CHICKEN POX! Petua & Pantang Larang

CHICKEN POX! PETUA & PANTANG-LARANG

Tanggal 31 Mei 2017 – Confirm Firash dihinggapi chicken pox setelah demam selama beberapa hari dengan suhu yang agak tinggi dari kebiasaan apabila dia demam. Memang demam dia lain macam sikit kali ni dari sebelum-sebelum ni. Sebelum-sebelum ni, kalau dia demam pun, suhu dia bermain di sekitar 37 sehingga 39.1 sahaja paling maksimum. Kali ini? Sehingga mencecah 39.4, lengkap dengan sedikit batuk dan juga menggigil di tengah malam. Bila anak tak sihat ni, memang tak payah nak cakaplah kan? Kita sebagai ibu ni memang akan kurang rehat dan kurang tidur. Mengempeng ajer dia sepanjang malam dengan Mommy dan sepanjang siang dengan nenek. Yalah, sebab siang Mommy kerja kan? Risau! Memang risau! Crying face Sebab Firash pernah ada sejarah febrile fits seperti yang kebanyakan pembaca Bubblynotes.Com tahu. Bila dah ada sejarah ni, sememangnya you will be extra alert and aware. Nak-nak lagi bila suhu adalah sangat tinggi berbanding kitaran suhu demam kebiasaan dia. Tapi, Alhamdulillah, bila masuk hari keempat demam sudah mula stabil. Cumanya, secara tiba-tiba muncullah… bintil-bintil yang kecil dan bermata air di tengah-tengahnya! Chicken pox! Bab-bab apa yang perlu dilakukan jika anak kecil anda diserang chicken pox??? dah pernah cerita dah dulu. Cumanya, kali ni, gigihlah Mommy Firash mengumpulkan Chicken Pox! Petua & Pantang Larang.

Dapat jer panggilan telefon dari nenek dia hari Rabu hari tu, terus jer bergegas keluar untuk bawa Firash ke klinik. Biasalah, ke klinik untuk dapatkan losyen calamine dan beberapa medication yang berkaitan untuk proses penyembuhan si anak bujang. Send a kiss. Panik ke? Alhamdulillah tak… sebab chicken pox ni bukanlah satu penyakit yang luar biasa atau tak dijangka, cuma ianya adalah penyakit berjangkit (bagi yang belum pernah kena chicken pox… Ekekeke…Smile with tongue out… Dan agak mencabar untuk menjaga jika yang kenanya adalah anak kecil). Iyalah sebab dari kebanyakan pengalaman yang pernah Farah baca, anak-anak kecil kalau terkena chicken pox ni kebiasaannya akan meragam disebabkan ketidakselesaan serta kegatalan.

Minggu sebelumnya, dah ke klinik disebabkan demam yang tinggi… Total damage is RM 56.00 dan minggu ni pergi lagi… total damage is RM40.00 plus RM58.00 sebab beli ubat anti-viral di farmasi disebabkan klinik kehabisan stok.

CHICKEN POX! PETUA & PANTANG-LARANG 3

Costing tu tak kisahlah kan? Bukannya nak mengungkit pun… Anak kan? Cuma cerita jer… Lagipun, costing tu Farah boleh claim balik under medical expenses di pejabat. Paling-paling tidak pun, sebenarnya boleh jer pakai AIA Medical Card Babah dia. Cumanya pada waktu tu, klinik panel AIA tutup! Pergi jer ke klinik yang dah biasa dan serasi dengan Firash sejak dari bayi lagi.

Selesai! urusan di kinik dan medication Firash. Dan dalam hari yang sama juga, Farah gegas pergi ke TESCO untuk beli kelapa muda. 3 biji sekali beli kau… Open-mouthed smile Ha ha ha… PETUA 1: MANDIKAN DAN BERI MINUM AIR KELAPA

CHICKEN POX! PETUA & PANTANG LARANG 4

Sebiji untuk buat mandi (kata Atuk dia), sebiji untuk minum dan sebiji tu extra jer sebenarnya. Saja buat tambahan. Untung-untung buka puasa Mommy boleh minum air kelapa muda kan? Smile with tongue out. Nak bagi keluar semua cepat sikit katanya… Bagi keluar habis semua chicken pox tu…

Bagaimana Farah kendalikan Firash yang terkena chicken pox? Haaa… sebab ni pengalaman pertama kan? Mujurlah dah gali info sana-sini terlebih dahulu sebelum pada tu… tak berapa lama dulu. Macam Farah cakap, Farah suka untuk ambil tahu dan cari tahu tentang parenting walaupun anak Farah belum melalui fasa itu lagi. Sebabnya, I want to be prepared. At least bila dah tiba masa tu, sekurang-kurangnya ada a little bit of knowledge on how to face the situation. Tak adalah jadi menggelabah atau terlalu panik kan? Winking smile.

Sejak terkena chicken pox ni, Farah biarkan Firash berlenggeng jer. Maksudnya… PETUA 2: BIARKAN ANAK TIDAK BERBAJU DAN HANYA MEMAKAI LAMPIN PAKAI BUANG SAHAJA. Atas alasan? Biar berangin, jangan berpeluh supaya badan tak terlalu miang dan gatal. Chicken pox kan biasanya gatal dan miang… sekurang-kurangnya untuk berikan dia keselesaan. Bila pakai baju nanti, berkuwap, berpeluh…lepas tu mulalah miang-miang dan nak menggaru kan? Makanya… memang togel macam tu jerlah.

CHICKEN POX! PETUA & PANTANG-LARANG 5

Atuk dia pula, gigih mendapatkan sebeban daun semambu…

CHICKEN POX! PETUA & PANTANG LARANG 6

Haaa…lebih kurang macam nilah banyaknya atuk dia bawa balik ke rumah. Tujuan? PETUA 3: DAUN SEMAMBU dengan tujuan? Mandikan dengan air daun semambu dan juga buat alas tempat tidur dia. Bukan suruh dia tidur bulat-bulat atas tu jer… Tapi letakkan di atas tilam dan alaskan dengan kain batik dan suruh dia tidur atas tu. Farah ni ikut jer, petua Atuk Firash… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Katanya, nak bagi dia tak miang atau gatal chicken pox tu.

Phewww…punyalah gigih seisi rumah membantu proses pemulihan Firash. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Dan bermula pada saat dan ketika Firash disahkan menghidap chicken pox… PANTANG LARANG 1:  TIDAK BOLEH MENGGORENG DI DALAM RUMAH. Ni pun ikut jer ni… Sejauh mana kebenaran tu, Farah tak pasti, tapi menurut kata turun-temurun, kalau menggoreng nanti minyak yang meletup-letup tu ibarat meletupkan bintik-bintik chicken pox! He he he… Kenyataannya secara jujur, sejak Firash kena chicken pox ni memang tak berasap dapur kat rumah tu. Semua main tunjuk ajer dekat kedai atau bazar Ramadhan. Pecah rekod kononnya tak nak ke bazar Ramadhan kan? Nak buat macam mana? Terpaksa… disebabkan oleh keadaan yang tidak mengizinkan.

PANTANG LARANG 2: TIDAK BOLEH MAKAN KICAP. Untuk pantang-larang yang ini, bukanlah satu masalah yang besar buat Farah sebab Firash memang tak makan kicap punnn…. Atau dengan lebih tepat…dia tak makan nasi dengan kicap buat setakat ini. Kan memilih makan budak kecik tu… Makanya ini bukanlah sesuatu perkara yang memeningkan kepala buat Mommy dia untuk melarang dia. Katanya, jika makan kicap nanti parut chicken pox tu jadi hitam-hitam.

PANTANG LARANG 3: JANGAN KENA HUJAN. Ini paling pantang ek? Sebab dikatakan boleh menyebabkan kesan parut yang berlekuk ataupun boleh meroyan. Surprised smile Hah… Ya ke? Baru dengar ni… Hu hu hu… Tapi memang kena kuarantin dalam rumah jer pun Firash tu… Mana ada keluar-keluar rumah. Ok ok noted!

PANTANG LARANG 4: JANGAN GARU ATAU USIK-USIK BINTIK-BINTIK CHICKEN POX. Sebabnya nanti akan meninggalkan bekas dan parut. Huishhh ini sangat-sangat mencabar. Sewaktu mula-mula tu tak adalah dia nak garu-garu sangat. Tapi sejak semalam bila dah semakin banyak yang keluar, dia dah mula nak menggaru… Jenuh oiiii nak tepis tangan dia dari menggaru. Tak naklah…. Nanti kalau ada bekas dengan parut, kurang saham anak bujang ni nanti… Ha ha ha… Open-mouthed smile

Disebabkan itu, atas saranan seorang daripada rakan alam maya (Facebook), gigihlah hari ni Farah pergi mencari PINETARSOL yang berfungsi sebagai sabun anti kegatalan untuk melegakan rasa gatal-gatal akibat chicken pox. Alhamdulillah, jumpa juga… Harganya masih boleh mampu beli iaitu RM 28.70. Mula-mula cuba cari di farmasi Guardian, tapi kehabisan stok pula… Jumpa di farmasi Caring, Bukit Jelutong. Balik ni nanti bolehlah mula mandikan dia denagn PINETARSOL ni ha… Rakan alam maya tu kongsi pengalaman dia dengan mengatakan, dengan menggunakan PINETARSOL, chicken pox yang melanda anak kecil beliau cepat kecut dan ianya melegakan kegatalan. Moga-moga mujarab juga untuk Firash.

CHICKEN POX! PETUA & PANTANG LARANG 8

PETUA 4: KERAP MANDI. Kalau nak diikut-ikutkan, tradisi turun-temurun dari mulut ke mulut mengatakan kalau kena chicken pox jangan mandi. Pernah dengar tak? Tapi tolonglah jangan ikut sebab chicken pox itu adalah virus dan mesti mandi dengan sabun. Cumanya, jangan mandi dengan sabun biasa sebab dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan. Gunakan sabun yang doktor beri ataupun gunakan PINETARSOL. Ok?

Dari segi pemakanan pula, apa yang perlu diperhatikan adalah PETUA 5: PERLU KURANGKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN SITRUS SEPERTI LIMAU kerana buah-buahan ini mengandungi kandungan asid yang tinggi dan boleh membuatkan ruam menjadi lebih teruk dan kegatalan menjadi lebih serius. PETUA 6: KENA BANYAK MEMINUM AIR kerana ia dapat membantu untuk mengawal demam dan menyingkirkan toksin badan. Untuk Firash, memang senantiasa disuruh minum air suam. Alhamdulillah, sedari kecil dia tak ada masalah untuk minum air suam walaupun berkoyan-koyan. Kesukaan dia tu! Smile.

Yang masalahnya susah nak PETUA 7: TINGKATKAN PENGAMBILAN SAYUR-SAYURAN sebab dia tak makan! Tak suka makan… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Sebenarnya elok kalau banyak ambil sayur-sayuran dalam diet harian bila terkena chicken pox kerana sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan mineral yang penting dalam mengurangkan pembentukan ruam dan jangkitan. PETUA 8: PENGAMBILAN LOBAK MERAH AMAT DIGALAKKAN semasa terkena penyakit chicken pox kerana ia terbukti membantu memulihkan pesakit daripada chicken pox.

PANTANG LARANG 5: JANGAN SEKALI-KALI MENGAMBIL MAKANAN BERMINYAK kerana kesemua makanan ini boleh mengakibatkan pembentukan ruam lebih teruk. Hu hu hu… Ini masalah! Dia dok berlagu-lagu menyanyi minta french fries… Mommy fries… Mommy fries… Hu hu hu… Kena buat keras jer lah pun… Tak boleh nak buat apa walau dalam hati tak sampai hati. Sabar ya Firash… Sabar ya? In Shaa Allah, tak lama lagi baiklah ni kan? He he he…

Mujurlah terkena sewaktu cuti sekolah selama dua minggu dan mujur jugalah sebelum raya. Kalau tak nanti… tak berayalah kita Firash… Kesian kita tau… Tak dapat nak melaram baju raya dan jalan-jalan… He he he… Smile with tongue out. Jalan pun jalan ke mana jer… Dekat-dekat jer… Al-maklumlah orang tak ada kampung kan? Winking smile. Apa-apa pun, get well soon dan sabar ya? Sikittt jer lagi…sikit jer… Sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat dan Allah memang susun cantik jer ikut flow… Dia tau bila nak bagi kita sakit, bila nak bagi kita sihat, bila nak bagi itu dan ini… Kan? Tak apalah… ok juga kena kecik-kecik ni… Kasi pukul habis semua… In Shaa Allah… lepas ni nanti tak ada lagi dah… Harapnya gitulah kan? Walaupun sebenarnya ada keadaan di mana ada sesetengah dari kita terkena chicken pox kali kedua… Moga-moga dijauhkanlah… In Shaa Allah… Amin…

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel CHICKEN POX! Petua & Pantang Larang, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, June 2, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Kasihan betul Firas..

    Semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. kesiannya dia. teringat masa kena chickenox dulu, main langgar je semua pantang larang tu. kikiki

    ReplyDelete
  3. Kalau org dewasa yang kene chiken pox ni mcm mne plak,,..

    ReplyDelete
  4. Sis,kalu org dewasa yg kene petua die same jer ke dgn kanak2 yg kene chiken pox ni...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia