Alahaiii… Payah Juga Nak Memujuk Bila Anak Merajuk Ni!

Farah Waheda Wahid
0
Alahaiii… Payah Juga Nak Memujuk Bila Anak Merajuk Ni!

Farah pernah kongsikan satu entri di Bubblynotes.Com yang bertajuk Cara Memujuk Anak Kecil Yang Merajuk. Kalau tak silap Farah, entri tu Farah muat naik pada bulan Oktober, tahun 2014. Kira-kira 3 tahun yang lepas. Sewaktu tu, Iman Firash baru sahaja berusia 11 bulan lebih. Mana pandai nak merajuk-rajuk ni lagi? Open-mouthed smile. Ha ha ha… Konon-kononnya sebagai langkah persediaanlah tu, menggali ilmu ke atas teknik untuk memujuk si anak bujang, kalau-kalau dia merajuk satu hari nanti. Iyalah, kitaran atau fasa itu akan tiba kan? Lambat-laun pasti merasa juga fasa yang dinamakan sebagai “merajuk” ni. True enough! Sekarang di usia 3 tahun 6 bulan, Farah sudah mula melalui fasa anak “merajuk”. Eye rolling smile Alahaiii… Payah juga nak memujuk bila anak merajuk ni!

Kisah berlaku lebih kurang seminggu lepas. Lebih kuranglah… Waktu tu, jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam macam tu. Farah tutup lampu, tutup televisyen sebab nak suruh Firash tidur. Minggu lepas kan, minggu peperiksaan pertengahan tahun untuk Firash. Jadi, Farah tak naklah dia tidur lewat sangat. Lagipun, hari sekolah sememangnya Farah akan paksa dia tidur awal. Semasa Farah tutup lampu dan tutup televisyen tu, dia sedang leka menonton kartun di televisyen. Bila Farah tutup jer segala bagai lampu dan televisyen, mulalah dia tunjuk perasaan.

Tunjuklah…tunjuklah perasaan tu… Ada Mommy kisah ke? Open-mouthed smile Muahahaha… Tidur tetap tidur… Esok exam! Dari situlah bermula detik babak rajuk merajuk ni. Sewaktu dia tunjuk perasaan, Farah buat tak kisah jer… Farah baring dan pura-pura tak dengar dan tak nampak. Konon-konon, tidur ler tu. Walhal, sedang memerhatikan gelagat dia. Agak-agak dalam beberapa minit selepas itu, Farah mendekati Firash dan ini adalah fasa untuk memujuk dia. Sebab dia senyap jer palingkan badan ke arah lain kan?

Biasa kalau dia nak tidur, dia mesti cari Mommy. Mesti nak “kukung” which stands for dukung. Mesti nak peluk cium segala bagai. Tapi disebabkan tunjuk perasaan, dia palingkan badan dari menghadap Mommy dia ni. Sobsss… Crying face kesian Mommy tau Firash… Tidur sorang-sorang jer kat tepi tu… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Makanya berlakulah cubaan untuk memujuk si anak. Mommy pun mendekati dan memujuk manja. Amboiii! Surprised smileBila Mommy pegang lengan dia, dia tolak. Bila Mommy cuba nak ambil dia nak dukung atau peluk dia, dia tolak badan Mommy. Bila Mommy cium dia, dia lap balik pipi dia tu. Amboi sangat!!! Sentap Mommy ok! Sampai hati Firash… Ha ha ha… Open-mouthed smile Dah pandai dahhh… Merajuk stail macam tu… Apa nak buat… Anak dah semakin membesar…

Anak-anak adalah anugerah yang paling indah dan juga amanah dari Allah SWT. Mempunyai anak-anak yang kecil dan meningkat remaja adalah merupakan satu cabaran di dalam mendidik mereka pada zaman kini. Kerenah anak-anak semuanya berbeza dari segi umur dan juga jantina masing-masing. Kata orang, anak lelaki agak senang dipujuk berbanding dengan anak perempuan. Akan tetapi, sebenarnya kan… ini adalah bergantung kepada apa ataupun sebab mereka merajuk. Anak sesetengah anak yang suka dipujuk dengan cepat dan ada juga yang ambil masa sedikit untuk dipujuk.

Dalam kes Firash pada minggu lalu… bila dah cuba approach dia dan dia bertindak dingin terhadap Mommy dia ni… Hu hu hu… Silap-silap haribulan nanti, mula-mula anak yang merajuk, nanti lama-lama mak pula yang merajuk dengan anak. Wakakaka… Open-mouthed smile. Oklah, anak manja Mommy dah besar… makanya, cara yang paling afdal untuk Farah berhadapan dengan situasi Iman Firash merajuk seumpama ini adalah:

Berikan Ruang Untuk Diri Anak Tenangkan Diri Semasa Merajuk

Uhuksss… Nak merajuk sangat kan? Haaa… merajuklah… Sudahnya Farah biarkan dia melayan perasaan dia sendiri. Merajuklah dulu… Sementara tu, Mommy main game dulu dalam handphone ni ha… Sila-sila, silakan merajuk… Ekekeke… Open-mouthed smile (Main game tu bukan sebab apa, demi nak memastikan supaya mata ni tak terlelap dan terus hanyut… kesian Firash nanti tinggal sorang-sorang merajuk tak berteman…Ahaksss… Open-mouthed smile). Mommy ni kalau dapat tidur nanti karang boleh jadi tidur mati. Ha ha ha…

Tenangkan Diri Anak Sebaik Mungkin

Kalau dah cara tu tak boleh Mommy dekat… Ha ha ha… Open-mouthed smile Kalau Mommy tak approach dia, dia rasa lebih tenang… Mommy pun ambil pendekatan jauhkan diri untuk dia tenangkan diri sebaik mungkin. Lebih kurang sama jugalah ceritanya ni dengan point yang pertama di atas tadi yang Farah ceritakan…  Lepas tu cuba-cubalah pujuk dia perlahan-lahan, tarik perhatian dia, cakap sesuatu yang dia suka untuk tarik minat dia untuk berborak… Tak semestinya berjayalah kan? Tapi cubalah…Tak salah untuk cuba… Tak dapat banyak maklum balas dari dia, kalau dapat sikit pun ok dah tu…Janji ada berbunyi…

Bila selepas lebih kurang 8 minit macam tu, Farah cuba tanya Firash, nak susu? Dia tak bercakap tapi berbunyi… Ermm ermmm… Berlagu-lagu lagi oiii… which means…Tak nak… Nak water? Ermmm…Ermmm…Ekekeke… Open-mouthed smile

Cuba Kawal Diri Sebagai Ibu Bapa Daripada Memarahi Anak Yang Sedang Merajuk

Diakui ada sesetengah insiden rajuk-merajuk ni boleh menghilangkan kesabaran…Dan nak jadi sabar tu terkadang boleh jadi terbabas juga kalau tak betul-betul. Paling-paling tidak dalam satu dua insiden sebelum ni… Tangan Farah ni cepat jugalah memukul tapak kaki Firash. Tapak kaki jer pun… Pukul pun bukannya kuat…Pukul-pukul manja gittew…Iyalah kadang-kadang tu, kalau dah tak boleh kawal rasa sabar tu disebabkan hamukan si anak, boleh jadi terlepas juga… Semua semata-mata nak end up all those rajuk-merajuk scene…

Cumanya, dalam kebanyakan hal, Farah sememangnya cuba menahan kesabaran di peringkat tertinggi semampu yang boleh… Kalau boleh tak naklah buatkan si anak bertambah sedih. Dahlah sedang sedih, merajuk segala bagai, lepas tu tambah pula lagi kena marah…Alahaiii…sedihnya dia…. Nanti bukan semakin elok, takut-takut makin menjadi pula merajuk kan?

Usaha Secara Perlahan Untuk Bercakap Dengan Anak Yang Merajuk

Phewww! Eye rolling smile Tough juga oiii… Nak bercakap dengan anak yang merajuk ni… Bila dia merajuk, kita bercakap dia ignore jer kita. Buat keras dia jer… Alahaiii…anak oiii… Tapi jangan putus asa Mommy, jangan putus asa! Gambate! Open-mouthed smile Ha ha ha… Macam-macam perkara yang Mommy dia ni buat untuk tarik perhatian dia… Kalau boleh tak naklah janji nak bawa pergi TESCO kan? Winking smile Nanti dia gunakan “merajuk” tu sebagai senjata untuk dia gunakan sebagai alasan nak pergi ke TESCO.

Bukan berkira dengan anak atau kedekut dengan anak sampaikan tak nak bawa dia ke TESCO tu ha… Tapiii… Faham sangat dah… Sepertimana gambar yang anda boleh nampak pada permulaan entri ini… Tujuan dia ke TESCO tu, kalau tak beli Thomas and Friends… Tak lain tak bukan PlayDoh lah yang dia nak tu… Crying face Nanti Mommy pula yang merajuk dengan dia…Ha ha ha… Open-mouthed smile…Bazirlah… Sebab dah ada di rumah… Sayang duit oiii… Sekarang ni dahlah ekonomi Malaysia agak macam boleh dikatakan serba mahal dan tahap inflasi tu sebenarnya boleh dikatakan pada paras yang serius juga… Poket juga tak berapa nak mengizinkan… Cumanya, kalau dah terpaksa juga…Terpaksalah berkorban berjanji untuk bawa dia ke TESCO… Crying face

Psssttt… Kadang-kadang tu cakap jer, lepas tu dengan harapan dia lupa yang Mommy dah agree nak bawa dia ke TESCO…Ihiksss… Naughty Mommy tau…

Macam tulah… jiwa anak terlalu sensitif dan anak-anak cukup peka dengan apa yang berlaku di persekitarannya. Makanya, bila anak-anak merajuk ataupun ada sesuatu yang tidak disukai, Farah ni sedang mencuba untuk didik Firash supaya dia berterus-terang dengan apa yang dia tak suka. Ajar jadi transparent sejak kecil lagi. In Shaa Allah, lambat laun, secara perlahan-lahan, Farah ada keyakinan yang Firash akan lembut dan hubungan kami berdua beranak juga akan bertambah mesra dan erat.

Marah, merajuk, suka, duka, gembira, sedih…itu semua kan asam garam perhubungan? Tak ada benda-benda ni, jadi mendatarlah perjalanan tu tanpa perkara-perkara yang menarik… Semua ni sememangnya warna yang diperlukan dan akan berlaku dalam perjalanan hidup… Cuma, sebagai Mommy, Farah kena alert and aware tentang perubahan sikap serta reaksi mengikut usia ini dan perlu bijak untuk berhadapan serta mengatasinya supaya tidak berlaku sesuatu yang buruk atau mendatangkan impak buruk kepada sikap anak di kemudian hari…

*Ehemmm… kalau ikut Mommy, merajuk selalunya sekejap jer… Kena pujuk, cairlah…Ha ha ha… Open-mouthed smile…. Tapi ya pun…merajuk setakat mana sangat pun Firash…Sudahnya nak tidur, ehekkk ehekkk ehekkk… ha ha ha…tarik perhatian… Minta peluk Mommy juga kan? Itu cara dia nak pecahkan rajuk di hati dia tu…Dan lepas tu dah peluk dia… Mulalah dia act as nothing happened before… Smile with tongue out

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !