Jangan Ambil Ringan DIARRHOEA Di Bulan Ramadhan!

Farah Waheda Wahid
2
Jangan Ambil Ringan DIARRHOEA Di Bulan Ramadhan!

Perghhh – Jumaat, Sabtu, Ahad – 3 hari tak tidur malam, 3 hari keluar masuk tandas tak berhenti. Yang paling annoying bila kau dalam tandas, kau tak rasa sakit perut memulas-mulas, bila kau keluar jer, baru jer nak duduk, masa tu mulalah rasa memulas-mulas sakit perut sampai berpeluh-peluh kau dibuatnya. Crying face Allahu… sengsara wei, sengsara! Tak pernah-pernah dihinggapi DIARRHOEA di bulan Ramadhan, inilah kali pertama terkena DIARRHOEA di bulan Ramadhan. Sad smile. Lemah longlai dan lesu dibuatnya. Apa jer tak dilakukan untuk melegakan serta meredakan DIARRHOEA yang melanda? Name it! Ubat sakit perut, ubat cirit-birit, charcoal pills (leftover from previous visit to clinic), air 100 Plus, air teh pekat, pil Chi Kit Teck Aun… Semua ok? Semua! Namun tanda-tanda nak reda tu belum ada lagi… Stress! Ha ha ha… Bukan nak bercerita tentang kisah Farah keluar masuk tandas dan beri deskripsi terperinci tentang bowel or what so not…Cumanya nak beritahu ni… Jangan ambil ringan DIARRHOEA di bulan Ramadhan!

Sungguh, sebabnya memanglah dah jadi satu perkara yang biasa bila ada yang terkena penyakit cirit-birit di bulan Ramadhan. Sekali, dua kali sakit perut selepas berbuka puasa boleh berlaku apabila kita makan terlalu banyak dan pelbagai serta bercampur manis dan pedas. Perut dah kosong sepanjang 14 jam berpuasa, tiba-tiba kau sumbat itu ini sampai bersandar bagaikan dilanda tsunami. Mana tak terkejut dan bergelodak perut kan? Open-mouthed smile. Perut tu nak adjust dengan bulan Ramadhan memanglah ambil masa. Perut terkejut kata kau! Cumanya, kalau-kalau perut tu terasa sakit, diikuti dengan muntah berpanjangan hingga tubuh menjadi longlai serta lesu, jangan buat tak tau lagi ek? Itu dah menunjukkan tanda-tanada yang anda mengalami keracunan makanan tercemar bakteria. Farah pernah terbaca tentang satu fakta oleh pakar pemakanan, Mary Easaw John – kesan keracunan makanan boleh dirasai selepas 3 hingga 24 jam dan boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit.

Dalam kes Farah, Farah cuma sakit perut memulas-mulas sehingga berpeluh dibuatnya dan juga ulang-alik ke tandas. Syukur tak muntah-muntah uolsss. Seisi rumah yang lain tak ada masalah pun sepertimana Farah. Farah sorang jer… Farah sorang jer… Aduhhh… Crying face Stress… Walhal semua makan-makanan yang sama. Tak ada beza pun. Orang tu makan ni, orang ni makan tu. Hmmm… Eye rolling smile ini mungkin berkaitan dengan masalah penghadaman ni. Menurut perkongsian Presiden Persatuan Gastroenterologi Malaysia, Datuk Dr. Muhammad Radzi melalui artikel di pautan INI.

Apabila seseorang itu berpuasa, lemak dan karbohidrat yang tersimpan di dalam tubuhnya akan digunakan sebagai satu sumber tenaga. Pada masa yang sama, kadar metabolik asas kita akan menjadi lebih perlahan bagi menjimatkan sebanyak tenaga yang boleh semasa berpuasa. Suhu tubuh dan paras gula kita juga akan menurun semasa berpuasa. Puasa boleh memanfaatkan tubuh kita jika dilakukan dengan betul. Sebenarnya, ia adalah baik untuk sistem penghadaman kerana akan “merehatkan” dan menjadikannya lebih efektif. Kajian saintifik juga telah mencadangkan bahawa pergerakan periastaltik usus akan menjadi lebih kuat dalam tempoh ini. Dalam pada masa yang sama, detoksifikasi sistem penghadaman juga akan berlaku semasa berpuasa.

Masalah Penghadaman Lazim

Pilihan makanan yang tidak sihat, makan secara berlebihan, makan dengan gelojoh dan tabiat makan lain yang tidak sihat semasa berbuka puasa merupakan punca lazim timbulnya isu penghadaman di bulan Ramadhan. Peningkatan keasidan gastrik yang dirasai semasa berpuasa dimanifestasikan sebagai sensasi panas terbakar di dalam perut, rasa berat perut dan rasa masam dalam mulut.

Kebanyakan masalah kesihatan semasa musim berpuasa berkemungkinan berpunca daripada pengambilan diet yang tidak sihat atau akibat daripada terlebih makan dan kurang tidur. Tiga masalah yang sering berlaku yang melibatkan masalah penghadaman ialah refluks (angin), sembelit dan muntah serta cirit-birit disebabkan oleh keracunan makanan.

Refluks

Refluks, angin atau dyspepsia merupakan keadaan di mana pesakit akan mengadu sakit perut, kembung dan pedih ulu hati, loya, muntah dan rasa kurang selesa. Ini berlaku apabila asid daripada perut telah naik ke atas saluran bawah esofagus. Masalah ini kerap berlaku terutama sekali selepas makan dalam kuantiti yang banyak.

Sembelit

Semasa bulan puasa, keadaan ini berlaku kerap dalam bulan puasa kerana faktor kekurangan air dan tidak mengambil makanan secara seimbang. Apa yang sering berlaku adalah kebanyakan dari kita mengambil banyak makanan dengan karbohidrat tinggi tanpa mengutamakan makanan yang mengandungi serat seperti bijirin, buah dan sayur-sayuran.

Gastroenteritis Akut (Muntah dan Cirit-birit).
Ini sering berlaku di waktu bulan Ramadan kerana kebanyakan kita sering membeli makanan daripada luar. Disebabkan sesetengah gerai kurang mengutamakan kebersihan dan mutu makanan, maka ini boleh membawa kepada keracunan makanan dan menyebabkan gejala muntah dan cirit birit. Kebersihan dan penjagaan pemakanan dengan sebaiknya adalah sebahagian dari ajaran Islam, terutamanya semasa berpuasa.

Pencegahan

Refluks

Kebanyakan pesakit akan bertambah baik apabila berpuasa kerana kandungan asid dan simptom (gejala) akan berkurangan. Bagi pesakit yang masih dalam rawatan, dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan ubat manakala yang mengalami sakit yang berterusan dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Cara pencegahan adalah mengelak makan yang berlebihan, makanan berlemak dan berhenti daripada merokok. Bulan Ramadan adalah peluang keemasan untuk seseorang berhenti merokok dan mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

Sembelit

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang, secara amnya, mengamalkan pemakanan yang sihat seperti mineral dan vitamin (buah dan sayur-sayuran), serat, bijirin dan pengambilan air sebanyak lima hingga lapan gelas sehari, iaitu pada waktu berbuka dan juga sewaktu bersahur.

Gastroenteritis Akut (Muntah dan Cirit-birit)

Bagi mengelak masalah ini, kita digalakkan untuk menyediakan makanan di rumah dan menjaga tahap kebersihan. Bagi yang ingin membeli, amatlah digalakkan untuk mengutamakan kebersihan persekitaran makanan tersebut dijual.

Dalam hati memang dah nekad dah, by Sunday evening kalau tak reda juga, memang terus ke klinik. Bukan apa, kenyataannya cirit-birit yang teruk boleh mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian. Ini informasi tambahan yang Farah dapati dari sumber di SINI.

Punca Cirit-Birit

  • Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
  • Meminum air tercemar.
  • Memakan makanan tidak dibersihkan dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
  • Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria, Campylobacter, Salmonella, Shigella, danEscherichia coli (E.coli).
  • Jangkitan virus (kuman). Terdapat pelbagai jenis kuman penyebab diarrhea, termasuklah rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus, dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak.
  • Parasit. Parasit juga dapat memasuki tubuh daripada makanan atau minuman tercemar dan parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam sistem pencernaan manusia. Contoh parasit penyebab diarrhea termasuklah Giardia lamblia, Entamoeba histolytica, dan Crypotosporidium.
  • Penyakit usus. Luka atau kesan melecet di antara dinding usus juga dapat menggalakan jangkitan kuman dan menyebabkan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative colitis, penyakit Crohn's dan penyakit celiac acap kali menjadi penyebab cirit-birit.
  • Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti.
  • Tidak balas terhadap ubat-ubatan, Antibiotik, ubat antikanser, antasid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan diarrhea.
  • Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.

S.I.M.P.T.O.M

  • Ketidaknormalan kerap berlaku dalam penggerakan usus.
  • Kehilangan banyak air dan najis yang tidak dicerna sepenuhnya.
  • Terasa kejang di bahagian perut, sakit menyengat di bahagian hulu hati (perasaan libang libu).
  • Flatulence (kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli daripada usus yang lebih busuk daripada kebiasan, dan kerap).
  • Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
  • Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah atau mengalami kemuntahan.

Cukuplah sekali pengalaman ni weiii… Serik dan kalau boleh janganlah berlaku lagi… Ha ha ha… Mak tak sanggup nakkk! Dengan si anak bujang lagi yang terkena chicken pox! Faham-faham jerlah kan? Dia ok… Jumping-jumping macam biasa jer…Cumanya… Dia tak boleh renggang dengan Farah… Dan banyak perintah…Nak itu nak ini… Saja kongsi… mana tau kot-kot nanti ada yang terkena juga…Bukan doakan… Tapi nak kalau boleh, anda dapatkan medication atau rawatan untuk redakan dengan cepat… supaya tak melarat menjadi sesuatu yang lebih serius… Hu hu hu… Dah rasa dah weiii…. Tak mo! Tak mo! Tak mo lagi! Open-mouthed smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Dah kena dah on ramadhan 7..Mujur x teruk sgt....huhu

    ReplyDelete
  2. Masa puasa la yang paling mencabar sekali

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !