KIDDLE–Enjin Carian Visual Selamat Untuk Kanak-Kanak!

Farah Waheda Wahid
1
KIDDLE - ENJIN CARIAN VISUAL SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK!

Apabila anak-anak sudah pandai bermesra dengan enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN dan sebagainya – bukannya sepanjang masa 24/7 ibu bapa mempunyai ruang masa yang terluang untuk memantau apa yang dicari oleh anak-anak di laman enjin carian sebegini serta apa yang dilayari hasil daripada carian mereka di enjin carian Google, Yahoo, MSN dan sebagainya. Betul tak? Boleh… Ibu bapa boleh mengetahui segala maklumat yang Farah nyatakan melalui fungsi history di browser. Cumanya, ia ibarat sudah terjadi tak boleh buat apalah kan? Internet mempunyai pro dan kontranya kepada kanak-kanak. Boleh jadi positif, boleh jadi negatif. Ibu bapa sudah tentu tidak mahu internet memberikan pengaruh yang negatif ke atas anak-anak masing-masing. Dunia internet memudahkan segalanya di hujung jari tetapi dunia internet juga adalah berpotensi besar untuk memberikan pengaruh negatif yang berbahaya kepada anak-anak. Kini, memperkenalkan KIDDLE – Enjin Carian Visual Selamat Untuk Kanak-Kanak!

KIDDLE adalah merupakan enjin carian terkini yang dihasilkan oleh Google Safe Search khusus untuk kanak-kanak di mana ciri-ciri KIDDLE adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

Carian Selamat

Senarai hasil carian yang dipaparkan di KIDDLE adalah merupakan hasil carian yang menepati ciri-ciri seperti mesra keluarga, di mana setiap hasil carian yang dipaparkan adalah disaring terlebih dahulu supaya tidak mengandungi unsur-unsur lucah ataupun kandungan yang tidak bersesuaian dengan kanak-kanak. KIDDLE beroperasi melalui modus operandi yang tertera di bawah berikut:

KIDDLE - ENJIN CARIAN VISUAL SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK! 2
Hasil carian yang selamat yang dijana khas untuk kanak-kanak. Dipilih dan disaring oleh editor KIDDLE. Selalunya, hasil carian yang dipaparkan pada tangga 1 – 3.

KIDDLE - ENJIN CARIAN VISUAL SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK! 3
Selamat, laman web yang boleh dipercayai tetapi bukannya spesifik untuk kanak-kanak serta mempunyai unsur-unsur kandungan yang ringkas yang memudahkan kanak-kanak untuk faham. Dipilih serta disaring oleh editor KIDDLE. Hasil carian yang dipaparkan pada tangga 4 – 7.

KIDDLE - ENJIN CARIAN VISUAL SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK! 4
Selamat, laman web popular yang dihasilkan oleh orang dewasa yang mengandungi maklumat pakar tetapi sukar untuk difahami oleh kanak-kanak. Disaring oleh Google Safe Search. Selalunya, hasil carian yang dipaparkan pada tangga ke 8 dan seterusnya.

Memandangkan hasil carian KIDDLE adalah hasil carian yang dipilih serta disaring oleh editor KIDDLE dan juga disaring oleh oleh Google Safe Search, KIDDLE menjanjikan hasil carian yang mesra kanak-kanak, berunsurkan kanak-kanak serta bersesuaian dengan kanak-kanak tanpa sebarang unsur-unsur pornografi atau lucah. Di dalam sesetengah kes di enjin carian, terkadang perkataan-perkataan pornografi ataupun lucah boleh tersenarai di dalam hasil carian, akan tetapi melalui KIDDLE, robot akan menyekat pencarian sebegitu. Sekiranya ibu bapa ingin memohon penyekatan kata kunci tambahan, ibu bapa boleh menggunakan  keyword blocking form yang disediakan oleh pihak KIDDLE. Manakala sekiranya ibu bapa ingin memohon penyekatan laman web tambahan, ibu bapa boleh menggunakan site blocking form yang disediakan oleh pihak KIDDLE.

Thumbnail Yang Besar

KIDDLE - ENJIN CARIAN VISUAL SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK! 5

Hasil carian di KIDDLE adalah didatangkan dengan ciri-ciri ilustrasi thumbnail yang besar, di mana ia memudahkan hasil carian disaring, dibezakan antara satu sama lain dan klik pada hasil carian yang paling relevan. Thumnail berfungsi sebagai klu visual yang memudahkan kanak-kanak yang tidak dapat membaca sepantas orang dewasan.

Font Arial Yang Besar

KIDDLE - ENJIN CARIAN VISUAL SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK! 6
Font Arial yang besar memudahkan kanak-kanak untuk membaca.

Privasi

KIDDLE tidak memunggut sebarang maklumat identiti peribadi dan setiap log dipadamkan setiap 24 jam. Maklumat lanjut: Dasar Privasi KIDDLE.

Sekiranya anda membuka laman enjin carian KIDDLE, anda akan mendapati bahawasanya KIDDLE menggunakan URL KIDDLE.co dan bukannya KIDDLE.com. Kenapa? Ini adalah kerana .co itu bermaksud “children only” – fokus dan visi KIDDLE. KIDDLE adalah dijanakan oleh Google Safe Search tetapi tidak berkaitan dengan Google Inc.

Selepas ni, bolehlah ajar anak-anak untuk berkenalan dan bermesra dengan KIDDLE dan minta mereka menggunakan KIDDLE sekiranya mereka ingin mencari sesuatu di enjin carian di laman web. Smile.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !