Panduan Memilih Buku Mengikut Usia Anak

Farah Waheda Wahid
0
PANDUAN MEMILIH BUKU MENGIKUT USIA ANAK

Tidak semua barangan permainan kanak-kanak bersesuaian dengan semua peringkat usia. Begitu juga halnya dengan buku. Tidak semua buku yang bersesuaian dengan semua peringkat usia. Menggalakkan anak-anak minat membaca harus dimulakan seawal bayi. Kajian juga ada membuktikan bahawa pembacaan buku cerita oleh ibu bapa selama 10 minit setiap malam sebelum tidur memberi kesan positif untuk jangka masa panjang dan peningkatan perkembangan imaginasi. Cumanya, pemilihan bahan bacaan harus betul mengikut tahap usia kanak-kanak. Salah pilih buku, akibatnya memang kelautlah minat anak-anak. Ada tahap umur tertentu tahap penerimaan anak-anak. Pengetahuan ni penting untuk Farah dan juga ibu bapa di luar sana. Sebab tu, rasa nak juga kongsi panduan memilih buku mengikut usia anak ini, walaupun mungkin ada yang telah mengetahui akan perkara ini.

Menurut artikel yang sempat Farah baca pagi di SINI tadi sementara menanti waktu bekerja bermula, berikut adalah panduan memilih buku mengikut usia anak:

Bayi Berusia 0-6 Bulan

1.Buku yang ringkas, gambar atau reka bentuk yang besar dengan warna yang terang.
2. Material jenis kain dan vinyl lembut dengan gambar sebenar.
3. Gambar pula bersaiz besar iaitu satu halaman , satu gambar.
3. Saiz sederhana agar mampu dipegang oleh bayi
4. Buku yang boleh digunakan semasa mandi atau boleh dibasuh.
 

Bayi 6-12 Bulan

1. Kertas tebal seperti kadbod sesuai untuk di sentuh
2. Objek foto yang biasa dilihat
3. Mempunyai halaman muka surat yang kukuh. Anda boleh membiarkan bayi bermain di katil bayi.
4. Material jenis plastik/vinyl  tidak ada masalah andai terkena air.
5. Buku jenis kain yang boleh dibasuh dan dibawa bermain.
6.  Material jenis ini juga selamat kerana kadang kala, bayi memasukkannya ke dalam mulut.
 

Kanak-Kanak Kecil 12-24 Bulan

1. Buku kertas tebal yang mempunyai pemegang.
2. Gambar-gambar  yang biasa kanak-kanak lakukan seperti tidur atau bermain.
3. Menjadi bahan bacaan sebelum tidur. .
4. Buku yang berkaitan dengan ‘good bye dan ‘hello’.
5. Warna terang dengan ilustrasi menarik.
6. Buku jenis ‘rasa dan sentuh’
7. Buku touch-dan-rasa.
8.  Buku haiwan dengan pelbagai saiz dan bentuk.
 

Kanak-Kanak 2-3 Tahun

1. Buku yang mempunyai cerita yang mudah.
2. Ayat mudah dengan gambar yang menerangkan teks.
3. Perkataan yang mudah supaya  anak boleh mengingatinya.
4. Buku untuk waktu tidur.
5. Berkaitan dengan kiraan, abjad, bentuk atau saiz.
6. Berkaitan haiwan, kenderaan dan buku tentang masa bermain.
7. Buku dengan gambar dan perkataan yang lucu
 

Kanak-Kanak 3-5 Tahun

1.Elemen berkonsepkan unsur matematik seperti saiz atau masa.
2. Elemen sains yang mudah iaitu berkaitan seperti trak sampah, bunga atau peralatan.
3. Buku mengenai perkara yang disukai oleh kanak-kanak pada usia ini antaranya seperti kereta api, haiwan atau memasak.
4. Buku tentang persahabatan, cita-cita, adik-beradik
5. Teks ringkas yang mudah difahami dan dibaca
6. ilustrasi dan foto yang lebih jelas, berwarna-warni dan menarik.
7. Jalan cerita yang mudah dan menyeronokkan.
8.Ada sebahagian perkataan berulang-ulang yang membuatkan kanak-kanak boleh menghafalnya
9.Isi kandungan buku mengenai kehidupan sehari-hari.  Ia juga menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya soalan dan meneroka dunia mereka.
10. Buku mengandungi gambar dan ayat yang ringkas iaitu lebih kurang lima patah perkataan.
 
Selepas ni, mudahlah kan? Bila dah ada panduan sebegini bila nak memilih buku-buku bacaan untuk anak-anak. Semoga bermanfaat. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !