Anak Jenis MABUK PERJALANAN? Harus Baca Ni…

ANAK JENIS MABUK PERJALANAN_HARUS BACA NI...

Memandangkan musim perayaan sudah semakin menghampiri semua umat Islam sedunia… Memandangkan tak lama lagi ramai yang akan sibuk di atas jalan raya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing… Rasanya, ini adalah timing yang tepat untuk Farah membebel tentang MABUK PERJALANAN. Bukan tak pernah Farah kongsikan topik ni di dalam Bubblynotes.Com sebelum ini. Dah ada… Bulan May 2015 dulu Farah pernah kongsikan mengenai Mengatasi Anak-Anak Yang Sering Mengalami Mabuk Perjalanan… Sedikit refreshment dari entri yang terlebih dahulu dan juga penambahan beberapa informasi yang mungkin berguna untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sering mabuk perjalanan.

Daripada apa yang pernah Farah kongsikan di dalam entri yang terdahulu, mabuk perjalanan sebenarnya adalah gangguan pada telinga di bahagian dalam dan ketidakmampuan untuk menyesuaikan di antara pergerakkan kenderaan dan juga sistem sensor tubuh badan. Mabuk perjalanan kebiasaannya tidak terjadi sebegitu sahaja, tetapi ia adalah melalui beberapa tahap. Di antara simptom-simptom mabuk perjalanan adalah seperti:
  • Rasa mual.
  • Berpeluh dingin.
  • Muntah.
  • Rasa seolah-olah kepala berpusing.
  • Letih.
  • Sakit kepala.
  • Produksi air liur bertambah.
  • Pucat.

Jika sebelum ini, perkongsian Farah adalah fokus kepada kanak-kanak yang berusia di atas 2 tahun, kali ini perkongsian Farah adalah untuk kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun. Lazimnya, dikatakan bahawa kanak-kanak yang berusia kurang daripada 2 tahun jarang mengalami mabuk perjalanan, tetapi jika bayi anda sering kelihatan tidak sihat apabila berjalan jauh, dia mungkin mengalami mabuk perjalanan.

Tips Membantu Bayi Berasa Sihat Ketika Dalam Perjalanan

Berikut adalah sedikit perkongsian bagaimana untuk membantu atau menghadapi situasi bayi yang mabuk perjalanan sepertimana yang Farah dapatkan info dari artikel di SINI:

1. Rancang perjalanan anda pada waktu bayi biasanya tidur. Mabuk perjalanan kurang berlaku ketika bayi sedang tidur.

2. Anda boleh tidurkan anak sebelum bertolak dan kemudian alihkan dia ke kerusi keretanya dengan berhati-hati supaya dia tidak terjaga. Jika perjalanan sudah bermula dan si kecil mula berasa tidak sihat, dia mungkin sukar untuk tidur dan meragam.

3. Cuba elakkan daripada memberikan bayi makan atau susu sekenyang-kenyangnya sebelum memulakan perjalanan.

4. Jika muntah, berikan dia sedikit susu badan, susu formula atau air masak. Ini dapat mengelakkannya daripada ternyahidrat. Sekiranya dia muntah dengan banyak, anda mungkin perlu memberinya larutan rehidrasi oral yang boleh didapati daripada farmasi.

5. Biarkan kereta dalam keadaan sejuk dan jangan pakaikan bayi pakaian tebal.

6. Kipas kecil yang menggunakan bateri berguna untuk menyejukkan badannya tetapi jangan sampai dia kesejukan.

7. Jangan cuba alihkan perhatian anak dengan permainan kerana ini hanya membuatkan simptom mabuknya bertambah teruk.

8. Pastikan penghawa dingin kereta dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang bau yang kuat makanan atau minyak wangi. Udara segar melalui tingkap yang terbuka mungkin lebih segar berbanding pendingin hawa kereta.

9. Usah biarkan sesiapa pun merokok berhampiran bayi anda. Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan anak, malah boleh membuatkan dia rasa lebih mual jika dia mengalami mabuk perjalanan. Dan merokok membahayakan kesihatan sesiapa sahaja yang berada dekat dengan asapnya.

10. Pastikan kepala bayi disokong dengan baik di dalam kerusi keretanya.

11. Letakkan tuala pada dada bayi jika anda mendapati dia akan muntah. Tuala lebih mudah dialihkan berbanding keseluruhan bajunya.

Pada ibu bapa baru, yang baru jadi ibu bapa, perhati-perhatikan bayi anda ya? Jika ada tanda-tanda mabuk perjalanan tu, cepat-cepat ambil langkah yang sewajarnya. Raya memang seronok nak balik kampung (pada yang ada kampung…hu hu hu… kita tak ada kampung weiii…) tapi keselasaan dan kesihatan serta keselamatan anak-anak jangan sesekali kita lupakan walaupun kita sedang rasa teruja nak balik kampung. Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Anak Jenis MABUK PERJALANAN? Harus Baca Ni…, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, June 6, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. kesian kat budak yang mabuk perjalanan ni
    JanjiKita

    ReplyDelete
  2. bukan anak je yang mabuk2 sis, yang dah tua ni pon selalu je mabuk darat, mabuk laut. hehehe

    ReplyDelete
  3. CCL pun jens yang mabuk perjalanan ... kalau nal berjalan jauh pun elakkan dari buka aircond berpanjangan .. rasa mual nak muntah semua ada

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia