POKOKS EXCLUSIVE KIDSWEAR Sebagai Gaya Lebaran Firash 2017

POKOKS EXCLUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH!

Persiapan menyambut lebaran bagi tahun 2017 tidak sama seperti tahun 2016 dan juga tahun-tahun sebelumnya. Untuk tahun 2017 ni… secara jujurnya diakui, satu apa pun persiapan lebaran untuk si anak bujang, Farah tak lakukan. Kalau tahun-tahun lepas tu, bukan main terujanya… Seawal bulan Disember sudah mula bergencet-gencet melakukan persiapan untuk lebaran si anak bujang. 2017? Nan hado! Hu hu hu… Semuanya disebabkan oleh beberapa alasan peribadi yang tidak dapat nak diceritakan secara umum di mana-mana platform alam maya. Open-mouthed smile…Ngeee… Tapi tak apalah… Kita lupakan saja apa yang berlaku itu dan jadikan ia sebagai satu pengajaran. Ingatkan tak dapat nak siapkan persiapan raya si anak bujang, akan tetapi benarlah kata orang, rezeki anak itu akan tetap ada. Alhamdulillah, syukran Ya Allah. Jika tahun 2016, Iman Firash berpeluang untuk mencuba memperagakan koleksi baju raya dari Adam Baju MelayuTahun 2017, baju raya Firash beralih kepada POKOKS pula. POKOKS Exclusive Kidswear Sebagai Gaya Lebaran 2017 Firash! Yang masih tercari-cari dan terfikir-fikir tentang baju raya anak-anak pada tahun 2017 ni, bolehlah baca dulu entri Farah pada kali ini untuk berkenalan dengan POKOKS…Manalah tahu kan? Kot-kot terjumpa apa yang dicari-cari untuk anak-anak? Farah suka tau! POKOKS ni memang eksklusif weiii! Ala-ala ethnic urban macam tu gaya dia. Unik!

Pernah dengar tentang POKOKS?

POKOKS EXLCUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH!

POKOKS diinspirasikan oleh budaya dan juga keindahan alam semulajadi di mana setiap koleksi POKOKS adalah dihasilkan oleh seorang ibu kepada tiga orang anak gadis yang mementingkan keselesaan tanpa melupakan kepentingan gaya untuk anak-anak kecil yang sedang aktif berekplorasi dengan persekitaran mereka. Berdiri di bawah nama KIMJAYA Clothing, apa yang dapat Farah beritahu kepada anda, sekali lagi ni ulang… Farah sangat sukakan koleksi dari POKOKS. Unik dan memang lain dari yang lain.

Farah dah lihat dah semua koleksi-koleksi dari POKOKS dan bila Farah lihat jer… Farah yang jadi teruja dengan koleksi POKOKS. Nampak cantik, menarik, lain dari yang lain serta comel sangat kalau anak-anak kecil memperagakan koleksi dari POKOKS. Selesa pun selesa nampaknya. Haaaa… keselesaan itu penting ya untuk anak-anak kecil, terutamanya ketika musim perayaan kan? Dengan cuaca panas melahar… Kalau pakaian raya anak-anak dari fabrik yang tidak menyerap peluh atau panas… Alahaiii…Kesiannya si kecil. Farah memang tak boleh tengok budak-budak seksa dalam pakaian mereka. Kesian tau tak! Sedangkan kita yang dewasa pun boleh rasa tak selesa, boleh rasa berlengas apatah lagi anak-anak kecil kan?

Faham-faham jerlah, bila beraya, selalunya akan makan masa yang panjang… Silap haribulan sehari suntuk… Pengalaman sebelum-sebelum ni, masuk jer tengah hari memang Farah dah togelkan Firash, bagi sejuk badan dia dan mandikan dia. Kalau tidak? Alamatnya… naiklah ruam satu badan. Sebab tu, seboleh mungkin Farah akan cuba cari material baju serap peluh, nipis dan tidak panas serta memberikan keselesaan kepada Firash. Baju Melayu raya Firash mana pernah ada leher tinggi tu… semuanya leher jenis leher Teluk Belanga. Kan? Namanya leher Teluk Belanga kan? Yang macam leher baju kurung tu…Ekekeke… Smile with tongue out… Tu semua sebab semata-mata nak beri keselesaan semaksima mungkin kepada dialah.

Tahun 2017 ni, bila berjumpa dengan POKOKS… Wahhh…terus rasa jatuh hati dengan koleksi yang ditawarkan oleh POKOKS… Dalam hati ada juga terdetik kenapalah tak tau tentang POKOKS ni dari awal lagi… Kalau tau dari dulu, memang POKOKS lah yang menjadi pilihan baju raya untuk Firash. Menarik tau…Koleksi dari POKOKS ni… Tak percaya? Cuba lihat ni:

POKOKS EXLCUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH! 2

POKOKS EXLCUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH! 3

POKOKS EXLCUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH! 4

POKOKS EXLCUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH! 6

POKOKS EXLCUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH! 7

POKOKS EXLCUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH! 14

POKOKS EXLCUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH! 15

POKOKS EXLCUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH! 16

POKOKS EXLCUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH! 17

POKOKS EXLCUSIVE KIDSWEAR SEBAGAI GAYA LEBARAN 2017 FIRASH! 18

Sesuatu yang lari dari kebiasaan dan nampak selesa untuk anak-anak kecil. Untuk pengetahuan anda, koleksi POKOKS available untuk kanak-kanak sedari usia bayi sehingga 12 tahun. Farah percaya, dengan apa yang ditawarkan dibandingkan dengan harga, ianya adalah sangat-sangat berbaloi untuk perbelanjaan raya ibu bapa. Anda sebagai ibu bapa akan berasa puas hati dengan apa yang anda bayar. Kualiti, jahitan serta penampilan anak setelah menyarungkan koleksi POKOKS dapat memberikan kepuasan kepada ibu bapa yang mengeluarkan belanja untuk pakaian raya anak. Memang anda boleh rasa puas dengan apa yang anda belanjakan. Apa orang kata? Rasa tak sia-sia bayar untuk pakaian anak dengan koleksi unik sebegini dari POKOKS.

Rasa dah tertarik? Serta nak tahu lebih lanjut? Winking smile.

Untuk Maklumat Lanjut:



NAMA SYARIKAT:
KIMJAYA Clothing (002508606-V)


NO. TELEFON : +60 16 556 9865 (Hanya What’s App & SMS sahaja)

ALAMAT PEJABAT:
70-2, Jalan Setia Gemilang BM U13/BM,
Setia Alam Seksyen U13, Shah Alam,
40170, Selangor, Malaysia

Cuma satu jer nak cakap ni… Kalau betul-betul berminat, sila cepat sebab koleksi dari POKOKS ni laku keras macam pisang goreng panas… Dah hampir kehabisan stok dah sekarang…Jadi sebelum terkilan dan terlewat, baiklah mula rajin-rajinkan diri untuk dapatkan koleksi POKOKS untuk raya tahun ni untuk anak-anak…Kalau tak… Hu hu hu… Terpaksalah tunggu raya tahun depan ya? Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel POKOKS EXCLUSIVE KIDSWEAR Sebagai Gaya Lebaran Firash 2017, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 25, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Cantik baju kurung gegirl tu....huhu

    Anyway...Selamat berpuasa buat Farah & Family... =)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia