Unik Dan Istimewanya Karakter ANAK PERTAMA!

Farah Waheda Wahid
3
UNIK DAN ISTIMEWANYA KARAKTER ANAK PERTAMA

Masa mak-mak dapat tau hamil kali pertama, masa tulah rasa gembira tak terkata, masa tu lah rasa teruja dan juga macam-macam jenis perasaan berbaur-baur dalam hati ya tak? Senyum Smile meleret sepanjang hari. Perasaan tu susah nak digambarkan kan? Bila dah lahir, sebab tu cahaya mata pertama dan tulah satu-satunya yang ada, segala kasih sayang dan perhatian dicurahkan sepenuhnya kepada anak pertama. Untungnya, masa anak pertama, kebanyakan barangan untuk anak pertama semua yang baru-baru kan? Semua beli baru… Bila bab adik-adik yang kemudian, tak semua barang baru, ada barang yang jadi barangan warisan turun-temurun ya tak? Nak nak lagi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu dan serba mahal sekarang ni. Itu bab barangan, bab karakter pun, anak pertama ni… ada karakter yang tersendiri. Unik dan istimewanya karakter anak pertama, ini yang nak cerita di dalam entri ni.

Itupun kebetulan terbaca artikel dari pautan di SINI dan sajalah nak tengok-tengok kan? Kalau-kalau apa yang diperkatakan tentang anak pertama tu betul karakternya. Dikatakan anak pertama membesar sebagai anak yang kadangkala mempunyai tingkah laku yang lain daripada anak-anak yang lain. Tetapi kebiasaannya perlakuan tersebut akan berubah bila sudah mempunyai adik beradik yang lain, sehingga kasih sayang yang pada awalnya tertumpu kepada anak pertama perlu dibahagikan sama rata dengan adik-adiknya. Hal ini yang membentuk keperibadian anak pertama sehingga kelihatan pelik dan berbeza dengan anak-anak yang lain.

Ha ha ha…Open-mouthed smile mungkinlah kot? Tak dapat pula Farah nak bezakan sebab kebanyakan pada masanya Firash memang seorang jer…Main sorang-sorang, makan sorang-sorang, bercerita sorang-sorang… (#ehhh tak…bercerita dengan Mommy dan Nek Ma…ekekeke). Anak pertama mempunyai beberapa keunikan mereka yang tersendiri berbanding adik-beradik yang lain. Mereka selalunya mempunyai beberapa sifat seperti bercita-cita tinggi, bertanggungjawab serta sifat-sifat positif yang lain. Berikut adalah beberapa fakta anak pertama yang jarang disedari oleh orang lain.

Mudah Belajar Perkara Baru

Anak pertama selalunya lebih pintar berbanding adik-beradik lain. Mereka selalunya menjadi pelajar yang mudah mempelajari sesuatu yang baru. Mereka mendapat kelebihan berbanding adik-beradik lain kerana sebaik ibu bapa memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian dalam semua aspek termasuk rangsangan awal perkembangannya. Dengan kata lain, keterujaan ibu dan bapa yang pertama kali bergelar ibu bapa memberi kelebihan kepada anak pertama.

Sangat Berdikari

Sekiranya dalam usia masih kecil mereka sudah mempunyai adik maka ciri-ciri berdikari anak pertama sangat terserlah. Secara semula jadi anak pertama perlu menjadi individu yang pandai berdikari apatah lagi ketika itu perhatian ibu bapa lebih tertumpu kepada adik baru. Tidak hairanlah anak pertama lebih matang dan berdikari dalam banyak hal apabila mereka semakin besar kelak.

Lebih Kreatif

Maksud anak pertama lebih kreatif adalah sangat luas! Mungkin ramai yang tidak bersetuju kerana sifat kreativiti tidak dipengaruhi oleh urutan kelahiran seseorang. Tetapi bila diperhatikan kebanyakan anak pertama mempunyai ciri-ciri lebih kreatif berbanding anak yang lain.

Kreativiti mereka terbentuk kerana sudah terbiasa dengan permasalahan yang dihadapi sejak kecil. Anak pertama adalah seorang problem solver yang handal dalam menyelesaikan masalah. Oleh kerana itulah anak pertama mempunyai kreativiti yang tinggi berbanding anak yang lain.

Mudah Empati Pada Orang Lain

Sifat ini mungkin atas dasar tanggungjawab terhadap adik-adiknya. Kerana itulah anak pertama boleh memberikan perhatian lebih terhadap orang lain. Selain itu, rasa empati yang tinggi juga membuatkan anak pertama lebih mudah memahami perasaan orang lain. Biasanya walaupun mereka agak garang dan tegas pada adik-adik yang lain tetapi cepat rasa kasihan dan sedih apabila adik-adiknya dimarahi oleh ibu atau bapa.

Bertanggungjawab Tetapi Mudah Stres

Ibu dan bapa selalunya akan menekankan sifat tanggungjawab lebih kepada anak pertama berbanding anak yang lain. Ia bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi juga kepada adik-adiknya. Oleh kerana sifat itulah anak pertama akan mengejar kesempurnaan dalam setiap tugasnya sehingga mudah rasa tertekan.

Ketua Yang Bercita-Cita Tinggi

Sebagai anak pertama yang sudah terbiasa dengan tanggungjawab menjaga adik-adiknya membuatkan ciri kepimpinan ada dalam diri mereka. Oleh itu, tidak hairanlah kalau anak pertama selalu kelihatan lebih menonjol di sekolah sehingga sering dilantik untuk memimpin sesebuah persatuan atau aktiviti.

Sifat kepimpinan mereka ini sangat bagus jika disalurkan kepada sesuatu yang positif seperti memberi ilmu tentang kepimpinan dan berbagi info lain menyokong kemampuan mereka memimpin. Dengan cara ini mereka mampu menjadi bakal pemimpin yang hebat dalam keluarga, masyarakat bahkan negara satu hari nanti.

Mudah Terkena Penyakit

Ciri ini mungkin dari sisi negatif dari anak pertama iaitu daya tahan tubuh yang agak lemah sehingga cenderung mudah diserang penyakit terutama masalah alergi. Ini telah dibuktikan secara ilmiah menerusi kajian yang mendapati gen ibu bapa yang diturunkan kepada anak pertama cenderung menurunkan keadaan tersebut.

Biasanya anak pertama mempunyai beberapa alergi tertentu. Kepada ibu bapa yang baru mempunyai anak sebaiknya elakkan anak dari tempat atau individu yang berpotensi menyebarkan virus atau bakteria yang berbahaya kepada kesihatan anak pertama anda.

Apa yang dinyatakan ada sebahagian yang menunjukkan ciri-ciri Firash, tetapi sebahagian yang lain pula adalah agak sukar untuk Farah pastikan atau tentukan kerana tidak ada perbandingan yang dapat dilakukan disebabkan dia seorang trang tang tang di rumah. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi tak taulah bagi anda di luar sana kalau-kalau ada yang sememangnya serupa ke kan? Betul tak?

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hurmm nanti leh try banding.. skrg tak boleh lagi.. hehe

    ReplyDelete
  2. Fae cuba imagine diri fae ngan my eldest sibling..personally only sikit je ciri2 kat atas tu ada kat my sibling. Hehe.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !