Latih Tubi Memakai Pakaian Sendiri

Farah Waheda Wahid
0
LATIH TUBI MEMAKAI PAKAIAN SENDIRI

Dah besar… Smile… Sampai bila Mommy atau nenek nak kena pakaikan baju dan seluar untuk dia kan? Winking smile… Usia-usia sebegini, 2 sehingga 3 tahun, memang elok sangatlah kalau-kalau ibu bapa dah mula nak latih tubi memakai pakaian sendiri. Iyalah sebagai ibu bapa bukannya kita 24/7 mengulit anak, ada masa-masanya kita ni tak ada di sisi anak-anak ya tak? Banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu kita selesaikan. Bagi pendapat Farah, bila dah cecah usia 2 sehingga 3 tahun tu, dah elok sangatlah untuk kita sebagai ibu bapa mula melatih anak-anak untuk berpakaian sendiri.

Bukan sekadar untuk melatih anak-anak kecil kita supaya berdikari tetapi juga untuk mereka membentuk rasa percaya diri, di samping melatih skil motorik anak-anak. Tak kiralah sama ada anak sulung, anak tengah, anak bongsu mahupun anak tunggal… latih tetap latih… Tiada istilah favouritisme di sini. Sebabnya, latihan berpakaian sendiri ini adalah merupakan salah satu skil kehidupan yang penting untuk anak-anak.

Farah akui yang Farah sememangnya tidak mempunyai sebarang pengalaman melatih anak kecil untuk berpakaian sendiri. Al-maklumlah, Farah bukannya ada adik-adik kecil di bawah Farah sewaktu Farah membesar dahulu. Walaupun nenek Firash pernah menjaga berpuluh-puluh anak orang. Mengasuh berpuluh-puluh anak orang. Bab melatih anak kecil untuk berpakaian sendiri ni sememangnya Farah tak pernah terlibat dan tak pernah campur langsung. Bila tiba giliran diri sendiri melalui fasa ini serta pengalaman ini, sukalah kiranya Farah nak berkongsi pengalaman yang tidak seberapa dari Farah yang pada ketika ini sedang melatih Firash untuk berpakaian sendiri.

Pengalaman ni bagi Farah adalah sesuatu yang menyeronokkan dan pengalaman ni memang tak boleh beli kat mana-mana pun. Duit tak dapat beli pengalaman sebegini oiii… Apa tips yang Farah nak kongsikan? Ok, anda boleh baca apa yang Farah bebelkan di bawah ni. Manalah tau kalau-kalau ianya berguna untuk anda-anda yang merupakan ibu bapa pertama kali dan sama seperti Farah yang tidak pernah mempunyai pengalaman seumpama ini sebelum ini kan?

Kesabaran Pada Tahap Tertinggi

Sabar menunggu anak-anak kecil yang terkail-kail untuk menyarungkan baju, seluar ataupun kain. Sabar untuk memberikan arahan yang kadang-kala tidak diikuti oleh anak-anak kecil kerana mereka mahu mengikut cara mereka dan gaya mereka. Sabar sekiranya hasil pemakaian adalah tidak sempurna, terbalik atau apa sahaja. Pendek kata, kena sabar! Kalau tak sabar, haiii nampak gayanya sampai bila pun misi nak ajar anak-anak kecil berpakaian sendiri akan tergendala. Jangan marah-marah, jangan garang sangat, jangan tegas sangat, nanti terbantut anak tu nak usaha berpakaian sendiri. Elok-elok dari dia nak berlatih berpakaian sendiri, langsung dia tak berminat. Anak-anak ni kena ada gaya dan cara tersendiri di dalam mendekati mereka dan mendidik mereka. Tidak semua anak-anak boleh terima cara-cara tertentu. Lain anak, lain pendekatannya.

Mulakan Dengan Leher Baju

Langkah pertama yang boleh anda lakukan sebagai ibu mahupun bapa adalah latih anak-anak untuk memulakan latihan berpakaian sendiri dengan memasukkan kepala mereka pada lubang leher baju. Ini yang paling asas untuk mereka tahu, kalau nak sarungkan baju mesti sarungkan dengan mencari di mana lubang leher baju. Maknanya kena kenalkan pada mereka yang itu adalah leher baju. Kalau nak pakai baju mesti cari lubang tu dulu. Baru boleh pakai baju. Open-mouthed smile. Mula-mula tu memang anda akan nampak mereka seolah-olah macam struggling nak melepaskan kepala di lubang leher baju tu. Situasi ni kadang-kala boleh buatkan kita tersenyum sendiri ataupun tergelak. Kalau dah kalut dan anak dah mula panik, tolonglah, jangan tak tolong pula. Baru nak belajar kan?

Setiap kali memakai baju, biarkan anak-anak mulakan pemakaian dengan mencari lubang leher baju dan memasukkan kepala mereka ke dalam lubang leher baju tu. Buat yang ini jer dulu. Tak perlu yang lain dulu pun tak apa. Beri mereka ruang dan peluang serta masa untuk memahirkan diri dengan lubang leher baju terlebih dahulu. Satu persatu. Tak perlu gelojoh nak anak cepat pandai berpakaian sendiri. Bila dah lepas leher baju, selepas tu langkah kedua akan menjadi lebih senang bila kita nak latih anak untuk memasukkan tangan kanan dan kiri mereka ke lengan baju. Dari pemerhatian Farah, bab masukkan tangan ke lengan baju ni, kadang-kadang tak masuk ke lubang lengan baju pun. Ha ha ha… Open-mouthed smileMasuk ke leher baju. Mana keluar kepala, situ juga keluar tangan.

Memakai Seluar

Langkah seterusnya, untuk latih mereka memakai seluar sendiri. Ajar mereka untuk masukkan kaki kanan dan kiri satu persatu. Ikut mereka, kalau selesa bagi mereka nak duduk dulu kemudian berdiri ketika cuba belajar memakai seluar, biarkan. Kalau selesa berdiri, biarkan. Kita tak perlu tetapkan kena duduk ke? kena berdiri ke? kalau nak pakai seluar. Janji misi tercapai. He he he… Biar jer, selama mana masa yang mereka nak ambil. Jangan sibuk nak suruh anak pakai seluar cepat-cepat. Nanti karang ada pula yang terjatuh sebab gopoh sangat nak pakai seluar.

Membutangkan Baju

Pelajaran yang seterusnya adalah pelajaran untuk membutangkan baju sendiri. Yang ni sememangnya bukan kerja senang untuk anak-anak kecil walaupun senang bagi kita yang dewasa. He he he… Kalau butang katup tu, mungkinlah senang bagi mereka kan? Nak butang baju anak-anak kecil perlu teliti dan perlu sabar. Boleh jer, ibu bapa berimaginasi ibarat story telling… Contohnya yang Farah beri pada Firash… a snail needs to go in to its hole. Sebab latihan membutang baju ni adalah boleh jadi sesuatu yang membosankan anak-anak kecil bila mereka cuba berkali-kali tak dapat, cuba berkali-kali macam susah sangat… Terpaksalah Farah gunakan cara ni untuk tarik perhatian Firash supaya dia lebih bermotivasi dan seronok nak mencuba butang baju kan? Smile with tongue out

Memasukkan Butang Pada Pergelangan Tangan Jaket Atau Baju Kemeja

Ini memang lagi satu bab yang akan memakan masa. Bukan setakat anak-anak kecil jer. Kita yang dewasa ni kalau tak betul-betul pun ada masa akan terbabas bila nak masukkan butang pergelangan tangan pada baju kemeja yang kita pakai. Aktiviti latih tubi yang satu ni, tak semestinya hari-hari nak kena berlatih. Tapi bila sesekali keluar ke? Contohlah kalau cuaca sejuk ke, minta anak-anak cuba untuk butangkan pergelangan tangan jaket mereka untuk mengelakkan mereka dari kesejukkan cuaca. Pelan-pelan, lama-lama nanti bolehlah tu.

Melipat Lengan Baju

Ini boleh jadi dua. Pertama, untuk memudahkan anak-anak kecil melipat lengan baju kemeja yang panjang, boleh ajarkan mereka untuk cuba lipat sebelum memakai baju. Ataupun kalau keluar untuk outing dengan anak-anak, bila tiba waktu makan, ajar mereka untuk lipat lengan baju kemeja pada waktu itu agar lengan baju tak jadi kotor.

Pemerhatian dan bantuan adalah sesuatu yang tak boleh dipisahkan ketika melatih anak-anak kecil untuk berpakaian sendiri. Jangan expect anak-anak kecil untuk cepat menguasai dan mahir di dalam memakai pakaian sendiri. Pelajaran memakai pakaian sendiri ni memakan masa. Ada anak-anak kecil yang cepat mahir, ada yang memakan masa yang agak lama. Jangan gelakkan seolah mempersendakan mereka sehingga mereka merasa rendah diri. Kalau rasa kelakar macam mana sekalipun, cuba kawal gelak tu. Jangan bagi anak-anak ada low self-esteem. Hu hu hu, kesian diaorang tau… Baru nak belajar-belajar… Janganlah gelak ok?

Moga-moga, sedikit sebanyak, this is something that can be used as guidance to the first timer parents out there. Walaupun mungkin ada yang akan berkata, alaaa… ni kacang jer ni… tak perlu baca tips macam ni pun boleh latih anak pakai baju sendiri… Hu hu hu… But we never know, there are people out there that might be in need of this guidance or tips or info kan?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !