Demam DESPICABLE ME 3 Melanda!

Farah Waheda Wahid
0
DEMAM-DESPICABLE-ME-3-MELANDA!-(2)-compressor
Kredit: Gambar diubahsuai dari Sumber dari Google

Demam DESPICABLE ME 3 Melanda! Nak kata Firash obses dengan Minions – jawapannya adalah tak juga. Tapi, dia suka dengan Minions, dia kenal dengan Minions dan selang beberapa hari dia akan menyanyi lagu Ba Ba Ba… Ba Ba Na! Pernah dengar lagu Ba Ba Ba… Ba Ba Na Na tak? Lagu yang dinyanyikan oleh para Minions dari filem animasi Despicable Me yang berbunyi seperti paparan video yang dipetik dari laman YouTube di bawah:


Benar dia sangat-sangat sukakan Thomas and Friends. Buat masa dan ketika ini, itulah buah hati pengarang jantung si anak bujang Mommy yang seorang tu. Winking smile. Carta nombor satu di hati Firash masih tetap Thomas and Friends pada masa dan ketika ini. Belum ada pesaing yang mampu menjatuhkan kehebatan Thomas and Friends di kaca mata anak lelaki Farah yang berusia 3 tahun 7 bulan itu. Akan datang tak tau lah kan? Smile. Hidup ni perlu ada kepelbagaian betul tak? Walaupun boleh dilabelkan sebagai Thomas and Friends die hard fans or Thomas and Friends freak, tidak bermaksud dia tidak mempunyai minat yang lain. Tentu ada! Contohnya Minions dari DESPICABLE ME lah.

Menyentuh tentang DESPICABLE ME, rasanya ramai rakan-rakan seangkatan yang bergelar ibu bapa dan berkecimpung dalam dunia ibu bapa mengetahui bahawasanya sememangnya DESPICABLE ME adalah sebuah filem animasi yang berjaya mencuri perhatian jutaan kanak-kanak di dunia termasuk kanak-kanak di Malaysia dan anak-anak anda sudah tentu kenal dengan Minions itself kan? Malah seperti Thomas and Friends, Minions juga mempunyai set peminatnya yang obses yang tersendiri, sehinggakan serba-serbi mahukan Minions. Minions itu Minions ini. Ada juga kanak-kanak yang mampu untuk menonton berulang-ulang kali tanpa rasa jemu. Itulah kalau dah dikatakan minat. Secara tidak langsung, ibu bapa pun jadi terjebak sama menonton dan mempunyai rasa suka kepada Minions. Dari tak tahu jadi tahu. Begitulah fenomena Minions dari filem animasi DESPICABLE ME yang sebelum ini telahpun mempunyai sekuel filemnya yang tersendiri iaitu DESPICABLE ME 2.

Jangan katanya kanak-kanak… remaja, dewasa dan warga emas pun mengenali Minions ok? Winking smile. Tengok? Betapa terkenalkan Minions di serata dunia? Di atas sambutan yang amat menggalakkan dari penonton, akhirnya kini Minions telah kembali di dalam sekuel terbaru yang bertajuk DESPICABLE ME 3. Memang tengah meletup-letup DESPICABLE ME 3 ni kan? Maunya tak meletop? Sampaikan permainan Minions yang digandingkan dengan hidangan Happy Meal untuk kanak-kanak yang dijual di restoran Mc Donalds boleh jadi sold out! Pergi ke sini sold out, pergi ke situ sold out! Phewww! I don't know smile Jenuh juga nak dapatkan koleksi permainan Minions yang sedang di dalam rangka promosi Happy Meal Mc Donalds tu. Iyaaa…sungguh…. Ini bukan cakap kosong, tetapi dari pengalaman sendiri.

DEMAM DESPICABLE ME 3 MELANDA! (1)

Secara logiknya, dari segi analisis pemasaran, kita dapat melihat bagaimana Minions telah berjaya mencuri hati berjuta kanak-kanak di dunia termasuk Malaysia. Kalau tidak? Masakan permainan Minions kerap kali kehabisan stok. Bukan tu jer… Bila setiap kali set permainan Minions untuk minggu yang terkini keluar pada setiap hari Khamis, Farah boleh lihat yang Mc Donald’s akan penuh dengan pelanggan. Jika di kaunter, beratur memang panjang lah… Jika di lorong pesanan pandu lalu, kereta beratur atau berbaris sepanjang-panjang alam ibarat menanti giliran untuk mengisi petrol kenderaan bila harga petrol diumumkan naik. Ihiksss… Open-mouthed smile Jenuh nak menunggu giliran sampai oiii….

Best sangat ke DESPICABLE ME 3? Sehingga sampaikan begitu sekali sambutannya terhadap promosi filem animasi tersebut? Walaupun Farah sekadar menonton DESPICABLE ME secara sekali lalu, Farah boleh simpulkan bahawasanya tidak dinafikan DESPICABLE ME adalah sebuah filem animasi yang menarik dan dipenuhi dengan makhluk berwarna kuning yang comel-comel belaka. Sekadar informasi tambahan kepada anda, filem DESPICABLE ME 3 ini adalah merupakan filem animasi terbaru dan juga sekuel lanjutan daripada filem animasi DESPICABLE ME sebelumnya yang dihasilkan oleh pihak produksi Illumination Entertainment dan Universal Pictures.

Trailer Filem DESPICABLE ME 3


Sedikit sinopsis DESPICABLE ME 3 adalah di mana, Gru bertemu dengan penjahat baru iaitu Balthazar Bratt, bekas bintang kecil pada tahun 80 an yang kini merancang untuk menakluk dunia. Tetapi bukan itu sahaja masalah Gru, kembarnya yang tidak diketahuinya selama ini, Dru yang merupakan seorang yang lebih kacak, gembira dan berjaya, tiba-tiba kembali dalam hidupnya. Dru merancang untuk mengajak Gru untuk menyertai rancangannya untuk mencuri berlian yang dicuri oleh Bratt. 

Macam tu lah lebih kurang jalan cerita filem animasi DESPICABLE ME 3 yang berdurasi selama 1 jam 35 minit yang sempat Farah cari di enjin carian Google baru-baru ini. Filem animasi DESPICABLE ME 3 ini dibintangi oleh Steve Carell sebagai Gru yang merupakan bapa angkat kepada Margo, Edith serta Agnes dan ketua para Minions. Steve Carell juga menyandang suara sebagai saudara kembar Gru iaitu Dru, Miranda Cosgrove sebagai Margo, Kristen Wig sebagai Lucy Wilde, Trey Parker sebagai Balthazar, Dana Gaier sebagai Edith dan Nev Scharrel sebagai Agnes.

Di Malaysia, filem animasi DESPICABLE ME 3 ni rasanya sudah pun mula ditayangkan semalam kan? Sekiranya berkesempatan, bolehlah menggembirakan hati anak-anak sesekali by giving them a treat to watch DESPICABLE ME 3 di pawagam yang berhampiran? Winking smile Tentu anak-anak gembira kan? Lagipun, kemungkinan peperiksaan pertengahan tahun dah pun berakhir serta mendapat keputusan. Dah nak cuti raya dah… Hujung minggu sebelum raya ni ke? Atau minggu depan ke? Bolehlah curi masa sedikit untuk bawa anak-anak beriadah dengan DESPICABLE ME 3. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !