Rahsia Kuasai Sifir Untuk Anak-Anak!

Farah Waheda Wahid
0
RAHSIA KUASAI SIFIR UNTUK ANAK-ANAK 8

Bila sebut sifir, secara automatik kepala mesti teringat pada Siti Sifir. Open-mouthed smile. Siti Sifir? Ha ha ha…budak-budak zaman sekarang mungkin tak kenal lah kot dengan Siti Sifir dari rancangan A.L.O.N.G. sewaktu Farah membesar dulu. Tapi yang saing-saing Farah dan bawah sikit daripada Farah mungkin kenal sangat dengan Siti Sifir ni. Agak-agak entah manalah Siti Sifir tu kan? He he he… Secara kebetulan terjumpa satu artikel dari satu pautan di SINI berkenaan dengan penguasaan sifir. Haaa… ni penting ni… Sebenarnya berkongsi sebab untuk rujukan diri sendiri untuk anak sendiri, sambil-sambil tu berkongsi jugalah dengan mereka-mereka yang sudi membaca Bubblynotes.Com ni ha… Rahsia Kuasai Sifir Untuk Anak-Anak!

Papa Farah selalu sangat berulang kali pesan pada Farah sewaktu Farah di sekolah rendah dulu… Asas paling utama dan kunci paling utama untuk subjek Matematik adalah penguasaan sifir. Sifir tu sangat sangat penting. Sewaktu sekolah rendah dulu, sampai menangis-nangis kena hafal sifir dan kena marah disebabkan tak hafal sifir. Ekekeke… Itu cerita dulu lah… Cerita sewaktu berada di Darjah 3. Makanya, bila dah ada anak ni, disebabkan dah tau bagaimana rasanya terpaksa menghafal sifir sehinggakan kena habiskan masa yang lama untuk menghafal sifir 1 sehingga sifir 12, dalam hati dan fikiran ni bukan tak terniat dan terfikir untuk memudahkan lagi kerja-kerja anak bujang ni nanti bila dah bersekolah rendah di dalam aktiviti menghafal sifir.

Nahhh…kebetulan terjumpa pula formula hafal sifir cara kilat yang dikongsikan oleh Ranchhoddas Shamaldas Chanchad. Ada sesiapa di antara anda yang pernah menggunakan cara menghafal sifir semudah ini? Bagi yang baru nak tahu tentang kaedah ini, berikut adalah cara mudah untuk ingat sifir.

RAHSIA KUASAI SIFIR UNTUK ANAK-ANAK 2

1. Tulis angka yang berwarna biru dulu.
2. Kemudian tulis angka berwarna merah.
*(Sesetengah sifir mula dengan warna merah dulu sebab ikut pattern susunan nombor).

RAHSIA KUASAI SIFIR UNTUK ANAK-ANAK 3
 
3. Buat untuk setiap sifir.
 
RAHSIA KUASAI SIFIR UNTUK ANAK-ANAK 4
 
 
4. Jika pelajar faham cara menulis sifir-sifir ini, masuk peperiksaan dia hanya perlu tulis semula.
 
RAHSIA KUASAI SIFIR UNTUK ANAK-ANAK 5
 
5. Contoh soalan tanya berkenaan sifir 5.
 
RAHSIA KUASAI SIFIR UNTUK ANAK-ANAK 6
 
6. Jadi dia perlu tulis balik hanya sifir 5 dalam kertas soalan dan pilih jawapan yang tepat.
 
RAHSIA KUASAI SIFIR UNTUK ANAK-ANAK 7

7. Mudah dan tepat!
 
NOTA:
Ada yang cadangkan teknik hafal berlagu untuk setiap sifir adalah lebih praktikal. Please bear in mind that ini hanyalah teknik dan juga support kepada pelajar.
 
Every person have different abilities and techniques in learning. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !