Cara Hilangkan Kesan Dakwat Pada Baju

Farah Waheda Wahid
0
CARA HILANGKAN KESAN DAKWAT PADA BAJU

Banyak kali dah baca di laman media sosial dan juga blog-blog yang sempat Farah blogwalking … isteri-isteri dan juga ibu-ibu berhadapan dengan masalah kotoran kesan dakwat pada baju suami dan juga anak-anak yang bersekolah. Smile. Jujur Farah akui, setakat ini belum pernah mengalami masalah kotoran kesan dakwat yang melekat pada baju. Belum lagi ya? Belum lagi… Akan datang tak mustahil perkara ini berlaku. Jadi sebelum apa-apa… memandangkan anak bujang pun dah semakin meningkat usia dan sedang membesar dengan jayanya, makanya, mulalah Farah ni kononnya mempersiapkan diri nak menghadapi situasi ini yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Gigihlah haiii…mencari cara hilangkan kesan dakwat pada baju.

Dalam kotak pemikiran ni, sekurang-kurangnya bila masalah ni berlaku pada masa akan datang… Dah tak pening kepala dah fikir macam mana nak hilangkan kesan dakwat pada baju sebab dah belajar selok-belok pembersihan dakwat pada baju. Kaedahnya…Kan? Winking smile. #ehhh tak salah kan? Kalau nak cari ilmu dan tambah ilmu. Walaupun mungkin ada cara yang lebih senang dan juga mungkin ada agen pembersih yang segera yang mampu menghilangkan masalah kesan dakwat pada baju ni. Manalah tahu, kalau-kalau sewaktu perkara ni berlaku, pada waktu tu tak sempat pula nak beli agen pembersih yang dimaksudkan. Sekurang-kurangnya dalam keadaan terdesak dan kecemasan, bolehlah Farah gunakan cara lain ya tak?

Ada orang ajar Farah, kalau nak hilangkan kesan dakwat pada baju, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka dan campurkan bahan-bahan ini sehingga sebati antara satu sama lain. Sapukan bahan yang telah dicampur ini ke atas baju yang terkena dakwat. Kemudian beruskan perlahan-lahan lalu bilas dengan air bersih. Ulang sebanyak beberapa kali sehingga kesan dakwat tersebut hilang.

Itu petua yang pertama yang orang beritahu Farah… Dari pembacaan Farah dari pelbagai sumber dan medium pula, terdapat beberapa cara yang boleh dicuba iaitu:

1. Titiskan sedikit cuka ke atas kesan dakwat pada pakaian. Biarkan untuk beberapa minit, kemudian gosok-gosk dengan jari di atas kesan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali sehingga tiada lagi kesan dakwat. Selepas itu, cuci pakaian tersebut seperti biasa.

2. Campurkan sedikit garam halus dan beberapa titis jus limau nipis ke atas kesan dakwat pada pakaian. Biarkan beberapa minit sebelum menggosokkan pakaian dengan jari ke atas kesan dakwat. Ulangi beberapa kali untuk menghilangkan kesemua kesan dakwat. Kemudian barulah cuci pakaian tersebut seperti biasa.

3. Ambil sedikit susu tepung dan bancuh dengan air. Sapukan bancuhan susu itu ke atas kesan dakwat dan biar sehingga kering. Selepas itu, cuci pakaian tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan kesan susu.

Setakat ini, itu jer petua yang Farah dapat tahu dan dapat belajar. Belum pernah cuba lagi sebab tak terjadi lagi. Ada sesiapa yang pernah mencuba? Efektif tak cara ni? Ataupun kalau pakai cecair Vanish pun boleh kan? Open-mouthed smile. Bagi Farah, kemungkinan cara hilangkan kesan dakwat pada baju ini nampak mudah dilakukan, cumanya kita sebagai orang yang membersihkan… perlu ingat bahawa ada kemungkinan ada jenis fabrik yang tidak bersesuaian dengan petua-petua yang dicadangkan.

Ataupun mungkin anda mempunyai petua lain? Bolehlah kongsi-kongsi dengan Farah. Farah nak belajar juga ni…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !