Tidak Semua Tadika “Ada Nama” Ada Kualiti Sama

Farah Waheda Wahid
3
TIDAK SEMUA TADIKA ADA NAMA ADA KUALITI SAMA

Entri khas buat ibu bapa yang bakal mendaftarkan anak-anak kecil anda ke alam persekolahan tadika buat pertama kali pada tahun yang akan datang. Masih terlalu awal? #ehhh mana ada awal? Farah tahun lepas, waktu-waktu macam ni dah sibuk survey dan study tentang pilihan tadika untuk Firash tau. Walaupun tadika, cuma tadika, tapi jangan pandang remeh urusan persekolahan tadika anak-anak. Dalam apa perkara sekalipun asas itu kan penting? Dan dalam setiap perkara yang kita lakukan semuanya perlukan asas. Tidak ada asas akan menjadi agak sukar. Bukan tak boleh, boleh tu boleh cumanya perjalanan itu mungkin akan menjadi agak perlahan dan mencabar bagi anak-anak jika pembentukan asas tidak kena pada caranya dan gayanya.

Bagaimana rasanya perasaan anda apabila bakal melalui pengalaman ini buat pertama kali? Teruja? Smile. Farah dah rasa dah tahun lalu. Perasaan teruja itu memang akan ada. Tipulah kalau rasa tak teruja kan? Anak pertama. Pertama kali. Harus teruja! Cuma sekadar nak beri pesanan sikit ni. Pesan sebab sudah melalui fasa itu. Jadi bolehlah berikan sebarang a piece or two advice kan? A piece or two jer. Sebab anak baru seorang kan? Nak kongsi pun sebab Farah percaya yang ini adalah satu perkara yang bermanfaat untuk dikongsikan.

Tidak semua tadika “ada nama” ada kualiti sama. Ya. Wahai ibu bapa jangan tersalah anggap dan jangan mempunyai kepercayaan yang apabila satu-satu tadika itu adalah tadika “ada nama”, kualitinya adalah sama semuanya. Tak ya… Tak…Tolonglah percaya apa yang Farah kongsikan ini. You should notice this since the beginning and you should know about this.

Zaman-zaman sewaktu kita masih kecil dahulu, kebanyakan tadika adalah merupakan satu entiti yang berdiri dengan sendiri secara individu. Jarang-jarang yang ada cawangan mahupun franchise kan? Kecualilah kalau tadika itu adalah Tadika KEMAS. Tadika KEMAS popular tau dulu dan kalau tak silap Farah, banyak juga cawangannya kan? Tapi bila tiba generasi anak sendiri, trend tadika telah berubah. Semakin banyak tadika-tadika yang telah dijenamakan dengan cawangan-cawangan mereka tersendiri melalui sistem franchise.

Pengasas-pengasas tadika pula terdiri daripada bukan calang-calang orang. Berpendidikan tinggi, berpengalaman luas serta berpangkat. Mereka mencipta modul pembelajaran serta pendekatan pembelajaran yang bersesuaian mengikut peringkat usia kanak-kanak melalui kepakaran serta pengalaman masing-masing. Syukur… Alhamdulillah, tidak dinafikan kehadiran golongan seperti mereka di dalam dunia pendidikan awal telah memberikan nafas baru di dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak serta telah berjaya membantu ramai ibu bapa di dalam menyediakan asas yang kukuh kepada anak-anak kecil sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan yang sebenar.

Cumanya, sebagai ibu bapa, apa yang patut anda faham adalah tadika yang mempunyai banyak cawangan ini, boleh jadi cawangannya adalah milik pengasas sendiri secara sepenuhnya ataupun cawangannya adalah merupakan sebuah tadika yang dimiliki oleh individu lian tetapi telah difranchisekan. Ibu bapa juga perlu faham yang apabila wujudnya tadika yang mempunyai banyak cawangan sebegini, kualitinya boleh jadi sama antara satu sama lain ataupun tadika induk, ataupun boleh jadi lebih bagus ataupun sebenarnya sebaliknya. Yes, that’s the point!

Bukan niat Farah nak merendah-rendahkan ataupun memperlekehkan mana-mana tadika ya? Ini adalah salah satu perkara penting untuk perhatian ibu bapa. Ibu bapa kena sedar akan perkara ini dan perlu ada pendedahan ke atas perkara sebegini. Tak ada maknanya Farah nak tutup periuk nasi sesiapa ataupun menjatuhkan mana-mana pihak. Ianya adalah sekadar perkongsian realiti ke atas apa yang berlaku pada ketika ini.

Penting untuk ibu bapa ada “mindset” – tidak terlalu yakin atau berharap yang sudah tentu-tentu ianya akan menjadi sepertimana yang kita harapkan hanya disebabkan nama. Nanti bila berhadapan dengan realiti, ibu bapa akan rasa kecewa ataupun marah. Tadika “ada nama” belum tentu merupakan tadika yang bersesuaian atau sempurna dengan anak-anak kita. Hanya kerana dalam “mindset” kita, tadika itu adalah tadika “ada nama”, anak-anak kita akan menunjukkan satu perkembangan yang kita harap-harapkan, yang kita jangkakan.

Terkadang perkara sebegini kita tak akan dapat detect sewaktu awal-awal atau mula-mula kita menghantar anak-anak ke tadika. Tapi perkara sebegini kita perlu perhatikan. Senantiasa perhatikan perkembangan semasa anak-anak. Pantau jangan leka dan biarkan. Setelah beberapa bulan, barulah kita boleh nampak, faham dan tahu situasi sebenarnya bagaimana. Serius! Ini pernah terjadi kepada beberapa orang rakan Farah dan juga sepertimana yang pernah diceritakan kepada Farah. Mereka menghantar anak-anak ke tadika “ada nama” tetapi perkembangan anak-anak mereka agak tidak memberangsangkan malah wujud isu-isu lain yang berkaitan dengan anak mereka dan tadika.

Mereka pantau, mereka lihat untuk beberapa ketika dan kemudiannya setelah menyiasat serta mendapatkan kesahihan ataupun bukti, mereka mengambil tindakan untuk menghantar anak-anak kecil mereka ke tadika lain yang merupakan cawangan tadika “ada nama” yang sama. Apabila mereka menghantar anak-anak mereka ke cawangan tadika “ada nama” yang lain. Didapati anak mereka telah mula menunjukkan perkembangan yang lebih positif dan sepertimana yang diwar-warkan di dalam strategi pemasaran tadika “ada nama”. Ha macam tulah ceritanya. Jadi jangan terkejut jika satu hari nanti, apabila anda telah mendaftarkan anak-anak anda ke tadika “ada nama” tetapi perkembangan semasa tidak sepertimana yang anda jangkakan atau harapkan. Kerana situasi sebegini ada berlaku.

Namun tak semua ya? Ada juga tadika “ada nama” yang mempunyai banyak franchise, pihak tadika induk senantiasa mengawal kualiti tadika franchise di bawah nama mereka. Mereka akan sentiasa memantau dan melakukan audit untuk memastikan yang tadika franchise di bawah mereka sentiasa mengikuti garis panduan yang telah mereka tetapkan. Jangan risau sangat aihhh bila Farah cerita macam ni. Ok? Cuma Farah sekadar berkongsi supaya anda sebagai ibu bapa yang bakal melalui pengalaman ini buat pertama kali menjadi tak terkejut. Menjadi tak melompat bila mana tahulah kan? Bakal berhadapan di dalam situasi yang Farah ceritakan di atas? Ini sekadar nak berikan pendedahan jer. Sekadar nak preamp jer supaya nanti taklah rasa kecewa sangat-sangat dan rasa tak boleh nak terima sangat.

Supaya nanti apabila berlakunya keadaan sebegini, sebagai ibu bapa kita tahu apa tindakan yang perlu kita lakukan dan apa yang sepatutnya kita lakukan. Tu jer. Semoga apa yang Farah kongsikan pada entri kali ini bermanfaat buat anda. Winking smile

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !