ezbuy Malaysia! Platform Membeli-Belah Yang Menjadi Pilihan Utama Mommy Firash!

Farah Waheda Wahid
1
ezbuy Malaysia! Platform Membeli-Belah Yang Menjadi Pilihan Utama Mommy Firash! 2

Kalau nak ikut-ikutkan, terdapat banyak lambakan laman web jualan atas talian di Malaysia ni ha. Betul tak? Tinggal nak pilih yang mana satu jer yang anda suka. Setiap individu ada citarasa dan pilihan masing-masing untuk menyukai atau memilih laman web jualan atas talian yang mereka sukai dan mereka rasakan reliable serta berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan. Farah pun! Farah juga ada laman web jualan atas talian yang Farah sukai dari dulu hingga kini! Jika anda masih ingat... Farah pernah berkongsi tentang syurga barangan Taobao di ezbuy Malaysia ataupun dikenali sebagai ezbuy.my di entri yang bertajuk Nak Membeli-Belah Dari TAOBAO? Mudah Jerrr... ezbuy.my Kan Ada?

Kali ini, Farah kembali untuk berkongsi dengan anda tentang ezbuy.my yang kini sedang menganjurkan 65eday.Global Super Sales yang mana 65eday.Global Super Sales ini adalah bermula daripada 31 Mei 2017 sehingga 5 June 2017.

ezbuy Malaysia! Platform Membeli-Belah Yang Menjadi Pilihan Utama Mommy Firash! 3

Terdapat banyak tawaran hebat dan menarik yang ditawarkan sepanjang 65eday.Global Super Sales ini. Dari HOT DEALS sehingga ke GREAT SAVINGS sehingga ke FASHION STREET dan juga ke FRIENDS DEAL. Sebagai pemborong setia di ezbuy.my, Farah sememangnya menanti-nantikan saat ini dan tidak sabar untuk mencuci mata kemudian memborong apa yang patut di ezbuy.my. Lagipun, Hari Raya sudah semakin hampir...Memang elok sangatlah dan tepat pada masanya ezbuy.my melancarkan 65eday. Global Super Sales. Pucuk dicita ulam mendatang kata kau! Kannn?

Di ezbuy.my anda boleh berbelanja daripada vendor dari Malaysia, China, USA dan juga Taiwan yang mana sepanjang berlangsungnya 65eday.Global Super Sales ini, diskaun yang ditawarkan adalah mencecah sehingga 90% diskaun ke atas 20 juta produk jualan termasuk fesyen istimewa, keperluan gaya hidup dan juga produk dari penjual terbaik ezbuy.my.

Yang menarik lagi, tawaran kilat eksklusif dengan diskaun hebat berubah-ubah dari 31 Mei 2017 sehingga 12.00 tengah hari, 5 June 2017. Setiap tawaran seperti FRIENDS DEAL, SHARE & SHOP WITH LOVE ONES dan juga HARGA BORONG ke atas 300 produk di ezbuy.my adalah dikemaskini pada setiap hari. Farah ulangi, setiap hari ya? Jadi tak timbul isu produk dah basi. Secara peribadi Farah berpendapat yang tawaran-tawaran hebat ini adalah sangat-sangat hebat serta menakjubkan untuk semua orang. Terutama bila zaman ekonomi yang dikatakan serba mahal ni kan? Sungguh... kalau nak berbelanja secara bijak dan dapatkan barangan yang berkualiti dengan harga yang lebih murah...anda sangat disarankan untuk berbelanja barangan keperluan di ezbuy.my. Memang tak rugi dan sangat-sangat-sangat berbaloi.

Antara jenama-jenama hebat di pasaran yang menawarkan diskaun hebat di ezbuy.my adalah seperti yang tertera di bawah:

· Sony
· Tefal
· Canon
· Casio
· Daniel Wellington
· Omron
· Western Digital
· Samsung
· Viewsonic
· Pineng
· Sonicgear
· Casio
· Olivia Burton
· Kellogs
· Lifebuoy
· Dettol
· Johnson Baby
· Kinohimitsu
· Brands
· Durex
· Scholl
· Avent

Bagaimana? Tertarik dan menarik tak? Memang bom kebabom kan?

ezbuy Malaysia! Platform Membeli-Belah Yang Menjadi Pilihan Utama Mommy Firash! 4

Farah pernah ceritakan dulu, di dalam entri yang terdahulu tentang ezbuy.my... Di ezbuy.my, mereka ada menawarkan pakej PRIME. Bagi yang tak tahu, sukalah kiranya Farah nak ceritakan semula mengenai pakej PRIME di ezbuy.my.

Apa yang menarik mengenai pakej PRIME ini? Untuk pengetahuan anda, pakej PRIME di bawah ezBuy.my adalah dimana, segala barangan yang anda beli di ezBuy.my, tidak kira berapakah beratnya parcel anda... ataupun sebesar manakah saiz parcel anda...Anda mempunyai satu kelebihan dengan HANYA CUMA MEMBAYAR SEBANYAK RM 8.80 untuk KOS PENGHANTARAN dan TIDAK LEBIH DARI ITU. Senang cerita, ala-ala macam flat-pricing for shipping lah... Sangat berbaloi ni... Sebab kebiasaannya kalau kita beli barangan dari luar negara...Kita perlu bayar kos tambahan yang agak tinggi di dalam urusan penghantaran yang mana akhirnya ianya menjadikan pembelian kita tidak berbaloi sebab harganya akan menjadi lebih berganda-ganda dari harga barangan... Contohnya....

ezbuy Malaysia! Platform Membeli-Belah Yang Menjadi Pilihan Utama Mommy Firash! 5

Lihatlah sendiri kiraan matematik yang telah diringkaskan untuk anda.... Banyak perbezaannya dan banyak kos yang boleh dijimatkan kan? Berbaloi-baloi tak???

ezbuy Malaysia! Platform Membeli-Belah Yang Menjadi Pilihan Utama Mommy Firash! 6

Pada Farah ianya sangat menguntungkan! Rugilah kalau anda tidak ambil peluang ini untuk membeli-belah di ezBuy.my... Tempat lain tak dapat tawaran sebaik ini...

ezbuy Malaysia! Platform Membeli-Belah Yang Menjadi Pilihan Utama Mommy Firash! 7

Jika anda ingin merasai terlebih dahulu pengalaman selama 5 hari percubaan pakej PRIME oleh ezBuy.my...Anda boleh menyertai pakej PRIME ini hanya dengan RM 18.80 sahaja ataupun jika anda selalu atau kerap membeli-belah sepanjangan tahun, mungkin anda boleh sahaja terus mendapatkan langganan pakej PRIME selama setahun yang bernilai RM 188.00. Bagi Farah lah kannn? Bila mendaftar atau melanggan pakej PRIME ni memang semakin galaklah nampaknya Farah membeli-belah di ezBuy.my. He he he... Sebab rugilah pula kalau tak guna kan? Dahlah harga barangan murah...Selepas tu  pula kos penghantaran statik jer RM8.80 untuk setiap pembelian. Terbaik!

Ini bahagian yang paling penting untuk semua pembaca Bubblynotes.Com! Rugi kalau tidak ambil tahu dan rugi kalau tak rebut peluang atau tawaran ini...Khas untuk anda jer tau! Hanya kepada para pembaca Bubblynotes.Com...

Hadiah dari Farah untuk anda semua sebagai pembaca Bubblynotes.Com...

MUAT TURUN APLIKASI ezbuy.my (ANDROID / IOS) dan sila scan Kod QR yang disediakan di bawah untuk mendapatkan baucar percuma sebanyak RM 15.00.


ezbuy Malaysia! Platform Membeli-Belah Yang Menjadi Pilihan Utama Mommy Firash!

Andai katalah anda mempunyai masalah untuk scan kod QR yang dipaparkan di dalam gambar yang Farah lampirkan di atas, anda boleh mendaftar secara manual dengan menggunakan pautan yang disediakan di bawah berikut:


Tawaran menarik dah terbentang di hadapan mata... Tunggu apa lagi kannn? Jomlah kita semua sama-sama mencuci mata dan membeli-belah secara bijak serta berhemah di ezBuy.my hari ini juga! Jommm! Inipun terasa nak sambung shopping lagi ni...Ekekeke...Rebutlah peluang keemasan yang ada sementara masih ada ni kannn? Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !