Home » , , , , , , , » Adakah Aiskrim Mengakibatkan Batuk Anak Bertambah Teruk?

Adakah Aiskrim Mengakibatkan Batuk Anak Bertambah Teruk?

ADAKAH AISKRIM MENGAKIBATKAN BATUK ANAK BERTAMBAH TERUK

“Firash! Tak boleh makan aiskrim dulu! Firash kan batuk? Dah elok batuk nanti baru boleh makan aiskrim ok?” – Ayat nenek Firash kepada dia malam semalam bila dia sibuk buka peti sejuk beku dan nak keluarkan aiskrim. Itu bermakna nak makan aiskrim lah tu. Open-mouthed smile Ha ha ha… terus terbantut niat di hati dia nak makan aiskrim, sambil-sambil muka dah mula cembeng. Alahai… kesiannya… Tak dapat nak makan aiskrim ya? Ayat bila batuk tak boleh makan aiskrim ni sememangnya dah lama dengar dah… Tapi terfikir juga di dalam hati ni, adakah aiskrim mengakibatkan batuk anak bertambah teruk?

Nak dijadikan cerita, secara kebetulan terjumpa artikel di pautan INI yang turut bersetuju menyatakan bahawasanya sejak dulu lagi, kita telah diajar siapa yang batuk tak boleh makan makanan sejuk termasuk aiskrim kerana dikatakan akan menyebabkan batuk semakin teruk. Ajaran tersebut dibawa sehinggalah kita bergelar ibu dan mula diragui apabila doktor yang ditemui ketika merawat anak memberitahu untuk memberi anak makan aiskrim sebagai salah satu cara melegakan masalah sakit tekak yang dialami akibat batuk.

Aiskrim yang diperbuat daripada bahan utama iaitu susu dan disediakan dalam keadaan bersih maka ia boleh menjadi makanan kudapan yang berkhasiat. Sebenarnya kan… Menurut James Steckelberg, M.D., seorang profesor di Mayo Medical School Rochester, Minnesota, Amerika Syarikat, minuman susu tidak menyebabkan badan mengeluarkan lebih banyak kahak ketika sakit.

Bahkan, orang yang mengalami batuk disarankan makan atau minum pelbagai produk tenusu seperti aiskrim dan yogurt kerana dapat melegakan sakit pada tekak dan memberikan kalori yang diperlukan badan ketika anak tiada selera makan. Sekiranya anak menjadi lebih teruk selepas makan aiskrim, seperti muncul radang sinus atau jangkitan telinga, kemungkinan dia mempunyai risiko alergi susu dan boleh mencetuskan gejala batuk yang lebih teruk.

Jika boleh elakkan daripada memberi makanan bergoreng atau terlalu berminyak. Ini kerana makanan ini boleh membuatkan tekak semakin kering dan meningkatkan kekerapan batuk. Elakkan juga memberi anak makanan yang manis termasuk kuih muih. Gula boleh merendahkan sistem imun yang sedang tidak stabil. Selain itu, makanan manis juga menyebabkan tekak lebih merasa gatal dan kekerapan batuk semakin bertambah. Sebaiknya, bagi anak makan buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C seperti oren, limau, lemon, kiwi, tomato dan nenas.

*Cuma terfikir… aiskrim pun manis juga kan? Hu hu hu… Eye rolling smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Adakah Aiskrim Mengakibatkan Batuk Anak Bertambah Teruk?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, May 4, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia