Panduan Solat Terawih Buat Ibu-Ibu Yang Tak Dapat Ke Masjid / Surau

Farah Waheda Wahid
0
PANDUAN SOLAT TERAWIH DI RUMAH BUAT IBU-IBU 10

Ramadhan setelah bergelar seorang ibu itu adalah berbeza dengan Ramadhan sebelum bergelar seorang ibu. Ramadhan setelah bergelar ibu memang menyeronokkan tetapi di dalam masa yang sama agak mencabar juga. Ha ha ha… Open-mouthed smile. Bab mencabar tu, ada banyak jenis cabaran dan seperkara lagi adalah, mungkin ibu-ibu tidak berpeluang untuk mengikuti solat terawih di masjid ataupun surau disebabkan komitmen bersama anak kecil di rumah. Iyalah, jika si ayah telah pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat terawih, siapa pula yang menjaga anak-anak kecil di rumah nanti kan? Takkan nak ditinggalkan sebegitu sahaja? Tidak mengapa… masih ada peluang untuk melakukan solat terawih di rumah sebagaimana yang dikongsikan oleh Netty Ah Hiyer di dalam artikel mengenai panduan solat terawih buat ibu-ibu yang tidak dapat ke masjid / surau di pautan di SINI.

PANDUAN SOLAT TERAWIH DI RUMAH BUAT IBU-IBU
 
Solat Tarawih bererti solat yang dilakukan dalam keadaan berehat atau bersenang-senang tanpa terburu-buru untuk menyelesaikannya.
 
PANDUAN SOLAT TERAWIH DI RUMAH BUAT IBU-IBU 2

Solat Sunat Tarawih


● Niatnya :
Ø£ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّÙ€َــة َ الــتـَّÙ€َــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّÙ€َـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
 
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
 
PANDUAN SOLAT TERAWIH DI RUMAH BUAT IBU-IBU 3
● Apa yang wajib adalah surah Al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
 
PANDUAN SOLAT TERAWIH DI RUMAH BUAT IBU-IBU 5

Bacaan Doa

 
PANDUAN SOLAT TERAWIH DI RUMAH BUAT IBU-IBU 6
 
Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
 
PANDUAN SOLAT TERAWIH DI RUMAH BUAT IBU-IBU 7

 

Solat Sunat Witir

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
 
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
 
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
 
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَØ©ً Ù„ِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
 
Sumber/Foto: Facebook Mrs. Mama Zone via Mingguan Wanita

*Semoga bermanfaat… Kalau boleh Ramadhan kali ni nak perbaiki Ramadhan yang lepas. In Shaa Allah, mudah-mudahan… Amin.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !