLA. Smile with tongue out.

Layan juga drama HERO SEORANG CINDERELLA ni. Adaptasi dari novel juga ni…

HERO SEORANG CINDERELLA 2
Kredit: Sumber dari Google

Secara jujur, dah lama tak baca novel jiwa-jiwa macam ni ha… Ekekeke… Winking smile Rindu juga nak melayan tetapi masa amat mencemburui Mommy Firash ni. Semakin hari semakin juggling dengan macam-macam benda. Syukurlah masih gagah lagi meneruskan hari-hari. In Shaa Allah…In Shaa Allah… Jika ada kesempatan nak cari ruang waktu juga untuk mula kembali melayan novel. Asyik layan buku parenting jer… Sesekali layan novel jiwa-jiwa macam ni, ok juga ni. Smile with tongue out. Citarasa manusia berbeza, nak kisah apa dengan apa yang orang nak kata? Farah mengaku yang Farah sukakan drama HERO SEORANG CINDERELLA. Ini bukan kes anak terpengaruh dengan mak lagi dah ni, ini kes mak terpengaruh dengan anak sampaikan terjebak sama hanyut dengan cerita HERO SEORANG CINDERELLA.

Farah tak pasti lah bagaimana orang lain yang menonton drama HERO SEORANG CINDERELLA rasa kan? Tapi Farah ni ha… Makin hari makin tak sabar nak tunggu episod yang seterusnya. Ha ha ha… Open-mouthed smile Tak sabar nak tengok apa jadi akhirnya kepada Cik Mawar yang merupakan ibu tiri kepada Medina. Memang tak dinafikan watak Cik Mawar tu hidup. Buatkan Farah rasa meluap-luap marah dengan Cik Mawar tu ha. Geram dengan perangai Cik Mawar tu. Bab hero dan heroin pula… of course lah suka tengok macam mana sweet nya love birds berdua tu. Perempuan kan? Winking smile Mana tak suka bila tonton cerita yang heronya sangat caring, loving dan sebagainya yang ada dalam ciri-ciri lelaki idaman Malaya? Hanyut samalah… Tapi biasalah tu, orang perempuan ni kalau tonton sesuatu tu kalau dah terusik soft spot mereka, memang senang touching dan terbuai dengan apa yang ditonton. Ahaksss… Tak ada apa yang pelik pun kan?

Yang director kecik, peminat tegar Fattah Amin tu… bila Medina panggil sayang, dia sibuk kata No! … Uncle Fattah… Kononnya salahlah tu Medina panggil… Kena panggil dengan panggilan Uncle Fattah macam dia. Hu hu hu… Dalam imaginasi atau khayalan ke apa Firash?

Farah pasti ramai yang dah arif sangat dengan sinopsis drama HERO SEORANG CINDERELLA ni kan? Tapi sajalah nak kongsi juga… Smile with tongue out Boleh kan?


Kisah seorang Cinderella yang bernama Nura Medina (Nur Fazura) dan hero, Tengku Ian Uzzam (Fattah Amin).

Sekali pandang, orang mesti cakap dia amat sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajamnya mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina. Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak-anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini adalah bersama dengan satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Nura Medina hidup bersama dengan ibu tiri, Datin Mawar (Datin Zizie Ezette) dan kakak tiri, Puteri (Uqasha Senrose) selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tidaklah begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehinggalah dia difitnah lalu telah dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu muncul dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.

Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya?

Novel ni mengisahkan Tengku Ian Uzzam dan Nura Medina, Ian adalah seorang yang sangat sweet and pemaaf.  Medina pula seorang yang kasar dan tak mudah percaya pada orang disebabkan persekitaran dia membesar Tengku Ian sudah tinggal lama di LA dan berkawan baik dengan Farizzam. Nura Medina anak Datuk Azizan dan Ian anak Tengku Ismadi, tetapi rupa-rupanya, Izzam yang merangkap kawan baik Ian adalah abang kandung Medina yang sudah lama terpisah dekat dua puluh tahun. Ian kembali ke Malaysia pun sebenarnya hendak selesaikan amanat ayah dia iaitu untuk menyatukan keluarga Izzam. akan tetapi Ian sudah mula jatuh hati dengan Medina.

Ian adalah penyelamat dan hero kepada Medina. Medina kena fitnah dengan kakak tiri dia Puteri, sehinggakan papa dia sendiri tak mengaku anak dan halau Medina keluar daripada rumah, masa tu pula la Medina tengah demam, Ian pun apa lagi terus ajak Medina kahwin, sebab dia nak jaga Medina, dia tak akan biar Medina sedih lagi, walaupun mereka baru kenal  4 bulan. Apakah kesudahannya… Dapatkah mereka bahagia selamanya?
Semua sinopsis di atas tu, dah selesai dah bahagian masing-masing dalam episod HERO SEORANG CINDERELLA. Sekarang ni dah sampai ke kemuncak… tinggal nak tunggu balasan dengan Cik Mawar tu jer lagi dan tinggal nak tunggu timing bapa Farrizam dan Medina find out yang Farrizam tu adalah anak kandung dia serta tahu tentang kebusukkan hati Cik Mawar tu ha. However, dari teaser kalau tak silap bapa Medina dan Farrizam ni kena strok. Dalam hati ni dok syak…Ini mesti kerja Cik Mawar tu ha. Ha ha ha… Boleh sampai macam tu sekali? Mesti rancangan Cik Mawar tu ha.

Biasalah bila dah mula terjebak dengan drama bersiri macam ni, memang akan buatkan kau rasa tak sabar nak tunggu episod yang seterusnya. Kalau boleh nak drama tu terus menerus jer ditayangkan secara marathon. Ni Firash lah ni! Ha ha ha… Ajak Mommy tengok Uncle Fattah dia. Hi ha. Cuba dengar betul-betul Firash kekononnya say hi pada Fattah Amin… Kalau anda boleh capture… Firash dok sebut… Hye…Uncle Fattah… Dengan gaya-gaya dia sekali…



*Gigih follow episod HERO SEORANG CINDERELLA. Kalau ada terbabas tertinggal pun… Mesti bila hujung minggu akan marathon dari satu episod ke satu episod yang lain. Hu hu hu… Itu malas nak mula tu… Kalau dah mula memang akan jadi macam ni… Jadi tak sabar dan jadi tak boleh nak stop! Flirt male

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !