TIPS Mengajar Anak Kecil Berpuasa Buat Pertama Kali

Farah Waheda Wahid
0
TIPS MENGAJAR ANAK KECIL BERPUASA BUAT PERTAMA KALI

Firash puasa ke? Smile with tongue out… Jawapan jujur… Tak! Belum lagi… Farah akui sememangnya tiada rancangan untuk melatih Iman Firash berpuasa pada tahun ini. Pandangan peribadi Farah… Usia 3 tahun 6 bulan tu terlalu muda sangat nak latih dia untuk mula berpuasa. Belum lagilah kot? Yang penting, sekarang ni, secara perlahan-lahan guru-guru tadika dan Farah melatih dia untuk belajar bagaimana mendirikan solat. Puasa tu, In Shaa Allah… Mungkin pada usia 6 tahun atau 7 tahun nanti, Farah akan mula melatih dia untuk belajar berpuasa. Itu pun, jika diikut-ikutkan dalam garis panduan perancangan, Farah bercadang nak latih dia berpuasa suku atau separuh hari dulu. Tak nak sekali rap paksa anak bujang tu puasa seharian sampaikan lembik macam keladi busuk. Tak apa biarlah berperingkat dan secara perlahan-lahan kan? Cumanya sebelum tu, Farah kenalah belajar dan cari ilmu mengenai TIPS MENGAJAR ANAK KECIL BERPUASA BUAT PERTAMA KALI. Supaya, nanti bila tiba masa, Farah tahu bagaimana cara untuk mengendalikannya.

Mungkin ada yang menganggap, belajar dan cari ilmu tentang cara bagaimana mengajar anak kecil berpuasa buat pertama kali adalah satu perkara yang remeh-temeh dan mendidik anak untuk berpuasa ni boleh dilakukan dengan common sense sahaja. Hurmmm… Eye rolling smile… Tapi tak salah kan? Jika kita nak cari ilmu? Apa salahnya? Betul tak?

Cari punya cari, Farah terjumpa satu perkongsian oleh Ibu Rose yang sering mengendalikan seminar-seminar keibubapaan di Malaysia ni dan memang terkenal di kalangan sesetengah ibu bapa di Malaysia mengenai TIPS MENGAJAR ANAK KECIL BERPUASA BUAT PERTAMA KALI melalui artikel yang dimuatnaikkan di pautan INI.

Menurut Ibu Rose, tips mengajar anak kecil berpuasa untuk pertama kali ini, syarat pertamanya ialah, KITA PASAKKAN DAN BETULKAN DULU NIAT KITA MENDIDIK ANAK KITA BERPUASA BUKAN KERANA HENDAK MENUNJUK-NUNJUK ATAU SEBAGAINYA.

“Every action starts with intention”.

Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW; Dari Umar Radhiyallahu’anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah”. – HR. BUkhari, Muslim, dan empat Imam Ahli Hadits.

Farah tidak nafikan yang ada di kalangan ibu bapa yang sememangnya sangat tegas di dalam melatih anak-anak untuk berpuasa sehinggakan mereka menggunakan cara paksaan. Sogokan hadiah tu, sememangnya dah lama dah berlaku tradisi tu kan? Winking smile. Sedari zaman Farah kecil lagi, Farah selalu perhatikan kawan-kawan sebaya dapat hadiah dari ibu bapa sekiranya mereka berjaya berpuasa penuh. Farah tak pernah rasa pun tau! Dapat hadiah atau duit raya bila berpuasa penuh. Bukan sebab tak pernah puasa penuh, tapi sebab sememangnya atuk dan nenek Firash tak pernah practice amalan sebegini. You puasa, you puasa but I am not gonna reward you with anything. You must learn to do it because of Allah SWT. Haaa…macam tulah… Toksah harap nak dapat reward sebab puasa penuh ok? Untungnya siapa yang merasa dapat habuan kalau dapat berpuasa penuh tu… Hu hu hu…

Melalui artikel yang dikongsikan oleh Ibu Rose, Ibu Rose sendiri secara peribadi tidak menyokong cara didikan anak untuk berpuasa dengan menggunakan cara paksaan mahupun sogok hadiah.

Ada yang menjanjikan seperti ini, “Kalau puasa nanti dapat RM 1.00”. Bagi Ibu Rose, mengapa kita nak jatuhkan nilai puasa itu? Nilai puasa bukan RM 1.00. Jangan beri anak fokus pada material dalam hal berpuasa. Namun, kita boleh beri dia hadiah at the end dia berpuasa, kita boleh beri penghargaan.

Beri penghargaan kepada anak kita.

Mari kita latih anak kita membuat sesuatu perkara kerana dia sendiri mahu. Supaya apabila dia membesar kelak, jiwa dia sudah terlatih ingin membuat sesuatu kerana kemahuan dia dengan bersemangat. Bentuk jati diri yang datang dari dalam diri mereka sendiri dan bukannya hanya kerana atas dasar sogokan atau hadiah.

Ramai ibu bapa zaman kini menghadapi masalah anak-anak tidak mahu belajar. Sebab anak itu mahu disogokkan dengan hadiah baru dia hendak belajar.

“You don’t have to pay your children to do something good. Let them learn to do something good by their own willingness. And this will make their heart grows bigger”

Elakkan meletakkan nilai wang kepada sesuatu ibadat khusus (solat, puasa) atau ibadat am (belajar) kerana kita sebenarnya sedang merampas dari anak itu satu kepuasan bahawa dia sudah melakukan sesuatu. Bila kita hendak mengajar anak itu berpuasa biar dia faham berpuasa itu adalah kerana Allah SWT. Dia mungkin tidak faham konsep kerana Allah kerana dia masih kecil. Tetapi jika dia tidak boleh melaluinya kerana inginkan keredhaan Allah, jadi susah untuk dia ada sustainability atau kekuatan jiwa untuk dia melengkapkan ibadah puasa itu.

Adakan aktiviti khas di bulan puasa – meraikan bulan puasa! Kita sebagai ibu bapa boleh didik anak kita supaya berasa simpati pada orang yang kurang bernasib baik. Boleh ajar mereka bersedekah, bawa pergi rumah anak yatim, jadi sukarelawan di soup kitchen, ini semua boleh membantu mendidik jiwa mereka supaya bersyukur dan menghargai orang yang lebih susah.

Sebagai contoh, cadangan: kita boleh masakkan makanan yang istimewa untuk anak kita yang berjaya berpuasa itu. Semasa berpuasa, kita boleh adakan aktiviti-aktiviti yang dia boleh lakukan bersama seperti menyediakan makanan atau duduk bercerita mengenai Nabi tetapi bukanlah pada setiap amsa, lakukan apabila kita boleh. Jika yang berkerja mungkin semasa waktu cuti atau hujung minggu?

Lakukan sesuatu yang berbeza dari bulan-bulan yang lain untuk bentuk satu keseronokkan dan membuatkan anak tidak sabar menanti bulan Ramadhan Ya Kareem.

Tambahan sedikit mengenai TIPS MENGAJAR ANAK KECIL BERPUASA BUAT PERTAMA KALI, Ibu Rose juga ada berkongsi mengenai bagaimana mendidik anak sekecil usia 2 tahun untuk berpuasa? Bagaimana nak mulakan dengan anak berumur 2 tahun mengetahui mengenai puasa dan didik mereka berpuasa? Pada usia 2 tahun masih belum boleh bagi dia berpuasa tetapi kita sudah boleh didik dia untuk tahu erti bulan puasa. Exactly! Farah setuju! Itu yang Farah lakukan pada Firash sekarang. 

Buat masa sekarang, cara Farah membiasakan Firash dengan bulan puasa adalah di usia 3 tahun, Farah sudah mula bercakap mengenai berpuasa sepertimana yang disarankan oleh Ibu Rose di dalam artikel beliau di SINI. Farah cuba sedaya upaya untuk beritahu Firash apakah kelebihan bulan puasa. Anak usia 2 tahun, bak kata Ibu Rose, kita dah boleh sell the idea of berpuasa. Apakah kelebihan berpuasa? Kita boleh beritahu anak-anak kita, pada bulan puasa Allah turunkan banyak kelebihan. Kita rasa tenang, kita rasa seronok. Agak-agak usia 2 tahun atau 3 tahun macam Firash boleh faham ke? Dia mungkin tak faham atau memang pun dia tak faham.

Tapi…tapi…tapi… RAHSIANYA ialah kita bukan bercakap dengan concious mind dia tetapi kita bercakap dengan unconcious mind dia. Bercakap seperti kita bercakap dengan orang dewasa. Lebih baik semasa dia sedang tidur, masa itu kita sedang programkan minda dia. Tidak mengapa kalau dia nampak keliru, its ok. Percayalah, minda bawah sedar ini ataupun unconcious mind ini adalah sangat luar biasa kuasanya. Anak-anak usia 2 tahun mungkin akan fikir apalah yang mak aku cakap. Tetapi it’s ok, yang penting state of energy kita.

Kita cakap dengan penuh rasa teruja! Kita perbanyakkan kongsi perkara-perkara yang baik-baik dengan anak kita. Sewaktu anak Ibu Rose berusia 3 tahun, apa yang Ibu Rose buat? Ibu Rose bagi anaknya puasa 1 jam sahaja. Bila dia bangun tidur, lepas gosok gigi. Bagi dia makan. Katakan waktu itu pukul 9.00 pagi, jadi pukul 10.00 baru kita bagi dia makan. Ibu Rose katakan kepada anaknya, “Hari ni dah masuk bulan puasa. Sekarang pukul 9.00 pagi. Nanti pada pukul 10.00 pagi baru sayang boleh makan. Mungkin sayang akan rasa lapar. Tetapi kena kuatkan semangat. Bersabar.”

Tujuannya di sini ialah supaya untuk berikan bagaimanakah rasanya lapar dan puasa itu. Untuk ajari dia erti kata berpuasa, semangat, sabar dan compassionate. It wasn’t that easy sebab dia pun tak faham dan masih blur-blur. Tetapi dia  tunggulah waktu satu jam berdetik tu. . The next day tu Ibu Rose tambah 1 jam setengah. Tetapi kebiasaannya pada usia 3 tahun itu, kita tidaklah paksa dia puasa lebih dari 3 jam. Sebab apa, sebab dia masih lagi kecil. Pada usia 2 – 4 tahun ni, badan fizikal dia masih belum berpuasa penuh. Kita cuma ingin memberikan pendedahan awal.

Tetapi apa yang kita nak adalah supaya dia boleh rasa perasaan puasa itu. Menjadi sabar semasa dia tunggu nak makan tu. Jadi selepas itu, senang untuk kita debrief semula dengan dia. Kita tanya apa yang dia pelajari, apa pengajaran puasa dan lain-lain kebaikan berpuasa.

Pendek kata, bila pertama kali kita latih anak untuk belajar berpuasa, tak payahlah keras sangat ya? Customized training bersesuaian dengan kemampuan anak. In Shaa Allah, slowly they are getting there. Alaaa…macam kita sewaktu kecil-kecil dulu juga kan? Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !