Senarai BISKUT RAYA TRADISIONAL

Farah Waheda Wahid
1
SENARAI BISKUT RAYA TRADISIONAL

Bukan lama sangat kan? Tambah tolak darab bahagi, lebih kurang dalam seminggu jer lagi seluruh umat Islam sedunia akan menyambut perayaan Aidilfitri setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Smile. Raya datang lagi! Bila raya dah semakin dekat ni, mak-mak yang rajin buat biskut raya dah mula sibuk dengan projek biskut raya masing-masing. Mak-mak yang belum sampai seru dan tak berapa nak rajin seperti Farah ni… Ha ha ha… Smile with tongue out Tak terfikir pun lagi nak membuat biskut raya. Iyaaa… betul… Memang Farah langsung-langsung tak terfikir pun nak membuat biskut raya. At least for now. Ha ha ha… Smile Worst come to worst, biskut raya tunjuk jer lah! Sekarang ni macam-macam jenis biskut raya yang ada di pasaran. Pilih jer nak corak yang macam mana walaupun rasanya adalah lebih kurang sama antara satu sama lain. Yang membezakan rupa bentuk biskut raya tu jer. Kannn? Kalau dulu-dulu sewaktu zaman tok nenek kita dulu – bukan setakat rupa bentuk biskut raya lain, rasa pun lain-lain kan? Cumanya, agar tak lapuk dek zaman, tak lekang dek hujan…kot kot lah ada yang terajin nak meneruskan tradisi biskut-biskut raya ni agar tak pupus… Farah tiba-tiba jadi rajin nak kongsi senarai biskut raya tradisional lengkap dengan resipinya sekali. Winking smile. Senarai ni sebenarnya Farah masukkan sekali dengan kuih raya tradisional yang bukan dalam kategori biskut. Untuk entri kali ini Farah rajin nak senaraikan empat jenis biskut raya atau kuih raya dulu. Nanti ada masa Farah tambah lagi naa… Ha ha ha… Smile with tongue out

Biskut Putu Kacang

SENARAI-BISKUT-RAYA-TRADISIONAL-2-compressor

Bahan-Bahan:
1. Air gula yang telah dipekatkan sebanyak 2 cawan gula.
2. 2 cawan tepung kacang hijau.
*Untuk membuat tepung kacang hijau, anda harus membuang kulit kacang hijau terlebih dahulu dan selepas itu gorengkannya tanpa minyak bersama tepung gandum.
3. 1 cawan air.

Cara Membuat Biskut Putu Kacang:
1. Masukkan tepung kacang hijau dan air gula ke dalam mangkuk.
2. Gaulkan kedua-duanya sehingga anda boleh mengepalnya dan tidak mudah pecah.
3. Kemudian masukkan ke dalam acuannya dan tekan sehingga padat.
4. Terlebih dahulu acuan tersebut hendaklah diembunkan dahlu sebelum dituangkan adunan kerana ini akan menyenangkan kuih keluar dari acuan tersebut.
5. Buangkan lebihan adunan tersebut di atas acuan dan ratakannya.
6. Setelah benar-benar padat keluarkan dengan cara mengetuk perlahan-lahan acuan tadi.
7. Akhir sekali setelah dikeluarkan anda harus menjemurnya sehingga kering.
8. Boleh simpan di tempat yang kedap udara.

Sumber Rujukan: SINI

Karipap Serunding Mini

SENARAI-BISKUT-RAYA-TRADISIONAL-3-compressor

Bahan-Bahan:
1. 400g tepung gandum.
2. 150g air.
3. 1 camca teh garam.
4. 4 camca besar marjerin.
5. 1 cawan serunding
6. Minyak masak untuk menggoreng tenggelam.

Cara-Cara Membuat Karipap Serunding Mini:
1. Larutkan garam dalam air.
2. Gaul ramas marjerin dan tepung sehingga tidak nampak lagi butiran-butiran marjerin.
3. Masukkan semua air sekaligus dan uli sehingga mendapat doh yang sedikit keras.
4. Kandungan air bergantung kepada tepung jadi jika adunan terlalu lembut, anda boleh menambah tepung. Begitu juga jika adunan terlalu keras sehingga tidak boleh dicanai. Tambahkan air jika perlu.
5. Canaikan adunan senipis 1mm. Isi inti dan bentukkan menjadi karipap menggunakan pencetak. Buat sehingga habis semua doh.
6. Panaskan minyak dengan api perlahan. Gorengkan karipap mini sehingga kekuningan.
7. Angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber Rujukan: SINI

Biskut Bangkit Asli

SENARAI BISKUT RAYA TRADISIONAL 4

Bahan-Bahan:
1. 3 cawan rata tepung ubi (+-300g).
2. 1/2 cawan tepung gandum (+-50g).
3. 1 cawan gula atau lebih pati santan dari sebiji kelapa (tidak dicampur dengan air)
4. 1 cawan rata gula ising (+-130g) – (yang ini untuk kemanisan sederhana. Jika nak manis betul gunalah gula halus/gula kasar).
5. 2 biji kuning telur grade B.
6. Sehelai daun pandan disiat dan disimpul.
7. Sedikit bijan untuk hiasan – (jika suka)
8. 1/2 sudu kecil baking powder – boleh tambah jika suka.

Cara-Cara Membuat Biskut Bangkit Asli Yang Sedap:
1. Campur kedua-dua jenis tepung lalu digoreng tanpa minyak (sangrai) dalam kuali hingga ringan. Kemudian ayak dan sejukkan.
2. Masak santan bersama daun pandan hingga mendidih - ketepikan.
3. Ayak gula ke dalam mangkuk. Campur kan telur lalu dikacau hingga sebati. Mula-mula memang susah sikit, kemudian jadi mudah. Kacau dgn pemukul telur manual hingga sebati., tapi kalau dienjut hingga kembang lagi baik hasilnya.
4. Gaul tepung bersama telur rata-rata, tambah santan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. kuih bangkit ni kena banyak uli. uli dengan tapak tangan macam uli doh. agak-agak doh tu boleh di canai ok lah tu. Santan tidak semestinya habis digunakan.
5. Ambil seketul doh, gelek dengan penggelek antara dua helai plastik. Celup acuan dalam tepung sebelum menerap kuih. Susun atas loyang yang telah dilenser dengan majerin dan ditabur sedikit tepung. Setiap kali nak canai dan gelek doh kena diuli lagi supaya kuih jadi rangup.
6. Sapu dengan nipis di tengah-tengah atas kuih dengan putih telur lalu ditabur sedikit bijan. Putih telur bertujuan untuk lekatkan bijan saja, jangan sapu berlebihan, takut serap pada doh yang akan mnyebabkan biskut jadi keras. (kalau tak letak bijan, tak perlu putih telur...)             
7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu +- 150 darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak. Ikut kepanasan ketuhar masing-masing..
8. Bila sudah masak, boleh masukkan dalam balang.
Sumber Rujukan: SINI

Kuih Buah Rotan

SENARAI-BISKUT-RAYA-TRADISIONAL-4-compressor

Bahan-Bahan:
1. 4 camca besar gula pasir.
2. 500g tepung pulut.
3. 1 biji telur.
4. 200g santan pekat.
5. 1/2 cawan air.
6. 1 cawan bijan.
7. Minyak masak untuk menggoreng tenggelam.

Cara-Cara Membuat Kuih Buah Rotan:
1. Larutkan gula pasir dalam santan pekat. Campurkan sekali dengan telur.
2. Gaulkan tepung pulut bersama larutan santan sehingga rata.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan tangan sehingga mendapat doh yang lembut dan licin tetapi tidak melekat di mangkuk. Boleh tambah atau kurangkan air jika perlu.
4. Gentel doh menjadi bebola bersaiz 1cm dan golekkan dalam bijan. Buat sehingga habis.
5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana kecil.
6. Gunakan penapis untuk mengasingkan buah rotan dengan lebihan bijan. Gorengkan sehingga kekuningan.
7. Sejukkan dan simpankan dalam bekas kedap udara.

Nyum nyum nyum… Kuih buah rotan tu kalau makan rasanya memang susah nak berhenti. Favourite juga tu… Sebelum taip entri ni belum sampai seru nak buat biskut raya atau kuih raya tapi tiba-tiba, alih-alih bila dah sampai ke penghujung ni terasa nak buat kuih buah rotan pula… #ehhh… Ha ha ha… Open-mouthed smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !