Hari Raya 2017

Farah Waheda Wahid
5
HARI RAYA 2017 (1)

Salam 5 Syawal 1438H! Smile… Masih bercuti panjang? ataupun sudah kembali memulakan rutin harian seperti biasa? Farah, masih lagi bercuti panjang selama seminggu bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Sajalah ambil cuti lama sedikit tahun 2017 ini. Selama kini tak pernah pun nak bercuti panjang macam ni. Paling-paling koman pun setakat habis cuti umum bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Selepas itu, Farah akan memulakan tugasan di pejabat seperti biasa walaupun suasana sekeliling masih di dalam mood perayaan dan semua orang masih lagi bercuti. Sesekali nak juga berehat puas-puas ya tak? Sesekali nak juga betul-betul melepaskan penat lelah dan lupakan seketika hal-hal pejabat. Winking smile. Sesekali ya? Bukan selalu. Oh ya, bukan nak bercerita tentang cuti raya Farah tetapi nak tapau cerita Hari Raya 2017 kami!

Begini… Sebenarnya tidaklah segempak mana pun Hari Raya 2017 kami sekeluarga. Apa yang Farah boleh ceritakan adalah, secara jujurnya, Hari Raya 2017 keluarga kami adalah di dalam keadaan yang sangat-sangat minimal dan sederhana. Iya…Memang sangat-sangat sederhana. Sedari Ramadhan sehinggalah ke ambang Aidilfitri, sehinggalah ke 1 Syawal 1438H, segalanya sememangnya benar-benar sederhana dan biasa-biasa sahaja. Ok, sambil menaip sambil fikir bagaimana nak susun struktur ayat entri Hari Raya 2017 ni sebenarnya. Muahahaha… Open-mouthed smile. Sebab Hari Raya 2017 kami tak ada yang menarik pun. Itu yang jadi pusing kepala memikir bagaimana nak menjadikan penceritaan Hari Raya 2017 kami ni menarik. Ekekeke…. Smile.

Rasanya elok kalau kita mulakan dengan ambang Aidilfitri dulu kan? Winking smile

Ambang Aidilfitri 2017

Sehari sebelum sambutan Aidilfitri, merata Farah mencari petai! Memang jadi isu betul petai untuk persiapan perayaan Aidilfitri Farah pada tahun 2017 ni ha…. Muahahaha… Open-mouthed smile. Mana taknya? Dua hari beturut-turut mencari petai ke sana ke mari namun hampa! Susah betul nak cari petai ok? Pergi sana tak jumpa, pergi sini tak jumpa. Hu hu hu… Tapi gigih juga mencari sebab tekak Farah ni teringin sangat nak makan masak lodeh. Terbayang-bayang kelazatan masak lodeh tu, mengalahkan orang mengidam pula. Ha ha ha… Open-mouthed smile.

Pencarian Farah berakhir di Pasar Tani Sg. Buloh! Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga petai. Tapi tulah… Mahal betul oiii! 3 papan petai, bersamaan RM 10.00 harganya. Nak tak nak, disebabkan nak sangat makan masak lodeh, pejamkan mata jer membeli. Nak buat macam mana kan? Tak beli nak masak, tak beli tapi perlu beli. Makanya, beli jer lah walaupun harga tu gila melampau jika nak dibandingkan dengan kuantiti petai yang ada pada 3 papan tu.

Bukan setakat petai yang mahal. Udang kering pun mahal ok? Surprised smile. Sepaket kecil harganya boleh cecah sehingga RM 4.20. Isinya…Alahaiii, adalah secoet.

HARI RAYA 2017 (2)

Syukurlah jumpa semua bahan-bahan masakan yang diperlukan. Dengan gembiranya, gigihlah menyediakan menu yang mana tekak tu teringin sangat nak makan. Syukur Alhamdulillah… Menjadi juga masak lodeh air tangan Farah.

HARI RAYA 2017 (5)

Tak masak banyak pun. Masak sekadar untuk cukup-cukup makan kami sekeluarga. Tak sempat tunggu esok pagi. Tak sempat tunggu pagi raya. Malam raya dah sibuk kerjakan masak lodeh dengan ketupat. Memang lepas gian dan memang ohsem! Open-mouthed smile. Itu maknanya memang dah teringin sangat lah tu. Menu raya 2017, tak ada rendang ayam mahupun rendang daging. Tahun 2017 ni memang jujur diakui Farah mahupun nenek Firash sangat-sangat tak ada seru untuk merendang walaupun orang lain sibuk merendang. He he he… Mungkin selera kami pada tahun ini tak terbuka kepada rendang agaknya?

HARI RAYA 2017 (3)

Sebagai tambahan, Farah gigihlah juga menyediakan keinginan tekak sendiri sempena Syawal kali ini iaitu kek lapis jem. Lama sangat dah teringin nak makan kek lapis jem. Lama sangat dah tak merasa kek lapis jem air tangan nenek Firash. Nenek Firash dah tak larat lagi nak membancuh dan membakar kek lapis jem. Jadi, sebab nak penuhi keinginan tekak sendiri, Farah bancuhlah adunan kek lapis jem sendiri. Sewaktu bancuh tu, dalam hati tak berhenti berkata-kata yang moga-moga samalah rasanya seperti rasa kek lapis jem hasil air tangan nenek Firash. Moga-moga kualitinya setanding kek lapis jem air tangan nenek Firash. Hasilnya?

HARI RAYA 2017 (4)

Alhamdulillah… Menjadi! Walaupun tidak 100% tipikal sama dengan air tangan nenek Firash tetapi rasa itu masih ada. Winking smile Kira-kira luluslah bagi tekak Farah yang membezakan rasa di antara kedua-dua air tangan kami. He he he… Tapi kalau dapat kek lapis jem air tangan nenek Firash lagi ohsem kot? Winking smile.

1 Syawal 1438H

Tibalah masanya 1 Syawal 1438H – Hari Raya Aidilfitri yang pertama di tahun 2017. Pagi raya, tidak banyak yang dilakukan, sekadar sesi bersalaman ringkas dengan nenek dan atuk Firash memohon ampun maaf di atas segala khilaf. Suami? Suami dah awal-awal dah mohon ampun maaf di malam raya. Tentulah suami dulu. Tidak ketinggalan Iman Firash. Ajar dia untuk salam dan mohon maaf dari nenek dan atuk juga. Biar dia tahu, itu yang patut dilakukan pada pagi raya. Biar dia belajar dari kecil. Kemudiannya bersarapan dengan ketupat dan kuah kacang sambil-sambil menonton televisyen sementara menunggu What’s App dari Babah Firash.

Bila dah terima What’s App dari Babah Firash, barulah siapkan Iman Firash dan kemudiannya barulah Farah bersiap-sedia untuk keluar beraya bersama-sama Babah Firash. Sebelum bergerak untuk berjumpa Babah Firash di rumah kakak angkat Farah, seperti biasa, tradisi selfie raya mak dan anak tetap diteruskan.

HARI RAYA 2017 (7)

Tadaaa…. selfie Hari Raya 2017 dengan tema mak ko hijo – Emerald Green pada tahun 2017 ini. Memang dah lama bercita-cita nak bertemakan warna Emerald Green ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Tapi tak pernah kesampaian sebab selalunya warna Emerald Green ni laku keras. Susah benar nak cari warna Emerald Green untuk si pemakai baju siap dan bukan baju tempah seperti Farah. Selalunya usaha nak dapatkan warna Emerald Green akan gagal disebabkan kehabisan stok. Syukurlah, tahun ni, awal-awal survey dan awal-awal dapatkan baju dengan warna tema yang telah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa tertinggi keluarga kami iaitu Babah Firash. Baju Firash sepertimana yang anda ketahui adalah dari POKOKS EXCLUSIVE KIDSWEAR dan baju Farah adalah tajaan Babah Firash. Syukur Alhamdulillah untuk rezeki Syawal pada tahun ini.

HARI RAYA 2017 (8)

HARI RAYA 2017 (10)

Sekeping mana nak cukup! Mestilah berkeping-keping gambar selfie kami berdua beranak. Mak dengan anak sama naik! Ha ha ha… Open-mouthed smile. Destinasi pertama adalah ke rumah kakak angkat Farah di Alam Budiman. Tapi langkah kiri… Sebab kakak angkat Farah berjalan raya ke rumah kakak beliau di Shah Alam. Makanya… Stranded seketika di hadapan rumah kakak angkat Farah sementara Babah Firash berfikir destinasi yang seterusnya. Setelah berfikir untuk beberapa ketika makanya destinasi kedua adalah diputuskan untuk berjalan raya ke sekitar kawasan Paya Jaras, Merbau Sempak dan juga Kg. Kubu Gajah di Sungai Buloh yang boleh dikatakan kampung Babah Firash di mana, sanak-saudara serta sepupu-sepapat Babah Firash tinggal.

HARI RAYA 2017 (11)

Macam nilah anak-anak zaman sekarang beraya ya tak? Ihiksss… Sibuk dengan telefon ataupun gajet. Ikutkan memang nak simpan dan tak bagi dia pegang gajet. Entah bila masa dia masukkan telefon nenek dia dalam beg tangan mak dia, mak dia pun tak perasan noksss…. Hu hu hu… Disebabkan nak suruh duduk setempat dan tak merayap ke sana sini. Nak tak nak, bagilah kelonggaran untuk Firash pegang gajet. Makan kuih raya ke? Makan ketupat ke? Memang dia tak heran langsung! Iyalah Iman Firash kan bukan pemakan orangnya, picky eater dan tak makan semua makanan tu… Air tu mungkinlah dia minum. Tapi makan tu memang taklah. Sangat-sangat susah nak tengok dia makan, kecuali makanan-makanan yang menjadi makanan ruji dia. Winking smile.

HARI RAYA 2017 (9)

Seronok Iman Firash dapat berjalan raya. Macam nilah gaya lebaran Iman Firash di tahun 2017. Hu hu hu… Nampak macam dah bujang sangat dah anak manja Mommy ni ha! Bukan mainlah lagi dia seronok beraya. Alhamdulillah…seronok dia beraya nampak-nampak gayanya. Bila dia seronok mak dia pun tumpang seronok untuk dia. Yang penting dia. Yang penting adalah untuk dia beraya. Mommy dia belakang kira pun tak apa. Bila lihat anak seronok, kita pun seronok kan?

HARI RAYA 2017 (12)

Hijau mata memandang. He he he… Winking smile… Inilah kami bila dihimpun-himpunkan. 8 orang kesemuanya. Buat masa dan ketika ini. Semuanya hijau! Bukannya selalu dapat bergambar macam ni oiii… Setahun sekali atau sesekali jer… Berjalan raya dan makan sakan. Habislah jarum penimbang tu makin naik. Jenuh dok turunkan kilogram sebelum raya. Ini kalau tak betul-betul kawal ni…mau mengembang dengan jayanya. Lagilah macam Farah ni kan? Cepat jer mengembangnya. Haishhh!

HARI RAYA 2017 (6)

HARI RAYA 2017 (15)

Sesampainya di rumah yang ketiga kami beraya, Iman Firash dah surrender. Mata dah mula kuyu. Tanpa segan silu dia selamba jer baring atas permaidani rumah orang. Hu hu hu… Ini kalau betul-betul layan dan tepuk ni, mau lelap ni budak kecik ni. Smile with tongue out. Selepas rumah ketiga ni lah kami akhirnya mengakhiri sesi beraya di hari pertama beraya. Tapi sebelum balik ke destinasi masing-masing, tentulah teruskan tradisi selfie dalam kereta di hari raya kami sekeluarga.

HARI RAYA 2017 (13)

HARI RAYA 2017 (14)

Inilah gambar raya keluarga kecil kami di tahun 2017 ni! Nampak tak? Budak kecik tu dah mula buat perangai? Dah letih tu! Macam tulah pengisian hari raya kami untuk tahun 2017 ni. Hari raya pertama jer berjalan sakan macam ni. Hari raya kedua, kami duduk diam-diam di rumah dan tidak ke mana-mana. Duduk berehat. Itu kira habis dah tu jalan raya kami tu. Tunggu nanti bila kawan-kawan dah balik dari kampung. Masa tu, baru fikir nak ke mana dan ke mana. Dan masa tu nanti kalau ada jemputan In Shaa Allah kami akan menyusul untuk menghadiri.

Macam tulah cerita kami pada hari raya di tahun 2017. Memang sangat ringkas dan sederhana. Oh ya, sebelum tutup kisah Hari Raya 2017 kami, Farah ingin mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan permohonan seribu ampun dan maaf andai kata sekiranya selama ini Farah ada menyinggung mana-mana perasaan, terkasar bahasa, tergurau berlebihan had, ada menyakiti hati sesiapa serta membuatkan anda kurang senang atau selesa dengan Farah.

PURIFY OUR HEARTS WITH THE REMEMBERANCE
ENLIGHTENED OUR SOUL WITH LOVE
THROUGH THE DAY WITH A SMILE
SET STEP WITH GRATITUDE



PURIFY OUR HEART WITH AN APOLOGY
WELCOME SYAWAL, GOODBYE RAMADHAN



MINNA WA MINKUM TAQOBBALLAHU
MINAL AIDIN WAL FAIDZIN
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1438H, MAAF DI ATAS DOSA & KHILAF"!

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !