POPIA IKAN BILIS Sebagai Kuih Raya!

POPIA IKAN BILIS SEBAGAI KUIH RAYA!

Dah hujung-hujung puasa ni kan? Smile… Orang lain dah siap berbalang-balang biskut raya, kuih raya. Tapi kita? Sebalang pun nan hado lagi! Ha ha ha… Open-mouthed smile Kau rasa? Biasalah bila seru nak buat biskut raya, kuih raya datang saat-saat akhir macam ni, ditambah pula dengan title sebagai working mom kononnya… Memang nak mencari yang mudah, ringkas dan sedap jer lah. Kebetulan terjumpa sesuatu yang menarik perhatian dan belum pernah cuba lagi. Resipi kuih raya ringkas dan mudah. Tengok dari gambar pun dah boleh agak yang kuih raya versi yang ini awesome sebagai kudapan ni! Silap-silap bukan jadi kuih raya, tapi jadi kudapan sambil-sambil tonton televisyen… Ha ha ha… Open-mouthed smile POPIA IKAN BILIS sebagai kuih raya!

In juga ni oiii! Tiba-tiba jadi berkobar-kobar nak cari kulit popia dan ikan bilis. Ha ha ha… Benda senang dan mudah, siapa yang tak suka nak buat? Tambah-tambah bila dah penghujung-penghujung macam ni. Siapa nak join the club dengan Farah? Kita sama-sama buat POPIA IKAN BILIS sebagai kuih raya pada tahun 2017 ni? Entah kenapa boleh terbayang kerangupan dan kesedapan yang tak terhingga sehingga tak boleh nak berhenti mengunyah. Haippp! Ha ha ha… Open-mouthed smile Over tau… ni masih Ramadhan lagi ni… Bawa-bawa istighfar Farah oiii…. Bawa-bawa bersabar sikit.

Resipi asal POPIA IKAN BILIS oleh Laila Fatiha yang cukup mudah disediakan ini, Farah terjumpa di dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN) di Facebook. Tertarik dan minat pula… lain sikit kan?

BAHAN-BAHAN
Kulit popia yang dipotong (saiz ikut citarasa masing-masing).
Ikan bilis yang sudah dibasuh.
Minyak untuk menggoreng.
Tepung gandum.

CARA PENYEDIAAN:
1. Bancuh tepung gandum 2 sudu atau sehingga ikan bilis melekat pada kulit popia tersebut.
2. Kulit popia yang dipotong disusun dalam dulang. Celup belakang ikan bilis yang dibelah 2 ke dalam bancuhan tepung.
3. Tampal pada kulit popia. Biarkan seketika supaya kulit popia tersebut menjadi keras.
4. Kemudian gorengkan kulit popia tersebut.

TIPS PENYEDIAAN:
1. Boleh ditabur dengan serbuk keju atau serbuk kari untuk menambahkan kesedapan pada kulit popia itu.
2. Elakkan membancuh tepung terlalu tebal. Lagi cari lagi baik.

Untuk lebih jelas, kalau ada sesiapa yang rasa macam blur tentang cara penyediaan pada langkah 1 tu… Boleh rujuk SINI. Bolehlah ni…boleh sangat dah mula operasi hari Jumaat malam ni dah. Ha ha ha… Semua kau nak buat! Dengan tempahan kek dari kakak sepupu kau nak kena siapkan, dengan kek sendiri kau nak buat, dengan POPIA IKAN BILIS kau nak buat lagi… Ni namanya saja sibuk-sibukkan diri di saat akhir ni! Smile with tongue out… Oklah kan? Sibukkan diri supaya terasa kemeriahan sambutan lebaran tu kan? Lagi syok… ada pembantu cilik yang bakal buat kecah nanti… Itu lagi terasa kemeriahan ambang Aidilfitri tu!

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel POPIA IKAN BILIS Sebagai Kuih Raya!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, June 19, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Macam viral pula sekarang ni..

    ----
    ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017

    http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
  2. OK NAK BUAT LA...HAHAHAHA...BORING KUIH RAYA BELI JER NI...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia