Home » , , , , , , , , , , , , » Cerita WANITA Untuk WANITA: HARUM MALAM Supplemen Dalaman Terbaik Untuk WANITA!

Cerita WANITA Untuk WANITA: HARUM MALAM Supplemen Dalaman Terbaik Untuk WANITA!

HARUM MALAM  (1)

Anda wanita berkahwin? Anak dara? Wanita berpantang? Wanita yang menyusukan anak-anak kecil? Ataupun sudah berusia lebih dari 50 tahun? Tak kiralah siapa pun anda… Asalkan namanya WANITA, PEREMPUAN, GADIS… Mari sini rapat-rapat ke skrin anda dan baca sehingga habis cerita WANITA untuk WANITA: HARUM MALAM supplemen dalaman terbaik untuk WANITA dari Mommy Firash meh! Kalau anda tak nak baca, Farah tak rugi pun… tapi andalah yang rugi sebabnya anda bakal ketinggalan sesuatu yang sangat-sangat diperlukan oleh semua wanita serta bermanfaat di dalam menambahbaikkan kehidupan serta kesihatan anda. Farah cerita jer… Tak nak ambil tahu tak apa… Nanti… kemudian hari, jangan cakap kakak tak payung tau! Winking smile

Promotion - Moeder Re-edit

Kisahnya… dulu selalu jugalah nampak iklan tentang produk HARUM MALAM di laman media sosial seperti Facebook dan juga Instagram. Tapi hakikatnya, secara jujurnya Farah tak pernah pun nak ambil tahu dengan lebih terperinci mengenai produk HARUM MALAM ni, walaupun ramai juga yang dah berikan testimoni-testimoni hebat mereka ke atas produk ini. Entah kenapa, Farah nampak, tapi Farah buat tak kisah. Ada juga di antara rakan-rakan blogger yang dah pernah review HARUM MALAM… Tapi baca sekadar baca jer lah… Dalam hati belum terbuka lagi untuk mencuba produk HARUM MALAM yang dipasarkan oleh Millenial Gen Sdn. Bhd. ni.

Sehinggalah, semenjak dua menjak kebelakangan ni, Farah sudah mula terasa yang badan Farah ni terlalu mudah berasa lesu, letih dan seolah-olah tidak cukup rehat. Al-maklumlah, sejak Iman Firash bersekolah tadika ni, kehidupan seharian bukan juggling lagi dah… Muahahaha… Open-mouthed smile… Tapi dah struggle tahap heavy metal dah rasanya. Pagi seawal jam 4.00 pagi dah bangun untuk siapkan bekalan Firash ke tadika, siapkan pakaian dia, siapkan bekalan sendiri kemudian tergocoh-gocoh siapkan Firash dan juga diri sendiri. Hantar ke tadika. Patah balik ke pejabat. Tengah hari ambil Iman Firash dan kemudian ke pejabat semula. Tambah pula lagi dengan workload di pejabat yang semakin hari semakin bertambah. Kerja pejabat bukan sekadar di pejabat jer, kadang-kadang sampai bawa balik ke rumah. Bila dah sampai rumah tu, biasalah… memang sudah ada kerja-kerja rumah yang menanti. Memang masa tu sangat-sangat terhad dan rehat tu sememangnya sangat kurang berbanding sebelum-sebelum ni.

Secara tiba-tiba tergerak dalam hati yang Farah ni sebenarnya sudah mula kena cari supplemen tambahan untuk diri Farah sendiri. Umur pun dah masuk ke pertengahan 3 series… Kemampuan tubuh badan tu dah tak mampu nak mencapai aktiviti harian dah ni disebabkan usia yang semakin meningkat gamaknya. Sebelum terlewat dan tak boleh nak buat apa-apa, macam mana cara sekalipun, Farah tidak boleh tidak kena cari supplement tambahan juga. Haaaa…waktu tulah baru Farah seolah-olah dibukakan hati untuk mencuba produk HARUM MALAM ni ha. Itulah orang selalu kata… belum cuba belum tahu, dah cuba barulah tahu macam mana.

HARUM MALAM  (4)

Minggu lepas kot baru Farah mula mengamalkan produk HARUM MALAM ni secara konsisten. Walaupun baru seminggu, tapi terus meloncat nak kongsi dengan pembaca di Bubblynotes.Com tentang keberkesanan HARUM MALAM ni disebabkan ianya sememangnya benar-benar berkesan ke atas Farah. Sesuatu yang baik haruslah dikongsi kan? Winking smile Selepas mencuba selama seminggu secara konsisten, apa yang boleh Farah katakan adalah produk HARUM MALAM ni sebenarnya sangat membantu di dalam membuatkan Farah rasa sihat dan segar sepanjang hari walaupun rehat sebenarnya tak cukup atau betul-betul dapat berehat. Bukan mudah jadi ibu kan? Winking smile. Betul tak? Kau letih macam mana pun kau tetap kena jalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan juga anak. Banyak perkara kau nak kena selesaikan. Sebab tu, adanya produk HARUM MALAM ni buatkan Farah rasa bersyukur sangat dan HARUM MALAM banyak mengubah kehidupan Farah sejak seminggu yang lalu.

Baik untuk Farah, tidak semestinya baik untuk semua orang. Bergantung kepada penerimaan badan serta keserasian juga. Ini adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan. Cumanya, tidak salah untuk Farah berkongsi dan tidak salah juga untuk anda sebagai pengguna mencuba terlebih dahulu kerana ramai yang sudah mencuba dan ramai yang sangat menyukai produk HARUM MALAM yang dipasarkan oleh syarikat Millenial Gen Sdn. Bhd. ini.

RamuanHM

Untuk pengetahuan anda, HARUM MALAM adalah merupakan satu produk yang diformulasikan dari ekstrak ros yang digandingkan dengan sireh, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica, strawberi dan senna. Bagi pengetahuan khusus ke atas khasiat setiap campuran kandungan bahan-bahan HARUM MALAM, sukalah kiranya jika Farah ingin pecahkan khasiat setiap bahan yang terkandung di dalam produk HARUM MALAM ini untuk anda semua.

SIREH
Mengawal serta mencegah masalah bau badan.

BUAH TIN
Menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan kahak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Membersihkan hati dan jantung serta membersihkan lendir dalam usus.

KISMIS
Menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda dan mencerahkan mata.

MADU
Sebagai salah satu sumber makanan penting untuk menjaga metabolisme tubuh.

GOJI
Membantu memanjangkan umur, meningkatkan tenaga dan kekuatan fizikal, membantu menurunkan tekanan darah tinggi, anti kanser, mengekalkan paras kolestrol sihat, mengimbangi para glukos dan mengawal diabetes, meningkatkan libido dan fungsi seksual, tidur nyenyak, meningkatkan sistem imun, meningkatkan kesuburan, menguatkan otot dan tulang, menguatkan daya ingatan, mengurangkan batuk dan membantu penghadaman.

LIMAU PURUT
Membunuh kuman disentri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau ini berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan, melegakan perut, melancarkan penghadaman.

PUERARIA MIRIFICA
Bagus untuk menegangkan kulit dan menghaluskan struktur kulit, mengurangkan garis-garis halus, menyihatkan kulit yang tidak bermaya agar kembali berseri, menghaluskan liang roma dan mengurangkan minyak, melembutkan kulit yang kasar dan kering, merawat jerawat dari dalam, mencegah muka dan badan ditumbuhi jerawat.

KAYU SERAPAT
Mengetatkan otot rahim dan seluruh tubuh agar padat, melancarkan haid, awet muda, merawat keputihan dan gatal pada Miss V, menyihatkan rahim, menghaluskan kulit dan melambatkan menopause.

BUAH DELIMA
Dalam perubatan, buah delima dapat membantu cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi, kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan.

MANJAKANI
Awet muda, merawat otot-otot dalam faraj, mengawal lendir dan lelehan dalam faraj serta nifas, menegangkan payudara, melawaskan buang air besar, menyingkirkan toksin dari badan.

PUERARIA LOBATAMengandung estrogen untuk pembesaran dan ketegangan payudara malah membuatkan kulit dan rambut menjadi lebih sihat.

SENNA
Melangsingkan tubuh, mengurangkan kolestrol, mengecilkan perut, peluntur lemak dalam tubuh bagi penderita obesiti.

Punyalah banyak khasiat bagi setiap satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk HARUM MALAM ni ha. No wonder lah rasa lain macam jer bila mula mengamalkan produk HARUM MALAM ni sejak seminggu yang lalu. Hu hu hu… Kalaulah tau dari dulu, memang Farah amalkan dari dulu… Haaaa…tulah… sombong lagi… Tak nak ambil port lagi tentang HARUM MALAM walaupun ramai dah berikan testimoni yang bagus-bagus mengenai produk HARUM MALAM. Sungguh! Farah tak bohong aihhh.. Tak percaya sila lihat semua testimoni yang Farah sempat dapatkan di bawah ni untuk Farah tunjukkan pada anda.

















Secara khususnya, fungsi produk HARUM MALAM adalah sepertimana yang Farah paparkan di bawah berikut:
  • Mengatasi masalah keputihan.
  • Menghilangkan kegatalan dan masalah bau di Miss V.
  • Mengetatkan, menegangkan dan merapatkan otot rahim.
  • Memberi tenaga dan kecergasan.
  • Membuang toksin di dalam badan.
  • Melawaskan sistem penghadaman.
  • Melancarkan perjalanan dan kitaran haid.
  • Membuang angin di dalam badan.
  • Mengurangkan masalah bau badan.
  • Menguatkan keinginan hubungan seksual.
  • Anti penuaan dan mencantikkan bentuk badan.
  • Membesarkan dan menegangkan payudara.
  • Membentukkan punggung agar lebih montok.
  • Membakar lemak yang berlebihan.
  • Mengawal berat badan.
  • Mengempiskan perut buncit.
  • Menyubur dan merapatkan pintu rahim.
  • Menghalang jangkitan kulat dan virus.
  • Memberi perlindungan antioksidan yang tinggi.
  • Meningkatkan pengaliran darah yang membantu rangsangan seksual.

Pendek kata, seribu satu khasiat serta kebaikan untuk kehidupan wanita pada masa kini di dalam menjalani kehidupan harian yang mencabar dengan macam-macam aktiviti dan perkara. Memang inilah yang diperlukan oleh semua wanita-wanita sekarang. Alahaiii…jatuh hati sungguh dengan HARUM MALAM dah jadinya Farah. Smile.

Tambahan lagi, HARUM MALAM bukan sahaja untuk wanita yang sudah berkahwin, tetapi sesuai juga untuk anak dara. Boleh diminum walaupun sewaktu haid, dalam pantang dan menyusukan bayi. Tapi! Pointing up Untuk wanita yang hamil adalah TIDAK DIGALAKKAN untuk mengamalkan produk HARUM MALAM. Takut-takut nanti akan mengalami kesukaran sewaktu bersalin disebabkan laluan yang sempit. Please take note ya?

Cara pengambilan HARUM MALAM pula adalah sangat-sangat mudah iaitu 1 sudu sebelum bersarapan di waktu pagi dan 1 sudu sebelum tidur di waktu malam. Boleh diminum terus dan yang terbaik adalah pastikan anda minum produk HARUM MALAM menggunakan SUDU PLASTIK kerana HARUM MALAM mengandungi madu, dikhuatiri sekiranya anda menggunakan sudu besi akan hilang khasiatnya. Cara penyimpanan …senang sangat! Simpan jer dalam peti ais.

HARUM MALAM (5)

Pantang larang? Adaaa… Jika anda mengamalkan produk HARUM MALAM untuk tujuan kesihatan, berikut adalah beberapa pantang-larang yang perlu anda ikuti agar ianya memberikan kesan yang anda inginkan:
  • Elakkan minum, minuman berais walaupun ianya sangat sedap!
  • Ibu hamil TIDAK DIBENARKAN sama sekali mengambil HARUM MALAM.
  • Sila minum ikut sukatan yang dibenarkan sahaja. Tidak digalakkan untuk ambil lebih dari sukatan yang sepatutnya.
  • Untuk kesan yang maksimum, amalkan secara konsisten.

Dah tu jer pantang larangnya…ingat ya? Harga pun tak adalah mahal mana… Mampu milik, mampu beli… Farah ulangi… Mampu milik, mampu beli… Sehari kumpul RM 5.00 duit lebihan belanja harian, minggu depan In Shaa Allah dah dapat sebotol HARUM MALAM dengan harga RM 33.00 sahaja untuk Semenanjung Malaysia dan RM 39.00 untuk Sabah/Sarawak.

Tapi AWAS! Pointing up Jangan sampai terbeli produk tiruan ataupun tidak asli ya? Zaman sekarang ni memang zaman immitation… Apa-apa pun dalam aspek kehidupan ada immitationnya… Hik hik hik… Cara nak kenalpasti produk asli atau tiruan adalah melalui label keselamatan seperti yang tertera di bawah berikut:

HARUM MALAM SCAN 2

UNTUK MAKLUMAT DAN INFORMASI LANJUT:

TALIAN HUBUNGAN:
+603 3358 5344

Untuk “promosi terhad” SMS ke talian +60104042769**

**hanya untuk mobile devices” sahaja

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cerita WANITA Untuk WANITA: HARUM MALAM Supplemen Dalaman Terbaik Untuk WANITA!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, May 15, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Heee.. luar bidang kitew lew ;) kejap nak pas URL kat wifey suh dier baca.. anyways tks share...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY