Koleksi Ucapan SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri 1438H Untuk Di-Copy Paste!

Farah Waheda Wahid
1
Koleksi Ucapan SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri 1438H Untuk Di-Copy Paste!

Musim perayaan Aidilfitri dah semakin tiba! Sana sini nampaknya seperti seolah-olah sudah berada di dalam mood beraya. Suasana sekeliling seolah-olah kita ni memang sudah betul-betul di ambang Aidilfitri. Iya… Yang Farah nampaklah… Yang anda nampak Farah tak pasti-lah kan? Zaman berubah, teknologi mendahului tradisi. Rata-rata secara majoriti sememangnya ucapan selamat hari raya disampaikan melalui sistem pesanan ringkas, What’s App dan juga laman media sosial. Jika dulu kad raya sebagai pengganti diri, kini kad raya sudah semakin berkurangan. Betul tak? Nak cipta ayat sendiri musim-musim raya nanti, sudah semestinya belum tentu boleh tercipta. Baru nak cipta ayat, ada gangguan, baru nak cipta ayat, ada gangguan. Al-maklumlah… Musim raya kan? Sibuk… Sibuk nak layan tetamu yang datang beraya ke rumah, sibuk nak berjalan raya. Jadi mana yang sempat jer lah kan? Asal ada ucapan balas, copy paste pun jadi! Ekekeke… Smile with tongue out… Farah lah tu salah seorang yagn selalu buat macam tu. Uhuksss…Memahami situasi dan juga keadaan, sebelum masing-masing sibuk, sementara anda ada masa nak baca entri di Bubblynotes.Com ni… Sukalah kiranya Farah nak berkongsi dengan anda semua koleksi ucapan SELAMAT HARI RAYA 1438H untuk di-copy paste!

Ini adalah setakat yang Farah larat nak kumpul ya? Winking smile

Bila kata merangkai dusta
Bila langkah membekas lara
Bila hati penuh prasangka
Dan bila ada langkah yang menoreh luka
Mohon dibukakan pintu maaf
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Satukan tangan, satukan hati
Itulah indahnya silaturahim
Di hari kemenangan kita padukan
Keikhlasan untuk memaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Harta yang paling berharga adalah sabar
Teman yang paling setia adalah amal
Ibadah paling indah adalah ikhlas
Identiti paling tinggi adalah iman
Pekerjaan paling berat adalah memaafkan
Mohon maaf atas segala khilaf
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Let’s write all the mistakes down in the sand
And let the wind of forgiveness erase it away
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidil Wal Faidzin

Ramadhan membasuh hati yang berjelaga
Saatnya meraih rahmat dan keampunanNya
Untuk lisan dan sikap yang tidak terjaga
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Minal Aidil Wal Faizin Taqaballahu Minna Wa Minkum

Esok adalah harapan
Sekarang adalah kenyataan
Kelmarin adalah kenangan, yang tak luput dari khilaf dan kesalahan
Ketika tangan tidak mampu berjabat
Kaki tidak dapat melangkah
Hanya hati yang mampu berbisik
Minal Aidil Wal Faizin
Mohon Maaf Zahir dan Batin

Di beningnya hati ada keruhnya prasangka
Di santunnya sapa ada celanya kata
Mohon Maaf Zahir dan Batin
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Untuk hati yang pernah terluka oleh tajamnya lidah
Untuk jiwa yang tersakiti oleh buruknya sikap dan perilaku
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Sahur kini hanya tinggal kenangan
Berganti takbir Aidilfitri menjelang
Aku datang hulurkan tangan
Memohon maaf semua kesalahan

Untuk lisan dan sikap yang tidak terjaga
Mohon dibukakan pintu maaf yang sebesar-besarnya
Sepuluh jari tersusun rapi
Membawa harum bunga melati
Niatku ini setulus hati
Memohon maaf di Aidilfitri

Inilah yang mampu untuk di copy paste kan setakat ini. Winking smile. Pilihlah yang mana satu nak guna untuk bertukar-tukar ucapan di hari raya nanti ya? Standby siap-siap copy dalam aplikasi note dalam telefon pintar masing-masing, selepas tu copy paste jer.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !