DUGAAN RAYA AIDA–Iklan Raya Viral Dari TNB 2017

Farah Waheda Wahid
0
DUGAAN RAYA AIDA–Iklan Raya Viral Dari TNB 2017
Kredit: Sumber dari Google

Iklan raya bertajuk DUGAAN RAYA AIDA untuk tahun 2017 dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sangat mudah dan ringkas, walau apapun yang terjadi keluarga adalah yang utama. Yup… family matters most! Siapa yang dah tonton DUGAAN RAYA AIDA – Iklan Raya Viral dari TNB 2017? Farah baru jer berkesempatan untuk menonton iklan raya ni pada pagi ni. Smile Biasalah… Orang jarang menonton televisyen macam ni lah… Dah nak dekat hujung-hujung baru tahu kewujudan iklan raya yang dikatakan viral ni.

Dari apa yang Farah tahu, iklan raya ni adalah penceritaan yang dikonsepkan oleh Leo Burnett Malaysia yang memaparkan watak utama iaitu Aida yang bekerja di bandar, di mana dia cuba untuk mengatasi pelbagai rintangan dan juga cabaran di dalam persediaan untuk pulang beraya di kampung halaman beliau untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Aida bekerja lebih masa di pejabat, menjana pendapatan tambahan dengan mengambil tempahan kuih raya, hanya semata-mata untuk memenuhi impian ahli keluarganya.

Malang bagi Aida, sewaktu hendak pulang ke kampung, tiket bas Aida hancur di dalam mesin basuh. Tapi! Walaubagaimanapun, mujur ada rakan yang sudi menumpangkan beliau untuk pulang ke kampung dan beliau berjaya untuk sampai ke kampung halamannya. Walaupun.. walaupun baju raya untuk ibu dan juga adik-adiknya tertinggal…



Menurut Hyrul Anuar yang merupakan Senior Art Director, Leo Burnett Malaysia – jalan cerita iklan tersebut adalah berdasarkan pengalaman kakaknya sendiri yang terpaksa bekerja keras di kilang biskut untuk menyara 12 orang adik beradik beliau. Beliau mengadaptasi kisah hidup sebenar kakaknya kepada iklan raya TNB yang mengambil masa produksi selama 2 bulan ini.

Sejak pelancaran iklan Dugaan Raya Aida di media sosial pada 14 Jun 2017, iklan selama 4 minit tersebut telah ditonton sebanyak 2 juta tontonan di dalam tempoh masa 24 jam dan sehingga kini 8.2 juta tontonan serta 28,000 perkongsian di laman media sosial Facebook. Iklan ini juga ditayangkan selama 60 saat di kaca televisyen seperti RTM, Media Prima, Astro dan Al-Hijrah bermula dari 22 June 2017 ini selama seminggu.

Ringkas tetapi mempunyai makna yang tersirat yang tersendiri! Smile.

*Suka layan iklan raya yang mempunyai penceritaan… Boleh? Tonton iklan raya terkesan sampai rasa sedih dan air mata bergenang? Terutama iklan raya dari PETRONAS lah selalunya.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !