Preschooler Journey: Things Happened…

PRESCHOOLER JOURNEY_THINGS HAPPENED...

Luka sana, luka sini. Calar balar sana, calar balar sini. Tergaris sana, tergaris sini. Bengkak sana, bengkak sini. Lebam sana, lebam sini. Benjol sana, benjol sini. Itu semua asam garam anak-anak yang sedang membesar dan aktif bereksplorasi. Kalau sekurang-kurangnya sekali tak merasa, tak sah. Mesti tak banyak sikit pun ada kan? Ke memang ada kanak-kanak yang melalui proses tumbesaran yang tak pernah ada segaris tanda di tubuh badan masing-masing? Surprised smile.  Tak terkejut pun kalau ada kanak-kanak yang tak pernah merasa semua ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile Ini mesti kes sama ada pandangan mata ibu atau bapa yang tak pernah lepas walau sesaat ni. Sampaikan nyamuk seekor pun tak berani nak hisap darah anak. Smile with tongue out. Farah mengaku, Farah tidaklah seorang ibu yang sempurna sehingga sebegitu sekali. Firash ada terjatuh, ada bertanda sana sini sinun, pernah merasa benjol dan bengkak – cuma kekerapannya sangat-sangat jarang sekali berlaku. Cerita kita pada kali ini adalah mengenai Preschooler Journey: Things Happened…

Benda kalau nak jadi, boleh jadi sama ada semasa anak-anak bersama ibu bapa mahupun bersama atuk nenek ataupun di luar pengawasan serta pemantauan ibu bapa. Bila dah mula menghantar anak ke tadika, menjinak-jinakkan anak dengan alam persekolahan – kena bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Cuma tunggu bila Allah kata ya terjadi, terjadilah ia. Tak kira masa, tak kira tempat. Segalanya adalah dari Allah kan? Manalah kita nak tahu, manalah kita boleh predict yang anak kita akan mengalami kecederaan bila dan bila. Sama juga halnya mereka-mereka yang mengasuh atau menjaga anak kita sepanjang ketiadaan kita. Ada kalanya keadaan boleh menjadi di luar kawalan.

Jujur Farah akui ya… Sejak Firash bersekolah, memang dah beberapa kali dah ada tanda di tubuh badan dia tu. Tipulah kalau Farah kata tak ada. Pertama kali, Firash jatuh tersembam menurut teacher dia. Sebab balik-balik jer dah nampak mulut dan hidung dia seakan bengkak. Tuam dengan kiub ais sehingga bengkak surut. Sapukan minyak gamat segala bagai. Keesokan harinya sewaktu hantar Firash ke tadika, Farah tanya pada teacher dia dan teacher dia kata, Firash jatuh tersembam. Dalam hati berkata-kata, ini mesti kes Firash berlari-lari tak tengok depan dan kaki dia tak stabil lah ni. Anak kita kan? Kita tahulah lagak gaya dia macam mana dan macam mana kerenah dia.

Kali kedua, gambar kat atas tu haaa… Dia terjatuh. Insiden berlaku kalau tak silap Farah sewaktu assembly di tadika. Silap Firash juga sebab tak nak beredar dari tempat yang tak sepatutnya dia berada. Hamik, terjadilah luka dan calar balar sebegitu. Tapak tangan dah menadah seperti berdoa jer dah. Kali ketiga? Semalam punya kes… Sewaktu nak ambil dia dari tadika, tiba-tiba tengok dahi dia dah bertanda lebam dan bengkak seperti gambar di bawah ni haa…

PRESCHOOLER JOURNEY_THINGS HAPPENED...2

Gambar ni gambar semalam lah ni. Ini dirakamkan sewaktu bengkak dan benjol sudah hampir surut. Gambar sebelum tu tak masuk pula dalam memori telefon Farah. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Dah sarat sangat dah memori telefon dengan blogging stuffs. Mana nak ada space lagi? Akhirnya bila bengkak dan benjol sudah hampir surut, baru berjaya merakamkan gambar-gambar ni ha. Kisahnya macam ni, lebih kurang dalam pukul 11.00 lebih pagi macam tu, Farah ada What’s App teacher Firash bertanyakan tentang Firash yang agak moody pagi semalam. Teacher dia maklumkan yang hamukan dia sekejap jer, selepas tu ok dah. Cuma ada cerita sedikit. Surprised smile Bila ada cerita sedikit ni, Farah dah mula berdebar-debar dan terus laju jer bertanya tentang sama ada Firash hamuk sampai mencederakan anak orang lain. Tak ada lain dah yang terfikir. Biar kita fikir buruk anak kita dulu, sebelum fikir buruk orang lain atau anak orang lain. Sebab kita kenal anak kita kan? Kita lebih tahu resam mereka macam mana.

Bukan nak berfikiran negatif ke atas anak sendiri, bukan nak merendah-rendahkan anak sendiri. Akan tetapi, we have to be fair. Dalam setiap sesuatu yang berlaku pasti ada cerita dari kedua-dua belah pihak. Boleh jadi anak kita sememangnya salah, atau anak orang lain sememangnya salah atau kedua-duanya salah. Semua benda ni kita kena hadam betul-betul sebagai ibu bapa. Tak bolehlah kita terus jer nak salahkan pihak yang lain ya tak? Jawapannya…Bukan. Bila dah bukan tu… Biasalah mak-mak mesti ada soalan lanjutan ya tak? Winking smile sebab hati tak tenang memikirkan apalah ceritanya? Apalah kisahnya anak aku ni kan? Apa dibuatnya? Sakit ke? Apa ke? Menantilah dengan sabar sehingga ambil dia dari tadika.

Sewaktu nak ambil dia dari tadika, bila dia tiba di muka pintu, jelas kelihatan benjol dan juga tanda lebam di dahi. Terus Farah tanyakan kepada teacher dia, kenapa dengan dahi Firash. Teacher yang hantar tu tak pasti, dan tanyakan pada Farah sama ada pagi tadi sewaktu hantar ada ke benjol dan tanda lebam di dahi tu. Kemudiannya, Farah terus jawab pagi tadi tak ada, dia all fine. Memang Farah pastilah kan? Sebab ini kan Mommy dia? Ha ha ha… Open-mouthed smile. Terus Farah minta panggilkan teacher kelas Firash. Dari situ bermulalah cerita. Sambil-sambil tu tanya Firash juga, jatuh kat mana? Jawabnya akit…akit… Tu jerlah…

Minggu ni masing-masing sibuk dengan latihan sukan sebab hujung minggu ni ada acara sukan tadika Firash. Sejujurnya teacher Firash tak perasan bila Firash jatuh atau terhantuk ataupun apa-apa. Dan bagaimana boleh terjadi macam tu. Tau-tau ajer dah ada tanda macam tu. Nampak dari riak muka teacher Firash risau dan rasa bersalah. Sebagai ibu, Farah kenalah rasional kan? Takkan nak marah teacher Firash secara membuta tuli pula. Lagipun perkara dah terjadi dan tahap keseriusan tu kita tak tahu tahap mana. Kalau nak pasti kena pantau anak-anak selepas jatuh selama 6 jam. Jika ada tanda-tanda muntah ke apa, memang kena segera bawa ke doktor pakar kanak-kanak.

Kebiasaannya kalau Firash ada terjatuh melibatkan apa-apalah, terutama bahagian kepala, Farah akan segera berikan Firash minum air gula. Macam dalam kes Firash semalam, Farah tak tau berapa lama dah Firash jatuh. Sama ada pagi ke? Atau hampir pada waktu nak balik ke? Sebab bukan di bawah pengawasan Farah kan? Alhamdulillah, Farah berjaya mengendalikan apa yang berlaku dengan Firash semalam dengan rasional dan tanpa sebarang royan. Motif kau nak royan membabi buta? Tak ada untung kan? Benda dah pun terjadi. Tipulah kalau sebagai ibu tak ada rasa terkesan dalam hati bila sesuatu menimpa anak kita kan? Berpuluh-puluh minggu carry dalam perut, usung sana, usung sini, bila lahir punya baik punya jaga, tiba-tiba jadi kejadian yang tak diingini. Kalau ibu yang tak terkesan tu namanya ibu yang tak ada perasaan dalam kata kasarnya. Hu hu hu.

Ok, tak apa, Farah hantar Firash balik seperti biasa dan balik semula ke pejabat. Bila sampai pejabat, Farah telefon nenek dia dan tanyakan keadaan Firash. Nenek sedang tuam dengan kiub ais pada dahi dan kepala Firash pada waktu dan ketika itu. Dalam setengah jam lagi, Farah telefon lagi nenek Firash. Nenek Firash beritahu yang Firash ada muntah sedikit dan tak aktif seperti biasa. Firash mengadu sakit di ubun-ubun kepala dia pula selain dahi. Surprised smile Ahhh sudah! Terus isi borang time off dan hantar pada Bahagian Sumber Manusia. Di dalam masa yang sama dah telefon Ba Bah dia untuk maklumkan dan juga  KPJ Shah Alam Specialist Hospital untuk temujanji dengan doktor pakar kanak-kanak. Mau tak cuak oiii… Bila dah berada dalam fasa dan keadaan itu? Sampai-sampai rumah, tengok dia dah tertidur. Nenek kata memang dia lembik tak bermaya. Terus dapatkan dia dan lihat muka dia, nampak biasa dan tak pucat. Angkat dia perlahan-lahan untuk bawa dia jumpa doktor pakar kanak-kanak dia. Jumpalah doktor pakar kanak-kanak dan doktor pesan suruh pantau dalam tempoh 6 jam dan doktor bekalkan ubat ibuprofen/brufen untuk tahan sakit. Nampak memang lemah lah keadaan dia.

Sampai-sampai rumah, berikan dia ubat dan pantau keadaan dia. Alhamdulillah, jam demi jam nampak improvement. Bila melibatkan bab kepala ni, memang ibu-ibu akan menjadi terlebih concern kan? Sebab kita tahu apakah ia dan bagaimanakah ia serta kesannya. Alahaiiii anak…. Teacher Firash pun tak henti-henti What’s App bertanyakan keadaan Firash. Dia pun risau. Farah beritahu teacher dia supaya tenang dan tak fikir bukan-bukan. Tapi tulah , dia tetap rasa bersalah. Hurmmm… Faham…

Dalam entri ni juga, Farah ada pesanan untuk ibu bapa di dalam mengendalikan situasi sebegini:

Tenang

Dalam segala sudut, segenap segi kehidupan pun, di dalam apa-apa perkara atau masalah sekalipun, sebaiknya kita perlu tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Sebab kalut, marah-marah tak tentu pasal dan sentap tak mendatangkan apa-apa. Benda dah jadi pun! Nak meleret panjang-panjang sewaktu keadaan memerlukan kita fokus pada keadaan anak kita, kesihatan anak kita hanya akan menjadikan keadaan huru hara. Makanya, tenang. Imbangkan perasaan. Ya tau, kita sebagai ibu panik, tidak mahu keadaan tersebut berlaku kepada anak-anak kita dan berpendapat bahawa perkara-perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Farah pun rasa panik juga, rasa risau juga.

Marah melulu, angin ribut taufan melulu tak menyelesaikan keadaan anak kita yang berada di dalam kesakitan. Adalah lebih baik, dapatkan cerita sebenar tentang apa yang berlaku dari mulut teacher anak-anak kita sendiri dalam keadaan tenang dan kerap ingatkan diri untuk berfikir secara rasional. Dari situ kita tahu, sama ada anak kita yang bersalah atau tidak? Anak kita mencederakan anak orang lain atau tidak? Anak orang lain mencederakan anak kita atau tidak? Atau sama jer kedua-duanya?

Pantau Keadaan Anak

Bila dah berlaku keadaan sebegini, tidak salah jika ibu bapa ingin memastikan lagi keadaan kesihatan anak. Itu hak kita sebagai ibu bapa. Bukan sebab kita nak menuduh guru-guru atau menunding jari pada anak orang lain, mahupun cuba mencari kesalahan orang lain. Cerita dari teacher kita tetap kena dengar. Tidak boleh kita ikut amarah kita, emosi kita semata sebab anak kita dah cedera. Kena dengar penjelasan guru dulu. Jangan melulu! Jangan mudah menyalahkan orang lain sewenang-wenangnya.

Pantau keadaan anak dari setiap jam ke setiap jam. Perhatikan tanda-tanda reaksi balas anak. Reaksi positif atau negatif. Sambil-sambil tu ambil masa untuk belek keseluruhan tubuh anak sekiranya ada tanda-tanda kecederaan yang lain. Cuma sekadar ingin memastikan. Lagi sekali, sekadar ingin memastikan bukan mencari salah orang lain ya. Kalau tak ada Alhamdulillah. Kalau ada tak salah kalau sekadar nak bertanya kepada guru anak-anak disebabkan ingin penjelasan atau kepastian. Diulangi itu adalah hak ibu bapa untuk bertanya.

Sekiranya keadaan anak menunjukkan reaksi negatif, sila cepat-cepat bawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat serta rawatan susulan bagi mengenalpasti keseriusan keadaan kesihatan anak-anak kita. Pastikan anak mendapat rawatan ya?

Berbincang Dengan Baik, Dapatkan Penyelesaian Dengan Baik

Sekiranya keadaan itu benar-benar memudaratkan kesihatan anak kita, tidak salah kita berjumpa dengan pihak sekolah dan memaklumkan kepada mereka akan keadaan anak kita dan juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati kita sebagai ibu bapa ke atas apa yang telah berlaku kepada anak kita. Cara terbaik, kita boleh memaklumkan kepada pihak sekolah, yang kita sebagai ibu bapa terima apa yang telah berlaku. Apa yang jadi tak boleh diundur lagi kan? Tapi mohon jasa baik pihak sekolah untuk lebih alert pada masa akan datang supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Lain pula halnya, jika keadaan anak kita benar-benar serius. Kita rasa keadaan yang telah berlaku sememangnya satu perkara yang tidak boleh diterima dan pada hemat pandangan kita sepatutnya ia tidak berlaku kerana boleh dielakkan, terpulang kepada kita sebagai ibu bapa sama ada ingin mengambil tindakan yang kita rasakan wajar ke atas pihak sekolah ataupun menukarkan sekolah anak-anak kita demi kemaslahatan semua pihak. Tentu kita boleh berfikir dan kita tahu apakah yang terbaik sebagai jalan penyelesaian kan? Agar masalah tidak berpanjangan.

Jangan Lupa Tanya Pada Anak

Lupa pula nak pesan… ha ha ha… Open-mouthed smile cuba selidik secara tidak langsung dan cuba bertanya kepada anak, apakah yang sebenarnya telah berlaku? Soalan simple-simple will do. Jatuh dekat mana? Siapa buat? Sakit dekat mana? Kalau tak dapat jawapan atau jawapan meleret… Tanya jer berulang-ulang kali sampai jelak pun tak per sehingga kita benar-benar pasti yang anak dah beri jawapan yang paling jujur ke atas apa yang berlaku. Kanak-kanak kan jujur? Kanak-kanak kan mana reti nak menipu? Tanya guru, kena tanya anak juga. Dapatkan cerita dari semua pihak yang terlibat.

Jika Melibatkan Anak Orang Lain?

Jika apa yang berlaku melibatkan anak orang lain… tanyakan bagaimana keadaan anak orang lain itu. Tunjukkan keprihatinan kita ke atas apa yang telah berlaku. Bukan suruh pergi serang ibu bapa mereka ya? Sebab anak kita cedera. Uhuksss… Kalau boleh elakkanlah acara serang menyerang dan bermusuhan dengan ibu bapa lain ni ya? Sama-sama hantar anak, sama-sama nak anak belajar dan pandai di sekolah kan? Sebaiknya, minta guru di tadika untuk aturkan pertemuan kita dengan ibu bapa yang terlibat. Kalau perlu table talk, kita table talk baik- baik. Bila dah jumpa tu, sama ada anak kita salah ke? Tak salah ke?  Mohon maaf pada ibu bapa mereka. Tak rugi pun menurunkan ego dan memohon maaf. Hidup ni kalau boleh elakkan dari bermusuh. Bab-bab bermusuh ni Farah penat oiii… Memang tak gemar dari dulu… Kalau dah terpaksa dalam keadaan bermusuh, bagi Farah eloklah ambil pendekatan untuk ignore jer dari semak kepala. Banyak lagi masalah yang nak difikirkan…. Hu hu hu…

Things happened… Perkara-perkara seumpama ini pasti berlaku. Terima dengan keterbukaan, fikir dengan rasional dan selesaikan dengan cara yang terbaik. Semua orang sayangkan anak-anak masing-masing. Tiada siapa kata marah itu salah, marah itu tak boleh. Itu hak kita sebagai ibu bapa. Cuma bagi pandangan pendapat Farah adalah sebaiknya kita mengendalikan perkara seumpama ini dengan rasional. Ini langkah-langkah untuk mendidik tahap sabar kita juga ni. He he he…Open-mouthed smile Tapi dalam sabar kita kena sentiasa beringat dan sentiasa mengikuti perkembangan anak kita agar perkara seumpama ini atau yang lain tidak lagi berlaku di masa akan datang.

Farah tak salahkan teacher dan tak ada pula rasa nak hampuk atau smash teacher Firash. Cuma kita belajarlah selepas ini dari apa yang berlaku kan?  In Shaa Allah… keadaan dapat diperbaiki dan masih boleh diperbaiki. Dalam kes yang melibatkan Firash, Farah kenal Firash dan Farah tak salahkan teacher seratus peratus atau meletakkan segala kesalahan di bahu teacher dia. Dalam nak faham kita sebagai ibu bapa, kita juga perlu pertimbangkan keadaan guru juga. Tak adil-lah juga jika kita letakkan segalanya pada teacher kan? Kadang-kadang keadaan anak kita yang sedang aktif bereksplorasi dan lasak juga merupakan faktor penyumbang kepada apa yang berlaku. Cuma bezanya tak jadi di tangan kita dan terjadi ketika di luar pengawasan dan pemantauan kita. Masing-masing selepas apa yang berlaku sama-sama cuba berusaha ke arah untuk memperbaiki keadaan. Ibarat orang yang mendirikan rumah tangga… bila dah hidup bersama ambil masa juga nak adjust dengan kehidupan berumahtangga dan nak faham masing-masing kan? Pasti ada tergigit lidah dan hari demi hari belajar untuk memperbaiki perhubungan rumah tangga. Macam tulah ibaratnya.

*Firash lepas ni jangan melasak sangat nak di sekolah dan harap-harap lepas ni tak jadi lagi perkara macam ni. In Shaa Allah. Amin.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Preschooler Journey: Things Happened…, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, April 12, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY