Home » , , , , , , , , , , , , , » Kenali Penyakit KAWASAKI - KAWASAKI Disease Di Kalangan Anak-Anak

Kenali Penyakit KAWASAKI - KAWASAKI Disease Di Kalangan Anak-Anak

Kenali Penyakit KAWASAKI - KAWASAKI Disease Di Kalangan Anak-Anak
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google
Baru-baru ini di Singapura,  seorang pediatrik telah digantung kerja selama 3 bulan setelah didapati gagal mendiagnosis dan merawat seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dari penyakit yang berisiko meragut nyawa. Doktor yang berusia 56 tahun tersebut, telah membiarkan kanak-kanak yang terbabit menghidapi demam yang berpanjangan tanpa pemeriksaan lanjut untuk mengenalpasti sama ada kanak-kanak tersebut telah dijangkiti penyakit KAWASAKI ataupun tidak. Ibu bapa,  tolong kenali penyakit KAWASAKI - KAWASAKI disease di kalangan anak-anak.  Tidak ada kaitan langsung dengan kegilaan ke atas motosikal berjenama KAWASAKI! Baca dan faham!

Sumber berita: http://m.todayonline.com/singapore/paediatrician-suspended-3-months-failing-diagnose-child-life-threatening-disease

Apakah Penyakit KAWASAKI?

Menurut sumber carian Farah di WIKIPEDIA, Penyakit KAWASAKI, atau juga dikenali sebagai sindrom nod lymph, penyakit nod mucocutaneous, infantile polyarteritis dan sindrom KAWASAKI, adalah vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dinding salur darah, dan jantung. Ia tidak kelihatannya berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan. Ini diikuti oleh petanda yang berikut:

  • Demam.
  • Ruam.
  • Pembengkakan tangan dan kaki.
  • Kerengsaan dan kemerahan mata.
  • Kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong.
  • Pembengkakan nodus limfa di bahagian leher.

Kenali Penyakit KAWASAKI - KAWASAKI Disease Di Kalangan Anak-Anak 3
Kredit: Gambar dari sumber dari Google

Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul. Ia mula digambarkan pada tahun 1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di Jepun.

Faktor Dan Risiko Penyakit KAWASAKI

Setakat ini, kejadian tertinggi bagi penyakit Kawasaki berlaku di Jepun (175 setiap 100,000), sungguhpun terdapat peningkatan kes di Amerika Syarikat. Hampir kesemua kes penyakit KAWASAKI melibatkan kanak-kanak, dengan 80% pesakit berusia bawah 5 tahun. Kekerapan kaum lelaki memperolehi penyakit ini adalan dua kali ganda kaum perempuan, walaupun penyebabnya masih belum diketahui.
Sekitar 2,000-4,000 kes dikenalpasti di Amerika Syarikat setiap tahun. Di Amerika Syarikat, penyakit ini telah dilaporkan di kalangan semua golongan suku dan bangsa tetapi berlaku paling kerap di kalangan kanak-kanak berlatar belakang Asia-Amerika. Penyakit KAWASAKI bukanlah sejenis penyakit yang jarang dan bilangan tepat kes yang berlaku di Amerika Syarikat masih belum diketahui. Walau bagaimanapun, adalah dianggarkan bahawa penyakit ini menyerang 10 di dalam setiap 100,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Penyakit ini boleh berlaku di dalam kelompok atau cetusan setempat – biasanya pada musim sejuk dan musim bunga.


Punca Penyakit KAWASAKI

Punca penyebab penyakit KAWASAKI masih belum dapat dikenalpasti, tetapi teori semasa memusat kepada punca sistem imunisasi sebagai punca penyakit. Semakin banyak bukti menujukkan kepada etiologi berjangkit, tetapi perdebatan berterusan samaada puncanya disebabkan oleh bahan antigen biasa atau superantigen. Menurut laman maklumat Hospital Kanak-kanak Boston / sekolah Perubatan Harvard berkenaan penyakit, "Sesetengah kajian menunjukkan kaitan antara berlakunya kaitan antara penyakit KAWASAKI dan pendedahan baru kepada pencucian permaidani atau tempat tinggal berhampiran air bertakung; bagaimanapun, punca dan kesan belum dapat dikaitkan.

Kaitan telah dikenal pasti dengan SNP dalam gen ITPKC, yang mengkod enzim yang kawalan negatif pengaktifan Sel-T. Faktor tambahan yang mencadangkan kecenderungan gen adalah faktor di mana mereka berada, kanak-kanak Jepun lebih cenderung berbanding kanak-kanak lain untuk mengidap penyakit tersebut. Serotaip HLA-B51 didapati berkait dengan keadaan  endemik penyakit ini.

Kenali Penyakit KAWASAKI - KAWASAKI Disease Di Kalangan Anak-Anak 2
Kredit: Gambar dari sumber dari Google

Simptom Penyakit KAWASAKI

Penyakit KAWASAKI sering kali bermula dengan demam berpanjangan yang tidak bertindak balas kepada dos normal paracetamol (acetaminophen) atau ibuprofen. Demam mungkin berkekalan selama sehingga dua minggu dan biasanya diiringi dengan keresahan. Demamnya menyerang dengan cepat pada permulaan dan seterusnya naik turun dari demam sederhana (101 ke 104 F) ke demam tinggi (lebih dari 104 F). Noda limpa pada bahagian leher mungkin bengkak. Kanak-kanak yang dijangkiti mempunyai mata merah (konjunktivitis), selaput lendir merah pada mulut, bibir merkah merah, Lidah kanak-kanak mungkin merah dan menunjukkan benjol-benjol yang kecil (papillae) "lidah strawberi", iritis, peluh keratik (keratic precipitates) (dikesan oleh ophthalmologist tetapi biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan menggunakan mata kasar), dan bengkak nod lymph. Ruam kulit berlaku awal serangan penyakit, dan kulit berkeruping pada kawasan alat sulit, tangan, dan kaki (terutamanya sekitar kuku dan tapak tangan dan kaki) mungkin berlaku pada fasa berikutnya. Sesetengah simptom sebegini mungkin tenggelam timbul sepanjang tempoh sakit. Kanak-kanak biasanya menghadapi kesukaran berasa selesa dan sentiasa resah. Jika dibiarkan tanpa rawatan, simptom mungkin akhirnya surut, tetapi coronary artery aneurysms tidak bertambah baik, menyebabkan peningkatan risiko kematian atau kecacatan akibat serangan jantung myocardial infarction.

Apabila demam telah reda, ruam, kemerahan mata dan noda limpa yang bengkak selalunya hilang. Kulit akan mula mengupas di bahagian kuku kaki dan kuku tangan, selalunya bermula semasa minggu ketiga penyakit ini. Kulit pada tangan dan kaki mungkin mengupas dalam cebisan-cebisan besar ataupun dalam satu cebisan sahaja (seperti seekor ular menggugurkan kulitnya). Lutut, paha, dan pergelangan kaki boleh bertambah radang dan sakit.

Kadang-kala, sakit sendi dan keradangan masih beterusan walaupun gejala yang lain telah hilang. Garisan melintang yang mendalam di kuku bahagian tangan dan kaki, yang wujud semasa penyakit ini, mungkin masih kelihatan selepas beberapa bulan sehinggalah kuku bertumbuh semakin panjang. Jika cepat dirawat, risiko ini kebanyakannya boleh dielakkan dan tempoh sakit dikurangkan.

Rawatan Bagi Penyakit KAWASAKI

Menurut sumber yang Farah peroleh dari pautan di SINI, rawatan utama untuk penyakit Kawasaki adalah menggunakan immunoglobulin yang diberi secara intravena iaitu melalui titisan ke dalam nadi. Dengan immunoglobulin, ia dapat mengurangkan radang pada jantung dan menghalang kerosakan arteri koronari jika ia diberi dalam tempoh 10 hari pertama menghidap penyakit ini. Selain itu, penggunaan aspirin dapat mengurangkan kadar keradangan pada jantung dan diberi bersama immunoglobulin pada peringkat paling genting penyakit sehingga demam reda.

Kebanyakan kanak-kanak akan sembuh dan kembali seperti sediakala selepas dua hingga tiga minggu mendapat rawatan di hospital. Namun, kira-kira 30 hingga 50 peratus pesakit kanak-kanak akan mula mendapat komplikasi akibat penyakit ini seperti aneurisma arteri koronari iaitu pembesaran arteri, jangkitan pada otot jantung atau myokarditis, injap jantung rosak dan kegagalan jantung berfungsi.

Macam tulah ceritanya mengenai penyakit KAWASAKI – KAWASAKI disease. Sebagai ibu bapa, sebaik-baiknya kita tidak berlengah untuk berjumpa pakar perubatan apabila melihat tanda-tanda penyakit KAWASAKI pada anak-anak. Malah, sebenarnya jika penyakit ini cepat dikesan, pesakit boleh pulih sepenuhnya di dalam masa beberapa hari sepertimana yang Farah baca dari beberapa artikel yang berkenaan.

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kenali Penyakit KAWASAKI - KAWASAKI Disease Di Kalangan Anak-Anak, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, June 30, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia