MOEDER Formula Khusus Wanita Hamil & Menyusu Yang Penuh Manfaat!

Farah Waheda Wahid
3
MOEDER FORMULA KHUSUS WANITA HAMIL & MENYUSU YANG PENUH MANFAAT!

Adakah anda sedang hamil? Sedang di dalam menyusukan anak di dalam program penyusuan ibu? Ataupun isteri anda hamil? Atau menyusukan anak melalui program penyusuan ibu? Hurmmm… Mungkin kandungan entri Farah pada kali ini adalah sesuatu yang bermanfaat untuk anda dan perlu anda ketahui. Ianya berkenaan dengan produk MOEDER Formula Khusus Untuk Wanita Hamil & Menyusu Yang Penuh Manfaat! Cumanya, dalam satu perenggan ni, tak bolehlah Farah nak cerita semua manfaatnya sekaligus kan? Makanya, jika anda nak tau, anda kenalah menghabiskan pembacaan entri Farah pada kali ini. Betul tak? Kalau tak baca keseluruhan isi artikel, manakan tau apa manfaat yang Farah maksudkan ini… Jadi? Tunggu apa lagi? Anda-anda-anda yang berkaitan… sila baca sekarang! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Farah takkan ulang ajak tau… Sekali ni jer Farah ajak, selepas ni, kalau anda nak, anda kena cari informasi ni sama ada melalui kotak carian di Bubblynotes.Com mahupun di enjin carian seperti Google.

Promotion - Moeder Re-edit

Bila Farah dah kaji, bila Farah dah baca segala maklumat mengenai MOEDER yang Farah perolehi dari pelbagai sumber, Farah dapati MOEDER adalah merupakan sesuatu yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu yang sedang hamil dan juga menyusukan anak-anak kecil. Jadi rasanya, walaupun Farah tidak menyusukan Firash melalui penyusuan susu ibu, tidak salah sekiranya Farah berkongsi sesuatu yang baik serta bermanfaat. Untuk pengetahuan semua, MOEDER adalah sejenis produk buatan Malaysia oleh bumiputera serta dikeluarkan oleh kilang GMP yang tidak mengandungi sebarang bahan terlarang. Ianya adalah SELAMAT untuk diminum oleh individu yang jatuh di bawah kategori yang diklasifikasikan oleh Farah terlebih dahulu di permulaan entri ini tadi.

MOEDER mengandungi lebih dari 20 bahan sunnah seperti susu kambing, tomato, madu, anggur, kurma, buah tin, sarang burung, rumpai laut, gam arab, aloevera, billberry, lobak, brokolli, betik, stevia, vanilla dan habbatussauda.

Ramuan MOEDER1

Dari kandungan pun dah boleh agak yang MOEDER ni sememangnya diformulasikan dan didatangkan khas dengan pelbagai khasiat serta manfaat. Yang mana, MOEDER ini sangat bermanfaat bagi kedua-dua ibu dan anak untuk:

Khasiat Buat Ibu Hamil

1. Mencerahkan kulit.
2. Mengatasi masalah rabun malam.
3. Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil.
4. Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika hamil.
5. Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika hamil.
6. Mengatasi masalah depresi (stress).
7. Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
8. Mengelakkan sembelit bagi ibu hamil.
9. Menguatkan pernafasan (mengurangkan asma dan lelah bagi ibu hamil).
10. Membanyakkan darah (pengganti kerang seperti tradisional).
11. Meningkatkan produksi susu ibu (banyakkan susu ibu).
12. Melembabkan kuli.
13. Mengurangkan kesan selulit pada perut.
14. Mencegah osteoporosis.
15. Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan.
16. Menguatkan kandungan bagi ibu yang baru hamil.
17. Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin.
18. Mengatasi masalah mual.
19. Menormalkan metabolisme.
20. Mencegah kegemukan selepas bersalin.
21. Rasa Vanila berlemak tanpa menyebabkan rasa loya.

Khasiat Buat Kandungan Atau Bayi

1. Mengurangkan risiko demam kuning.
2. Meningkatkan daya tahan tubuh bayi (selesema, demam).
3. Melebatkan rambut.
4. Menghitamkan rambut dan bersinar terhadap bayi.
5. Memutih dan melicinkan kulit bayi.
6. Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi.
7. Mencegah asma dan lelah.
8. Mencegah rabun ketika besar.
9. Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah dan organ pembiakan.
11. Membantu kecergasan otak bayi (anak pintar).
12. Membantu sistem pencernaan bayi yang menyusu badan ibu yang mengamalkan MOEDER.

Khasiat Buat Ibu Selepas Hamil / Menyusukan Bayi  / Bayi Menyusu

1. Membanyak dan memekatkan produksi susu.
2. Mencegah kegemukan.
3. Mencerahkan dan melembabkan kulit.
4. Membantu menghilangkan selulit ketika hamil.
5. Membantu merawat luka dalaman semasa bersalin dengan cepat.
6. Memberi tenaga terutama ketika berpuasa tetapi menyusukan bayi.
7. Mengurangkan stress.
8 Mengatasi atau mencegah rabun.
9. Mengenyangkan bayi dan atasi masalah sedu.
10. Menguatkan sistem pernafasan bayi.
11. Membantu daya ingatan bayi.

Itu baru khasiat… sepertimana Farah pung pang pung pang bercerita di dalam perenggan sebelum-sebelum ni. Berikut adalah satu persatu khasiat bahan-bahan di dalam MOEDER untuk pengetahuan anda:

MOEDER FORMULA KHUSUS WANITA HAMIL & MENYUSU YANG PENUH MANFAAT! 2 (2)

 

Susu Kambing

Kandungan yang terdapat dalam susu kambing ialah seperti protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B112,dan potassium. Selain itu, susu kambing juga dapat membantu mengurangkan risiko demam kuning pada bayi kerana ianya mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.

Malahan menurut satu kajian Universiti Granada, susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu yang mana molekul susu kambing lebih halus dan hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan masa dua jam.

Ekstrak Tomato

Tomato juga mengandungi lycopene, yang mana membantu untuk mencerahkan kulit. Juga tomato mengandungi vitamin A yang baik untuk mengatasi masalah rabun malam. Malahan ia membantu menghasilkan rambut bayi yang lebat dan sihat juga kulit bayi yg licin dan gebu.

Habbatussauda

Membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan stamina. Ianya juga dapar mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi atau rendah ketika hamil. Malahan ia dapat mengatasi depresi , gejala “cramp” dan kelelahan pada akhir trimester.

Madu

Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan. Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air dimana mengelakkan sembelit bagi ibu hamil. Juga membantu menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah. Madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung.

Ekstrak Anggur

Anggur adalah sumber zat besi, fosfor, kalsium, asam organik, karoten, lesitin, vitamin C, dan vitamin B1 yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil. Selama masa kehamilan, permintaan darah jauh lebih tinggi, oleh sebab itu perlu mengkonsumsi makanan dengan sumber zat besi yang baik seperti anggur.

Lutein

Berfungsi untuk melindungi fungsi penglihatan dan memperkuatkan retina. Juga ia akan memberi kesan mengaktifkan produksi kilang susu ibu.

Sarang Burung

Melembabkan kulit ibu hamil , mengurangkan kesan “stretch mark”. Juga ia dapat menguatkan paru-paru bayi. Juga ia dapat menyegarkan mata dan memperbaiki aliran darah dan membantu mengurangkan masalah “cramp”. 8.Seaweed Kandungan serat 'seaweed' tinggi dan rendah kalori. Oleh itu, serat padanya (seaweed) akan memudahkan proses buang air besar bagi ibu mengandung yang sering mengalami sembelit. Lemak yang terkandung dalam 'seaweed' tersusun dari asid lemak esensial omega 3 dan omega 6 yang sangat diperlukan untuk pembentukan rangkaian pada janin, terutamanya untuk pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.

Buah Tin

Mengurangkan risiko darah tinggi ketika mengandung , juga dapat mencegah osteoporosis. Kandungan kalsium serta kalium buah tin dapat mencegah penipisan tulang sekaligus dapat meningkatkan kepadan pada tulang. Kandungan kalsium yang terdapat pada buah tin adalah lebih tinggi dari jumlah kalsium yang terdapat pada susu.

Kurma

Buah kurma sememangnya berkhasiat untuk ibu mengandung. Ia kaya dengan vitamin B6, asid folik,kalium,zat besi dan magnesium. Magnesium susah untuk diperoleh dalam bentuk semula jadi sedangkan ia penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah. Justeru pengambilan buah kurma yang kaya dengan pelbagai khasiat termasuk magnesium semula jadi amat bermanfaat untuk ibu-ibu mengandung. Kajian sains menunjukkan,semasa sedang dalam proses melahirkan anak (labour),kadar gula dalam darah akan menurun dan keadaan ini mendatangkan kelesuan kepada si ibu. Pada masa itu si ibu memerlukan,antaranya karbohidrat bagi mengembalikan tenaga di samping kalium (potasium).

Gam Arab /Manna

Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan dapat memperbaiki sistem imun ibu mengandung dari merasa letih2 badan juga rasa mual . Ia juga membantu serapabn mineral seperiti zink , sodium dan calcium yang diperlukan oleh para ibu hamil.

Bilberry

Mengandungi zat aktif yang disebut anti oksida dan membantu mengatasi masalah rabun mata.

Aloe Vera

Memperbaharui sel kulit melembapkan sel kulit. Menjadikan kulit bersih dan bersinar. Ia juga dapat mematikan pigmen hitam yang sering di alami ibu hamil dan melicinkan kulit. Untuk bayi dalam kandungan , ia meransang pertumbuhan folikel2 rambut yang lebat dan bersinar.

Lobak Merah

Mencerahkan penglihatan mata disamping menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan dan menormalkan metabolism untuk mengatasi masalah mual di kalangan ibu hamil.

Brokoli

Mengandungi beberapa zat gizi seperti vitamin A, B, C , K dan mineral seperti kalsium juga zat besi untuk menyokong semasa proses kehamilan berlangsung.

Omega 3

Omega-3 sangat penting untuk mempertahankan keseimbangan produksi suatu zat seperti hormon yang disebut prostaglandin. Prostaglandin membantu mengatur banyak fungsi fisiologis yang penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, transmisi saraf, respon inflamasi dan alergi, fungsi ginjal dan saluran pencernaan, dan produksi hormon lainnya. Omega-3 juga digunakan untuk mengubati dan mencegah gangguan mood ketika hamil.

Betik

Betik kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu hamil terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folic yang baik untuk ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat ketika hamil.

Stevia

Stevia merupakan 100% ekstrak pemanis semula jadi daripada spesies tumbuhan herba stevia Rebaudiana. Selain berfungsi sebagai pemanis, khasiat yang lain pada daun ini ialah sebagai ubat bagi menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan, dan mampu menurunkan berat badan.

Vanilla

Sebagai perisa dan dapat membantu mengurangkan rasa loya pada ibu hamil.

Non Dairy Creamer

Mengurangkan rasa loya dan rendah kalori.

Haaaa… lengkap tak Farah beritahu kepada anda tentang seribu satu khasiat yang terkandung di dalam MOEDER? Nasiblah panjang berjela mana pun entri Farah pada kali ini. Janji Farah tidak ketinggalan di dalam memberikan maklumat-maklumat yang patut anda tahu! Winking smile.

MOEDER FORMULA KHUSUS WANITA HAMIL & MENYUSU YANG PENUH MANFAAT! 2

MOEDER adalah didatangkan di dalam bentuk paket sachet yang memudahkan penggunaannya. Farah adalah juga cuba-cuba rasa walaupun tak jatuh di dalam kategori wanita yang memerlukan MOEDER ni ha. Open-mouthed smile. Ha ha ha… sebelum nak cerita, sebelum nak kongsi, kena ada pengalaman sendiri dulu ya tak? Winking smile. Boleh tahan sedap rasanya! Farah suka! Sebab rasa MOEDER adalah rasa Vanilla.

Website Moeder

Daripada pemerhatian serta tinjauan Farah, ramai yang sudah mencuba dan suka dengan MOEDER. Hasilnya, pelbagai testimoni yang baik telah diberikan.

Print

Print

Print

Print

Print

Print

Print

Print

Print

Print

Dengan berat 600 gram sebotol, harganya adalah RM 159 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 169.00 untuk Sabah dan Sarawak. Tapi! Sekarang ni MOEDER sedang menjalankan promosi yang sangat berbaloi-baloi… Cuma  RM 129.00 sahaja untuk Semenanjung dan juga Sabah / Sarawak dengan YURAN POS PERCUMA. Haaa…inilah peluang keemasan untuk anda mencuba MOEDER di bawah harga pasaran sebenar ya tak? Sebotol MOEDER cukup untuk 1 bulan setengah.

Lupa pula nak cakap yang, MOEDER ni kan, membantu masalah tekanan darah rendah pada wanita mengandung. Iyalah dalam MOEDER kan ada kurma yang berfungsi untuk pekatkan darah. Jadi bolehlah ianya membantu di dalam meningkatkan tekanan darah. Yang tercari-cari milk booster tu… Memang molek sangatlah mulakan pengamalan MOEDER. Tunggu apa lagi?

UNTUK MAKLUMAT DAN INFORMASI LANJUT:
 
Laman Web
www.moederhq.com



Laman Facebook MOEDER



Laman Instagram MOEDER
Moeder_MilkBooster

Alamat:
Millennial Gen Sdn Bhd (1167089-D)
11G, Jalan Keluli AL7/AL,
Pusat Perniagaan Bukit Raja,
Section 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel: +603 3358 5344 | HP: +6010-4042769

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !