Home » , , , , , , , , , , , » Apa Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Membeli SUSU FORMULA Anak?

Apa Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Membeli SUSU FORMULA Anak?

APA YANG PERLU ANDA PERTIMBANGKAN SEBELUM MEMBELI SUSU FORMULA ANAK

Memandangkan Iman Firash disusukan dengan susu formula sedari usia 2 bulan, bab ni boleh dikatakan Farah agak berpengalaman. Heeee… Open-mouthed smile (perasan!). Tidak dinafikan susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan agar pemberian susu ibu diberikan secara eksklusif kepada bayi sedari lahir sehinggalah berusia enam bulan. Kemudian diteruskan sehingga mencapai umur dua tahun. Cumanya, bukan rezeki Firash untuk menyusu susu ibu disebabkan dia sendiri tidak boleh menerima susu ibu setelah berusia 2 bulan. Setiap kali minum, muntah dan sampai birat muka dia. Makanya baik tak payah. Bab ni dah cerita banyak kali dah pun. Tak perlu ulang lagi rasanya kot? Yang nak diceritakan sekarang adalah mengenai apa yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli susu formula anak?

Bukan main hentam keromo jer beli macam tu jer ya? Suka-suka pilih yang itu, suka-suka pilih yang ini. Ada caranya. Biasanya ramai ibu mula mencari susu formula untuk anak-anak mereka apabila anak-anak sudah mula mencecah usia setahun terutama apabila mereka sudah bercerai susu ibu. Ramai juga di antara ibu-ibu yang akan keliru dan tidak tahu susu formula yang mana satu yang bersesuaian untuk anak-anak mereka.

Sebelum anda tersilap membuat pilihan susu formula untuk anak, ada baiknya anda semak dahulu beberapa kriteria yang perlu diberi perhatian sebelum membeli susu formula anak sepertimana yang dikongsikan oleh artikel di pautan INI.

Kenali Jenis-Jenis Susu Formula

Susu formula sememangnya ada banyak jenama tetapi ada 4 jenis susu formula di pasaran iaitu susu formula berasaskan susu lembu, susu formula protein dihidrolisis, susu formula berasaskan soya dan susu kambing.

Susu Formula Berasaskan Susu Lembu

Kebiasaannya sekiranya anak anda tiada sebarang masalah alahan maka susu formula ini boleh menjadi pilihan. Susu lembu tidak disyorkan sebagai minuman bagi bayi di bawah umur setahun kerana kandungan zat besi dan vitamin C yang rendah.

Susu Formula Dihidrolisis

Susu formula dihidrolisis adalah susu formula yang direka khas untuk bayi yang mempunyai masalah alahan atau intoleransi terhadap susu lembu. Bayi yang alah terhadap susu lembu, protein dalam susu akan menyebabkan reaksi alahan. Dia akan sukar menghadam laktosa atau gula yang terkandung dalam susu lembu. Susu ini berasaskan susu lembu tetapi protein dalam susu telah dihidrolisis menjadikan ia bebas laktosa dan bayi yang ada intoleransi terhadap susu lembu boleh menghadamnya dengan mudah.

Susu Formula Berasaskan Soya

Susu yang berasaskan soya adalah susu yang diperbuat daripada kacang soya. Ia diubahsuai dengan penambahan vitamin, mineral dan nutrien untuk menjadikannya sesuai sebagai susu formula. Susu formula jenis ini hanya boleh diberi kepada bayi selepas mendapat nasihat daripada doktor yang memeriksa anak tersebut. Susu formula soya tidak digalakkan diberi kepada bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu kerana biasanya mereka juga akan alah terhadap soya. Susu formula soya juga berisiko merosakkan gigi bayi dalam jangka masa panjang kerana ia mengandungi sirap glukosa.

Susu Formula Berasaskan Susu Kambing

Kini terdapat lebih banyak pengeluar susu yang telah mengkomersialkan susu kambing kerana khasiatnya yang dipercayai lebih baik untuk tumbesaran anak.

Kenali Khasiat Tambahan Dalam Susu Formula

Jika anda membaca label pada tin susu formula tentu anda akan terbaca beberapa khasiat tambahan yang ada dalam kandungan susu iaitu DHA, ARA, prebiotik dan probiotik. Tetapi anda sendiri tak tahu apa fungsi khasiat tersebut kepada anak-anak anda.

Asid Lemak Omega 3 (DHA dan ARA)

Nutrien asid lemak omega 3 (Docosahaexaenoic Acid – DHA dan Arachidonic Acid – ARA) dikatakan penting untuk perkembangan kognitif memberangsangkan pada bayi dan penglihatan yang baik. Bayi menyerap nutrien ini sama ada melalui plasenta atau susu ibu (seabb itu susu ibu makanan terbaik untuk bayi!) mengumpulkan zat-zat ini dalam mata dan otak mereka dalam trimester ketiga (dalam kandungan ibu) dan semasa dua tahun pertama kehidupan mereka. Tetapi ibu jangan pula terpengaruh dengan label susu formula yang mendakwa kandungan DHA dan ARA mereka lebih tinggi adalah yang terbaik. Menurut pakar pemakanan, kandungan lebih banyak nutrien tersebut dalam susu formula tidak bererti ia adalah susu yang terbaik. Menurut pakar pemakanan, kandungan lebih banyak nutrien tersebut akan lebih mahal harganya. Sebaiknya berikan anak anda menu harian yang kaya dengan khasiat DHA dan AA secara semulajadi seperti ikan dan makanan laut lain bagi meningkatkan pengambilan nutrien tersebut. Jadi, jumlah DHA dan AA dalam susu formula tidak perlu dirisaukan sangat.

Prebiotik Dan Probiotik

Nutrien ini penting untuk menghasilkan persekitaran usus yang sihat serta membantu mengurangkan jangkitan dan risiko alahan. Probiotik adalah bakteria baik yang membantu penghadaman dalam usus. Prebiotik pula menyediakan keadaan yang sihat untuk pertumbuhan bakteria tersebut.

Pilih Ikut Peringkat Usia

Anda tidak boleh memberi susu formula bayi usia setahun kepada bayi yang baru berusia enam bulan. Walaupun ia susu tetapi kandungannya tidak sesuai untuk usia mereka. Pastikan anda membeli susu formula mengikut peringkat usia anak anda. Susu formula untuk bayi enam bulan berbeza komposisi vitamin dan mineralnya berbanding susu formula untuk bayi usia setahun. Ini kerana sistem penghadaman bayi masih belum sempurna untuknya menghadam susu formula yang dirumus untuk kanak-kanak usia setahun ke atas. Jangan abaikan label kategori usia bayi ketika membeli susu formula anak. Jangan kerana nak cari susu yang murah anda abaikan tentang perkara ini pula!

Cuba Sampel Dulu

Kadangkala kita tidak tahu mungkin anak akan suka atau tidak susu formula tersebut dan paling penting adakah dia berisiko mengalami sebarang alahan atau masalah seperti kembung perut, sembelit, ruam jika minum sesuatu produk susu formula. Oleh itu, elakkan daripada terus membeli susu formula bersaiz besar untuk anak. Sebaiknya dapatkan sampel susu tersebut untuk dicuba oleh anak atau jika tiada sampel, belilah dalam saiz yang kecil. Dengan cara ini, anda dapat membuat pilihan tanpa perlu membazir.

Jangan Ikut Orang

Ada ibu bapa yang mungkin terikut-ikut atau terpengaruh dengan kawan-kawan yang mengesyorkan beli susu jenama tertentu untuk anak. Perlu diingatkan yang setiap bayi mempunyai tahap penerimaan yang berbeza antara satu sama lain . Tidak semestinya jika susu A itu sesuai untuk anak orang lain maka ia juga bagus untuk anak anda. Sebaiknya tanyalah kepada doktor kanak-kanak yang memeriksa kesihatan anak anda.

Sesuaikan Dengan Bajet Anda

Jangan mudah terpengaruh dengan harga susu formula yang mahal. Ini kerana harga yang mahal bukan penentu ia adalah yang terbaik. Kadangkala jenama yang terkenal dan mahal itu kelihatan hebat kerana faktor pengiklanan dan pemasarannya. Paling penting sekali pilih jenama susu yang sesuai dengan bajet kewangan anda kerana anak anda bukan minum susu sekotak sahaja sebulan.

Hu hu hu, itu betul, tapi dalam keadaan tertentu kerana terpaksa dan itu sahaja yang bersesuaian untuk anak dan tidak mendatangkan sebarang masalah alahan kepada anak, ada bajet ke? tak ada bajet ke? terpaksa juga adakan bajet? betul tak?

Kandungan Gula Tambahan

Kebiasaannya anak-anak kecil cenderung untuk kuat minum susu dan ini meningkatkan risiko kemungkinan dia boleh mengalami penambahan berat badan secara mendadak jika minum susu secara berlebihan dalam sehari. Ini kerana di dalam susu formula terdapat pelbagai kandungan gula tambahan yang sangat tinggi. Sekiranya berat badan bayi anda naik mendadak selepas minum sesuatu jenama susu formula maka anda perlu menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau menukar jenama lain.

Hakikatnya, sebenarnya jika anak sudah berusia setahun ke atas, mereka tidak perlu bergantung kepada susu formula semata. Sebaiknya mereka perlu mendapatkan nutrien dan zat makanan dari sumber semulajadi melalui menu makanan seimbang setiap hari. Contohnya dapatkan sumber kalsium dari yogurt, keju dan lain-lain. Jika anak nak minum susu berikan sahaja susu segar yang lebih mudah diberi dalam cawan.

Bagi Firash pula, berbeza kesnya, sebab dia memang tak suka nasi dan jarang makan nasi. Atas nasihat doktor, dia terpaksa diberikan susu formula yang mengandungi semua nutrien pada makanan yang dia tidak dapat dari makanan yang sepatutnya. Sebab itu, Firash lebih banyak bergantung pada susu formula daripada makanan. Kau paksalah macam mana sekalipun, memang dia takkan nak makan dan sampai menjerit-jerit dan menangis-nangis. Jadi terpaksalah guna alternatif yang ada ni kan? Winking smile Demi memastikan dia dapat semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan dia.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Apa Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Membeli SUSU FORMULA Anak?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 18, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. banyak info blog kak farah tau. nanti boleh jd sumber rujukan bila uyul da ada anak. hehe

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY