Home » , , , , , , , , » Urutan Untuk Melegakan Perut Kembung Bayi

Urutan Untuk Melegakan Perut Kembung Bayi

URUTAN UNTUK MELEGAKAN PERUT KEMBUNG BAYI


Seingat-ingat Farah lah kan? Sepanjang 3 tahun 5 bulan bergelar seorang ibu, Firash pernah mengalami masalah perut kembung sebanyak sekali sahaja. Alhamdulillah… sekali tu jer… moga-moga selepas ini tak adalah masalah seperti itu berbangkit kembali. Bila teringat tentang bagaimana bergegasnya ke klinik berhampiran dengan kawasan perumahan kami, semata-mata cuak disebabkan anak kembung perut dan juga semata-mata sebab itu pengalaman pertama bergelar ibu dan tak tahu nak buat apa… Memang rasanya seakan perlu untuk Farah kongsikan pada ibu-ibu yang mungkin belum berpengalaman dan tidak tahu cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah perut kembung bayi sekiranya bersendirian. I’ve been there and knows how does it feels dan dari situ, Farah rasakan, elok juga Farah letakkan sebagai pengisian untuk panduan ibu-ibu baru dan ibu-ibu yang telah berpengalaman untuk refresh. Sebab tulah timbul ilham untuk entri Urutan Untuk Melegakan Perut Kembung Bayi ni ha.

Apa Itu Kembung Perut (Colic)?

URUTAN UNTUK MELEGAKAN PERUT KEMBUNG BAYI

Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Diagnosis ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.

Mengapakah Sesetengah Bayi Mengalami Kembung Perut?

Sebab yang tidak diketahi tetapi ada beberapa teori sepertimana yang tersenarai di bawah:

Usus

  • Alah kepada protein susu lembu.
  • Alah kepada laktosa.
  • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan “angin” yang berlebihan.
  • Ketidakselesaan disebabkan “angin”.
  • Biologi:
    • Cara menyusu: kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
    • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  • Psikososial:
    • Ibu bapa yang tertekan.
  • Lain-lain:
    • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan mereka lebih sensitif kepada faktor persekitaran.

Adakah Ramai Bayi Yang Mengalami Masalah Ini?

Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut.

Apakah Tanda-Tanda Bayi Anda Mengalami Kembung Perut?

Bayi akan selalunya:
  • Menangis sekuat-kuat hari dalam jangka masa yang lama.
  • Diikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak semestinya berkaitan dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda-tanda penyakit lain.

Adakah Kembung Perut Akan Menyebabkan Masalah Serius Yang Lain?

  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.

Bagaimanakah Untuk Mengelakkan Masalah Ini?

  • Dikatakan tiada rawatan khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan.
  • Jika anak anda kembung perut:
    • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
    • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut.
    • Kurangkan bunyi bising.
    • Bawa bayi anda bersiar-siar.
    • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA.
    • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.

Itu pendapat sesetengah orang yang sempat Farah baca pada satu posting di Facebook…. Tapi manalah mampu nak duduk diam kalau anak mengalami masalah kembung perut kan? Yang Farah ingat, apa yang Farah sempat lakukan untuk melegakan Firash dulu adalah segera ambil minyak zaitun dan campurkan dengan bawang putih yang ditumbuk kemudian sapukan di bahagian pelipat lutut dan juga keting. Kemudian bawa terus ke klinik dan doktor berikan ubat cecair colic. Alhamdulillah… Selepas berikan ubat cecair colic tu … Buang angin jer kerja dia… Dan nampak dia lega. Mau tak panik kau? Nampak anak dah mula pucat muka disebabkan kembung perut. Itu jerlah ikhtiar yang boleh Farah lakukan pada waktu itu. Alhamdulillah berkesan dan berjaya merawat dia.

Sila dapatkan nasihat doktor jika:
  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam.
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.

Apakah Ubat Yang Boleh Membantu?

Ada pendapat mengatakan bahawa tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut tetapi sebenarnya anda boleh mencuba ubat untuk “angin” atau “colic” dan sejenis ubat lagi yang dinamakan “dimethicone” untuk mengurangkan rasa kembung.

Tak pun…cuba URUTAN UNTUK MELEGAKAN PERUT KEMBUNG BAYI yang dinamakan URUTAN I LOVE YOU sepertimana yang dipaparkan di dalam video yang tertera di bawah ini:


Kalau boleh kita memang nak elakkan masalah kembung perut ni dari berlaku kepada anak-anak kita kan?

Bagaimanakah Untuk Mengelakkan Masalah Ini?

Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
  • Sebaik-baiknya gunakan botol anti-colic. Contoh paling afdal sebab Farah gunakan… Botol susu Avent. Ha ha ha…Sekali dah guna botol susu ni… Memang dia tak nak botol susu lain lagi lah… Siap sedia ya nak beli spare part atau ganti susu dengan harga yang boleh tahan. Hua hua hua… Ada jer botol anti-colic lain…Tapi ini sememangnya jenama pilihan Farah dari sebelum Firash lahir lagi…Sehingga kini setia ok dengan botol susu Avent. Tak pernah bertukar walaupun poket perit. Hu hu hu.
Jika bayi menyusu badan:
  • Teruskan penyusuan ibu tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis dan kafein.

*Peringatan

  • Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosis yang tepat adalah penting.
  • Dapatkan nasihat doktor jika:
    • Diagnosis tidak dapat dipastikan.
    • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.
Sumber Rujukan: http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/bayikanak-kanak/kesihatan-bayi-baru-lahir/kembung-perut

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Urutan Untuk Melegakan Perut Kembung Bayi, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, April 10, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Info yang ohsem.. Artikel yang membantu ibu-ibu yang first time mengalami situasi ini..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah petang sis farah... Tq for sharing berguna untuk eija.. Masih dalam pantang day 36.. Baru ni bby kembung sb eija makan mangga manis T_T.. Tak tahu tak boleh makan xoxo.. Kesian baby

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY