TIPS Aman Damai Dalam Pawagam Bersama Anak Kecil

Farah Waheda Wahid
0
TIPS AMAN DAMAI DALAM PAWAGAM BERSAMA ANAK KECIL

3 tahun 6 bulan sudah usia Iman Firash sekarang ni dan walaupun sudah berusia 3 tahun 6 bulan, belum pernah sekalipun Farah bawa Iman Firash ke pawagam untuk menonton tayangan filem yang bersesuaian dengan peringkat umur dia. Bukannya tidak mahu memperkenalkan dia kepada pawagam ataupun tidak mahu dia tahu pawagam itu apa. Cumanya, buat masa dan ketika ini, Farah lebih selesa untuk tidak memperkenalkan serta membiasakan dia dengan pawagam. Bukan sekarang… Belum tiba masanya untuk Farah ajar apa itu pawagam dan secara jujurnya Farah tak galakkan sangat connection pawagam dan Firash. Lagipun, Farah kenal anak Farah kan? Belum tentu dia akan selesa dan suka untuk duduk berjam-jam dalam panggung tu. Setiap ibu bapa mempunyai pendapat masing-masing dan ini mungkin pendapat Farah mengenai pawagam dan anak. Cumanya, entri ini adalah disediakan buat ibu bapa yang mungkin berhajat untuk treat anak-anak dengan membawa mereka untuk menonton di pawagam. TIPS Aman Damai Dalam Pawagam Bersama Anak Kecil.

Taklah Farah kata, Farah takkan bawa Firash ke pawagam langsung! Open-mouthed smile… Ha ha ha… Tapi orang kata cakap tu biar berlapik… Hari ni kita kata kita takkan bawa, alih-alih esok lusa tiba-tiba terpampang gambar selfie kita dan anak di pawagam. Tak ke dah jadi macam cakap tak serupa bikin tu? Farah tak menolak ya yang satu hari nanti kemungkinan kami berdua beranak akan ke pawagam untuk menonton filem. Apa yang boleh Farah katakan, sekarang bukan usia yang sesuai untuk Firash. In Shaa Allah, bila hati seorang ibu ni rasa ia sesuai, sesekali bawa anak menonton filem kartun yang bergenrekan keluarga tentu akan menyeronokkan Firash. Betul tak?

Ok sudah-sudahlah membebel dengan standing Farah mengenai pawagam. Cumanya, ada sedikit pesanan atau tips untuk ibu bapa yang membawa anak-anak kecil ke pawagam. Penting ni tips ni sebab sikap anak-anak kecil kadang-kadang boleh menjadikan keadaan sangat memeningkan kepala ketika menonton wayang. Ada yang tidak duduk diam dan juga mula bosan setelah beberapa ketika menonton. (Salah satu alasan Farah tak bawa Firash ke pawagam). Mungkin ibu bapa yang berhajat untuk membawa anak kecil ke pawagam tu, boleh jadikan tips yang dikongsikan oleh artikel di SINI sebagai panduan anda.

Tonton Filem Kegemaran

Pastikan filem yang bakal anda tonton disukai oleh anak-anak anda. Tunjukkan kepada mereka preview atau sedikit sedutan menarik yang ada untuk ketahui adakah anak-anak anda akan suka dengan filem yang akan ditonton nanti. Jika mereka menyukainya pasti mereka akan fokus dan menonton dengan tenang di pawagam.

Belikan Snek

Jangan lupa untuk membeli snek dan juga minuman kegemaran mereka untuk dibawa ke dalam pawagam. Makanan dan minuman tersebut akan membuatkan mereka bertambah seronok untuk menonton filem nanti.

Bawa Sekali Permainan Kesayangan

Bawa beberapa permainan kesayangan mereka bersama jika mereka bosan, bolehlah mereka bermain dengan permainan tersebut. Tetapi jika permainan tersebut boleh menimbulkan bunyi bising, maka sebaiknya anda membawa tablet bersama headphone untuk mereka tonton atau bermain permainan video di dalamnya.

Yang Penting… Nasihat!

Sebelum filem bermula, sebaiknya anda menerangkan kepada anak-anak anda bahawa bukan keluarga anda sahaja yang ada di dalam pawagam tersebut. Oleh itu, amat penting untuk mereka menjaga kelakuan dan kekal tenang sepanjang tayangan filem tersebut supaya orang lain juga dapat menikmati filem yang ditayangkan dengan baik.

Kedudukan Kerusi Pun Penting, Bawa Kusyen Nak Bagi Tinggi

Memastikan keperluan anak-anak didahulukan sepanjang menonton wayang. Jika anak-anak anda sudah boleh duduk sendiri, pastikan mereka boleh nampak layar di hadapan supaya tidak menimbulkan bunyi bising kerana mereka tidak dapat menonton filem yang ditayangkan. Sedikan kusyen atau benda yang sedikit tinggi untuk keselesaan mereka sepanjang tayangan.

Pernah Dengar Silent Game?

Buat satu silent game sepanjang filem ditayangkan. Sesiapa yang kalah akan didenda dan sesiapa yang menang akan diberi hadiah selepas selesai menonton. Pasti mereka lebih diam dan tenang sepanjang menonton.

Jangan Lupa Reward!

Jika anak-anak berkelakuan baik sepanjang menonton, bawalah mereka makan ke restoran kegemaran mereka atau belikan permainan yang mereka suka. Pasti mereka teruja dan mahukan aktiviti tersebut berulang lagi.

Jangn lupa tau tips ni… Ini bagi keselesaan semua pihak dan kesenangan anda juga ketika berada di dalam panggung.

*Kalau ada tayangan filem Thomas and Friends di Malaysia, ha ha ha… Smile with tongue out… kemungkinan gagah dan gigih juga bawa Iman Firash ke pawagam ni. Sebab sesuatu yang dia suka dan pasti duduk diam kannn? Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !